DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, August 14, 2007

DOLAH---DOLAH, HANG BUAT APA?

Minggu huru hara bagi PM dan TPM yang akhirnya lari dari teguran
Wan Nordin Wan Yaacob Tue Aug 14, 07 11:51:18 AM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Hrkh) - Dalam dua minggu kebelakangan ini pentadbiran negara cukup kuat dihadapkan dengan teguran dan kritikan terhadap kelemahan pentadbirannya memandangkan teguran bukan sahaja dari orang politik malahan institusi raja sendiri mengeluh dengan corak pentadbiran yang 'kucar-kacir'

"Bermula dari penolakan calon Ketua Hakim Malaya yang dikemuka Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi oleh Majlis Raja-raja Melayu, disambung dengan teguran Raja Muda Perak, Raja Dr Nazri Shah Ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah terhadap corak pentadbiran negara dan isu kehakiman,hinggalah kepada teguran yang dilakukan oleh bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tun Haniff Omar semuanya kerana kemelut pentadbiran Abdullah yang semakin kelihatan,"kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar.

Minggu lalu, pentadbiran negara juga dihujani teguran dari Hakim Mahkamah Persekutuan mengenai isu pertindihan kuasa mahkamah syariah dan sivil.

Kemudiannya KPN mengeluarkan kritikan ke atas kelemahan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR), katanya.
Terkemudian Raja Dr Nazrin dalam satu program di Universiti Malaya semalam membuat teguran dan cadangan ke arah pentadbiran yang baik kepada kerajaan, kata Kamarudin.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mengulas lanjut beliau menegaskan, Perdana Menteri tidak pernah menjawab isu yang dilemparkan ke atasnya, sebaliknya hanya menggunakan kenyataan politik bagi mengelak isu yang dihadapkan ke atasnya ketika berhadapan dengan penyokong Dato' Bernard Giluk Gompok di Sabah.

Sambil menyifatkan Perdana Menteri cuba lari dari isu sebenar beliau menyatakan, teguran dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan raja itu menggambarkan betapa besarnya kemelut pentadbiran yang dihadapi Abdullah ketika ini.

Tiada demokrasi kampus

Dalam satu titah terbaru Raja Dr Nazrin, Baginda bertitah bahawa kerajaan hari ini perlu diurus tadbir dengan baik dan untuk itu ia perlu kepada satu ketelusan dan keterbukaan, kata Kamarudin ketika memetik kenyataan Raja Dr Nazrin.

Titah Raja Dr Nazrin ini satu pandangan yang serius memandangkan kerajaan telah menutup segala ruang demokrasi termasuk di kampus setelah campur tangan politik di biarkan berleluasa, katanya.

Baginya, kampus adalah satu gedung ilmu yang perlu dibebaskan ruang demokrasinya bagi melahirkan pemimpin masa akan datang.

Bagaimanapun hari ini kampus-kampus awam di negara ini telah dikongkong oleh pemimpin negara melalui pentadbiran universiti demi 'survival' politik mereka, ujarnya.

PM tidak dapat tangkap isu sebenar?

Berbalik kepada isu kelemahan Perdana Menteri mengurus tadbir negara hingga menerima teguran dari pihak tertentu, Kamarudin berkata, Perdana Menteri sebenarnya tidak dapat menangkap isu sebenar yang diutarakan oleh pihak yang menegur.

Ia terjadi lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri dan Timbalannya, Dato' Seri najib Tun Razak sendiri adalah individu yang dikelilingi oleh masalah dan tuduhan tertentu, katanya.

Akhirnya kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu mengambil langkah untuk bercuti dan melancong ke luar negara bagi mengelak dari masalah, ujarnya.

Sambil mengecam tindakan tidak ambil peduli PM dan TPM itu beliau menggesa rakyat melakukan perubahan bagi mengajar pentadbiran yang penuh masalah ini, katanya lagi.

Dalam satu laporan akhbar harian hari ini, Raja Dr Nazrin Shah bertitah, semua pihak perlu menetapkan minda dan pandangan mengenai tadbir urus baik sekiranya mahu sistem itu direalisasikan di Malaysia.

Baginda bertitah, dengan pemahaman umum bahawa tadbir urus baik merupakan proses yang cekap, berkesan dan beretika, maka proses perubahan ke arah sistem itu yang telah pun bermula boleh dipercepatkan.

Kurangkan salah guna kuasa!

Untuk berbuat demikian, titah baginda, ketelusan dan keterbukaan perlu wujud dengan menggalakkan aliran maklumat yang bebas serta mudah diperolehi agar masyarakat boleh membuat keputusan yang bijak dan mengurangkan kejadian salah guna kuasa.

Oleh itu, titah baginda lagi, negara ini perlu terus bergerak ke arah sistem tadbir urus yang semakin terbuka.

Menurutnya, pembasmian kerenah dan prosedur birokrasi boleh membantu mengurangkan kos ekonomi yang tinggi dan menghalang sebarang peluang bagi bayaran haram.

"Bilangan perundangan, permit dan lesen mesti dikurangkan. Proses tender perlu dijadikan lebih berdaya saing dan telus. Pembekal maklumat perlu dilindungi daripada tindak balas mereka yang diadu.

"Langkah-langkah ini boleh membantu mengurangkan peluang bagi rasuah," titah baginda ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa ‘Cabaran-Cabaran Pendemokrasian dan Tadbir Urus Baik dalam Sektor Awam Malaysia’ di Universiti Malaya semalam.

Persidangan dua hari anjuran Universiti Malaya (UM) dan Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (Inpuma) itu turut dihadiri Naib Canselor UM, Datuk Rafiah Salim dan Pengerusi Lembaga Pengarah UM, Tan Sri Arshad Ayub.

Bukan untuk kepentingan khas!

Raja Nazrin Shah bertitah, tadbir urus baik turut memerlukan sifat bertanggungjawab oleh mereka yang memegang kuasa.

Titahnya, walaupun pegawai awam perlu diberikan kuasa yang secukupnya untuk menyalurkan tadbir urus yang baik, namun perlu ada halangan yang berkesan ke atas kuasa itu agar kepentingan awam dipenuhi, bukan 'kepentingan khas'.

"Kepentingan kebebasan kehakiman dan pengasingan kuasa yang rasmi antara cabang kerajaan yang berlainan tidak boleh diketepikan," titahnya.

Baginda bertitah, tadbir urus baik turut melibatkan penyertaan awam yang aktif dan berleluasa kerana masyarakat kini semakin berpendidikan, canggih dan lengkap.

Titah Raja Nazrin Shah, masyarakat kini mengalu-alukan dan menghargai kerajaan yang mudah didekati serta boleh dirunding, kerajaan yang memberi petunjuk dan bukannya mengarah.

Perlu kepada pendemokrasian yang lebih hebat

"Oleh itu, adalah logik bagi gesaan ke arah tadbir urus baik diiringi gesaan bagi pendemokrasian yang lebih hebat kerana mereka berhubung kait walaupun berbeza dari segi konsep," titahnya.

Demokrasi, titah baginda, memberikan saluran kepada pelbagai pihak memberi suara mengenai cara mereka mahu ditadbir, iaitu kerajaan dengan keizinan.
"Proses pendemokrasian juga perlu mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Penyertaan mereka perlu digalakkan ke tahap mereka membantu institusi kuasa untuk berfungsi dengan lebih baik," titah Raja Nazrin Shah.
"SELAMATKAN NEGARA DAN SELAMATKAN RAKYAT"
"PROTES HINGGA TURUN"
* Para Pemimpin pembangkang teruskan serangan-------

No comments: