Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.
DEMI RAKYAT :
GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13
Tuesday, May 29, 2012
Addin: Kenyataan Panas DS Nizar Jamaluddin Berkenaan No. ...
Addin: Kenyataan Panas DS Nizar Jamaluddin Berkenaan No. ...: Dalam kehangatan isu no. plat WWW 1 nampaknya DS Nizar Jamaluddin telah mengeluarkan kenyataan berkaitan di Twitter. Kenyataannya agak...
KIT SIANG: BATALKAN PANEL HANIFF, SOKONG SIASATAN SUHAKAM
Sememangnya luar biasa -
apabila bekas Ketua Polis Negara Haniff Omar berkeras untuk mempengerusikan
"panel penyiasatan bebas" terhadap keganasan BERSIH 3.0 padahal
beliau dan ahli-ahli panel yang lain patut mengundur diri (MAKSUDNYA : ORANG SUDAH NYANYUK) Apa yang
Kabinet patut lakukan adalah supaya panel ini dibatalkan dan sokongan penuh
diberi kepada penyiasatan awam SUHAKAM terhadap apa-apa pencabulan hak asasi
manusia dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.
Sesi sidang media yang telah dirancang lebih awal oleh Haniff dan panelnya telah dibatalkan hari ini dan sebagai ganti hanya kenyataan media yang telah diedarkan. Ini merupakan satu bukti yang jelas bahawa Haniff dan panel bebas ini sedar yang orang awam tidak yakin panel ini boleh bertindak secara bebas, adil dan saksama terhadap keganasan BERSIH 3.0 tanpa mengira jika mangsa-mengsa itu adalah kakitangan polis, wakil media dan perserta perhimpunan aman itu.
Dalam tempoh bulan yang lalu, kerajaan telah melancarkan satu kempen fitnah untuk mencerca BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat boleh dianggap sebagai "watak utama" dalam kempen fitnah ini.
Haniff sendiri memegang "watak utama" dalam kempen fitnah ini dari awal lagi apabila memberi sokongan membuta tuli terhadap dakwaan Perdana Menteri, Najib Razak yang perhimpunan BERSIH 3.0 sebenarnya adalah satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan.
Apa yang lebih menghinakan adalah apabila Haniff berkata yang beliau dapat mengenalpasti individu-individu pro-komunis di BERSIH 3.0 berdasarkan demonstrasi-demonstrasi 1970-an dan memberitahu media yang ajen-ajen provokasi dan kanak-kanak digunakan dalam Perhimpunan BERSIH 3.0 sebagai "taktik komunis".
Bagaimana Haniff akan menukar prasangka buruk mengenai BERSIH 3.0 melainkan beliau menarik balik prasangka ini?
Dalam beliau mempertahankan integriti beliau dan perlantikan sebagai pengerusi panel penyiasatan itu, Haniff masih tidak sedar akan situasi sebenarnya.
Jika Haniff masih tidak mahu menarik balik kenyataan prasangka mengenai BERSIH 3.0, beliau haruslah mengambil tempat sebagai "saksi utama" di hadapan mana-mana penyiasatan BERSIH untuk memberi justifikasi pendirian beliau dan bukan mempengerusikan panel tersebut untuk menyiasat apa yang benar-benar telah berlaku di BERSIH 3.0.
Jika tiada bukti yang didapati selepas penyiasatan dijalankan, adakah Haniff bersedia untuk mengumumkan secara terbuka yang kedua-kedua Perdana Menteri dan diri beliau mengaku salah dalam dakwaan yang perhimpunan BERSIH 3.0 adalah satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan?
Berbanding dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Mahathir kini yang mengambil alih kempen fitnah ini dengan tuduhan melulu bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 sebenarnya adalah "persediaan" oleh Pakatan Rakyat dengan mencetuskan kekecohan dan keganasan untuk menolak keputusan Pilihanraya Umum Ke-13, nampaknya rakyat lebih membenci dan menolak panel Haniff.
Dalam tiga tahun yang lepas, selepas menjadi Perdana Menteri, Najib Razak sering menyebut "era kerajaan serba tahu sudah berakhir" ("the era the government knows best is over").
Ini merupakan satu ujian samada beliau akan benar-benar mengotakan yang disebut itu dan menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia menolak panel Haniff itu.
Najib mesti bertindak dengan lebih tegas untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau dan kerajaan beliau serius dan ikhlas dalam menuntut penyiasatan yang kredible, saksama dan komprehensif dalam keganasan BERSIH 3.0 di mana tidak ada apa-apa yang akan disembunyikan atau ditutup atau kempen fitnah dalam bentuk penyiasatan, dengan membatalkan terus panel Haniff dan kerajaan haruslah memberi sokongan padu terhadap penyiasatan SUHAKAM dalam BERSIH 3.0.
*Kenyataan media oleh Lim Kit Siang (gambar kanan) selaku Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.

BN PAJAK TANAH REZAB MELAYU KE PASARAN SAHAM
Perjanjian
pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA
bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk
mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat
perjanjian.
Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh
Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi
syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa. Tanpa tanah-tanah ini,
penyenaraian tersebut akan gagal.
KEADILAN boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat
salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat. Semakan kami
menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini,
sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab
Melayu di seluruh negara.
Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status
tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGV boleh
melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu. Kedudukan FGV selepas
ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra
kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan.
Setakat ini, peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5%
dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%.
Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa
Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai
keluarga Yahudi terkenal dari Perancis.
Oleh yang demikian, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tan
Sri Isa Samad wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus
rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGV yang disenaraikan di pasaran saham?
Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau
pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu
yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?
KEADILAN juga menyeru supaya setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung yang terbabit menolak sebarang usaha untuk membatalkan status Tanah Rezab Melayu yang melibatkan tanah 105,382 ekar ini.
Kami menunggu maklumbalas Dato' Seri Najib Tun Razak
dan Tan Sri Isa Samad sebelum memberikan lebih banyak maklumat mengenai Tanah
Rezab Melayu seluas 105,382 ekar ini.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
BALA DARI ALLAH SWT MASIH LAGI MENGINTAI-INTAI UNTUK MENGAJAR UMNO ERTI SEBUAH KERAJAAN YANG BERAMANAH
Selepas
perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan pada 28.4.2011 lalu, UMNO juga turut
mengadakan dua perhimpunan bagi menunjukkan keangkohan, keegoan dan kesombangan
serta mendabik dada yang ia masih disokong oleh majoriti rakyat di negara ini.
Pertama
pada 11.5.2012 sempena sambutan hari UMNO ke-66 dan baru-baru ini diadakan pula
Hari Himpunan Sejuta Belia. Kedua-dua diadakan di Stadium Bukit Jalil yang
dihiasi dengan hiburan yang menyeronokkan bagi menarik minat muda-mudi datang
beramai-ramai bagi menunjukkan yang UMNO itu masih mendapat tempat di hati
anak-anak muda dalam negara ini.
Yang menariknya,
kedua-dua acara anjuran UMNO itu diakhiri dengan Allah SWT mendatangkan balanya : Menandakan
bahawa UMNO sudah menghampiri akhir hayatnya. Yang pertama, selepas berhimpun
bagi menyambut hari jadi UMNO, terjadi suatu kemalangan yang dashat yang meragut seorang warga tua berusia 79
tahun (tentunya penyokong UMNO totok-darah biru pekat-. Ikut bidalan lebih baik duduk dirumah jaga cucu atau
beristiqamah di masjid dari melaungkan ‘hidup UMNO, hidup Melayu’ di stadium)
dan 84 orang cedera dan ada yang parah. Kedua, himpunan sejuta belia juga diakhiri
dengan kemalangan juga yang mengakibatkan 17 orang cedera ada yang parah. Ini kira sudah berbaloi dengan mengambil kira kecederaan yang dialami oleh perserta demo BERSIH 3.0.
Bagi saya
ini adalah satu pembalasan yang amat adil dari Allah SWT yang maha berkuasa.
UMNO telah menyalahgunaan kuasa mengarahkan pasukan polis untuk menyamar
sebagai perserta demo bagi menimbulkan kekacauan dan haru-hara di perhimpunan BERSIH 3.0. Tujuan UMNO bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa BERSIH 3.0 adalah ganas
dan akan menyebabkan negara ini haru-hara. UMNO bermotifkan politik untuk menarik
sokongan rakyat dengan mengadakan adu-domba dan menakut-nakutkan rakyat melalui
media miliknya dan individu-individu tertentu yang sanggup menjadi pencacainya
dengan menyembunyikan tujuan BERSIH 3.0 diadakan.
Maka,
pihak pasukan polis seperti lembu dicucuk hidung mengikut arahan tersebut dan terus
bertindak ganas tanpa peri kemanusian telah bertindak memukul,menendang,
menumbuk, menyeksa dan sebagainya terhadap para peserta demo dijadikan sebagai ‘binatang’
untuk dibaham semau-maunya.
Sedangkan perhimpunan
BERSIH 3.0 bertujuan menuntut membersihkan sistem pilihan raya yang kotor yang penuh
dengan penipuan yang dilakukan oleh UMNO bagi terus mengekalkan kuasa dari dulu sampai kini. Sekarang ini penipuannya lebih kurang ajar lagi. Tidak
cukup setakat itu saja, UMNO mempergunakan NGO-NGO tertentu bagi mengoyang
punggung dan menganggu ‘privicy’ kehidupan individu yang berjuang untuk
kepentingan rakyat dan negara ini dari terus ditipu oleh para pemimpin UMNO
yang korup.
Ingatlah
sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW. Baginda juga dibaling batu, dilempar telor
busuk, dimaki-hamun, sumpah seranah, dikepung, diletakkan duri dalam
perjalanannya, hendak dihempap dengan batu nnbesar, hendak dibunuh dan bermacam-macam lagi oleh pencacai Abu Jahal dan juak-juaknya
lakukan terhadap Baginda. Akhirnya dengan bantuan dari Allah SWT, Baginda
berjaya menegakkan Islam, kebenaran dan keadilan di bumi ini untuk diikuti oleh
umat manusia.
Kita masih
lagi menanti, menunggu, dan tidak henti-henti berdoa, sembahyang hajat dan
bermunajat kepada Allah SWT, selepas ini apa lagi....
Kepada
mangsa-mangsa yang terlibat diucapkan takziah. Jauhilah UMNO.
INI BUAH TANGAN NAJIB UNTUK MUDA-MUDI-BAPA BOREK,ANAK RENTIK
Baca juga artikel di bawah untuk menginsafi bahawasanya ianya datang dari Allah SWT bagi menghukum UMNO :
BALA ALLAH SUDAH SAMPAI KE ATAS UMNO KERANA IANYA KEJAM DAN
ZALIM SERTA RAKUS DENGAN KUASA
Hari Belia Negara - Tahniah Untuk Najib?
Hari Belia, Gambar Najib Dengan Artis Seksi
Himpunan Jutaan Belia: 17 cedera kemalangan acara drag
Kerajaan Mesti Bertanggungjawab,
Bayar Pampasan – Ibu Mangsa rempuhan
Subscribe to:
Posts (Atom)