Selepas
perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan pada 28.4.2011 lalu, UMNO juga turut
mengadakan dua perhimpunan bagi menunjukkan keangkohan, keegoan dan kesombangan
serta mendabik dada yang ia masih disokong oleh majoriti rakyat di negara ini.
Pertama
pada 11.5.2012 sempena sambutan hari UMNO ke-66 dan baru-baru ini diadakan pula
Hari Himpunan Sejuta Belia. Kedua-dua diadakan di Stadium Bukit Jalil yang
dihiasi dengan hiburan yang menyeronokkan bagi menarik minat muda-mudi datang
beramai-ramai bagi menunjukkan yang UMNO itu masih mendapat tempat di hati
anak-anak muda dalam negara ini.
Yang menariknya,
kedua-dua acara anjuran UMNO itu diakhiri dengan Allah SWT mendatangkan balanya : Menandakan
bahawa UMNO sudah menghampiri akhir hayatnya. Yang pertama, selepas berhimpun
bagi menyambut hari jadi UMNO, terjadi suatu kemalangan yang dashat yang meragut seorang warga tua berusia 79
tahun (tentunya penyokong UMNO totok-darah biru pekat-. Ikut bidalan lebih baik duduk dirumah jaga cucu atau
beristiqamah di masjid dari melaungkan ‘hidup UMNO, hidup Melayu’ di stadium)
dan 84 orang cedera dan ada yang parah. Kedua, himpunan sejuta belia juga diakhiri
dengan kemalangan juga yang mengakibatkan 17 orang cedera ada yang parah. Ini kira sudah berbaloi dengan mengambil kira kecederaan yang dialami oleh perserta demo BERSIH 3.0.
Bagi saya
ini adalah satu pembalasan yang amat adil dari Allah SWT yang maha berkuasa.
UMNO telah menyalahgunaan kuasa mengarahkan pasukan polis untuk menyamar
sebagai perserta demo bagi menimbulkan kekacauan dan haru-hara di perhimpunan BERSIH 3.0. Tujuan UMNO bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa BERSIH 3.0 adalah ganas
dan akan menyebabkan negara ini haru-hara. UMNO bermotifkan politik untuk menarik
sokongan rakyat dengan mengadakan adu-domba dan menakut-nakutkan rakyat melalui
media miliknya dan individu-individu tertentu yang sanggup menjadi pencacainya
dengan menyembunyikan tujuan BERSIH 3.0 diadakan.
Maka,
pihak pasukan polis seperti lembu dicucuk hidung mengikut arahan tersebut dan terus
bertindak ganas tanpa peri kemanusian telah bertindak memukul,menendang,
menumbuk, menyeksa dan sebagainya terhadap para peserta demo dijadikan sebagai ‘binatang’
untuk dibaham semau-maunya.
Sedangkan perhimpunan
BERSIH 3.0 bertujuan menuntut membersihkan sistem pilihan raya yang kotor yang penuh
dengan penipuan yang dilakukan oleh UMNO bagi terus mengekalkan kuasa dari dulu sampai kini. Sekarang ini penipuannya lebih kurang ajar lagi. Tidak
cukup setakat itu saja, UMNO mempergunakan NGO-NGO tertentu bagi mengoyang
punggung dan menganggu ‘privicy’ kehidupan individu yang berjuang untuk
kepentingan rakyat dan negara ini dari terus ditipu oleh para pemimpin UMNO
yang korup.
Ingatlah
sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW. Baginda juga dibaling batu, dilempar telor
busuk, dimaki-hamun, sumpah seranah, dikepung, diletakkan duri dalam
perjalanannya, hendak dihempap dengan batu nnbesar, hendak dibunuh dan bermacam-macam lagi oleh pencacai Abu Jahal dan juak-juaknya
lakukan terhadap Baginda. Akhirnya dengan bantuan dari Allah SWT, Baginda
berjaya menegakkan Islam, kebenaran dan keadilan di bumi ini untuk diikuti oleh
umat manusia.
Kita masih
lagi menanti, menunggu, dan tidak henti-henti berdoa, sembahyang hajat dan
bermunajat kepada Allah SWT, selepas ini apa lagi....
Kepada
mangsa-mangsa yang terlibat diucapkan takziah. Jauhilah UMNO.
INI BUAH TANGAN NAJIB UNTUK MUDA-MUDI-BAPA BOREK,ANAK RENTIK
No comments:
Post a Comment