DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, May 29, 2012

KIT SIANG: BATALKAN PANEL HANIFF, SOKONG SIASATAN SUHAKAM


Sememangnya luar biasa - apabila bekas Ketua Polis Negara Haniff Omar berkeras untuk mempengerusikan "panel penyiasatan bebas" terhadap keganasan BERSIH 3.0 padahal beliau dan ahli-ahli panel yang lain patut mengundur diri (MAKSUDNYA : ORANG  SUDAH NYANYUK) Apa yang Kabinet patut lakukan adalah supaya panel ini dibatalkan dan sokongan penuh diberi kepada penyiasatan awam SUHAKAM terhadap apa-apa pencabulan hak asasi manusia dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Sesi sidang media yang telah dirancang lebih awal oleh Haniff dan panelnya telah dibatalkan hari ini dan sebagai ganti hanya kenyataan media yang telah diedarkan.  Ini merupakan satu bukti yang jelas bahawa Haniff dan panel bebas ini sedar yang orang awam tidak yakin panel ini boleh bertindak secara bebas, adil dan saksama terhadap keganasan BERSIH 3.0 tanpa mengira jika mangsa-mengsa itu adalah kakitangan polis, wakil media dan perserta perhimpunan aman itu.

Dalam tempoh bulan yang lalu, kerajaan telah melancarkan satu kempen fitnah untuk mencerca BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat boleh dianggap sebagai "watak utama" dalam kempen fitnah ini.

Haniff sendiri memegang "watak utama" dalam kempen fitnah ini dari awal lagi apabila memberi sokongan membuta tuli terhadap dakwaan Perdana Menteri, Najib Razak yang perhimpunan BERSIH 3.0 sebenarnya adalah satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan.

Apa yang lebih menghinakan adalah apabila Haniff berkata yang beliau dapat mengenalpasti individu-individu pro-komunis di BERSIH 3.0 berdasarkan demonstrasi-demonstrasi 1970-an dan memberitahu media yang ajen-ajen provokasi dan kanak-kanak digunakan dalam Perhimpunan BERSIH 3.0 sebagai "taktik komunis".

Bagaimana Haniff akan menukar prasangka buruk mengenai BERSIH 3.0 melainkan beliau menarik balik prasangka ini?

Dalam beliau mempertahankan integriti beliau dan perlantikan sebagai pengerusi panel penyiasatan itu, Haniff masih tidak sedar akan situasi sebenarnya.

Jika Haniff  masih tidak mahu menarik balik kenyataan prasangka mengenai BERSIH 3.0, beliau haruslah mengambil tempat sebagai "saksi utama" di hadapan mana-mana penyiasatan BERSIH untuk memberi justifikasi pendirian beliau dan bukan mempengerusikan panel tersebut untuk menyiasat apa yang benar-benar telah berlaku di BERSIH 3.0.

Jika tiada bukti yang didapati selepas penyiasatan dijalankan, adakah Haniff bersedia untuk mengumumkan secara terbuka yang kedua-kedua Perdana Menteri dan diri beliau mengaku salah dalam dakwaan yang perhimpunan BERSIH 3.0 adalah satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan?

Berbanding dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Mahathir kini yang mengambil alih kempen fitnah ini dengan tuduhan melulu bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 sebenarnya adalah "persediaan" oleh Pakatan Rakyat dengan mencetuskan kekecohan dan keganasan untuk menolak keputusan Pilihanraya Umum Ke-13, nampaknya rakyat lebih membenci dan menolak panel Haniff.

Dalam tiga tahun yang lepas, selepas menjadi Perdana Menteri, Najib Razak sering menyebut "era kerajaan serba tahu sudah berakhir" ("the era the government knows best is over").

Ini merupakan satu ujian samada beliau akan benar-benar mengotakan yang disebut itu dan menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia menolak panel Haniff itu.

Najib mesti bertindak dengan lebih tegas untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau dan kerajaan beliau serius dan ikhlas dalam menuntut penyiasatan yang kredible, saksama dan komprehensif dalam keganasan BERSIH 3.0 di mana tidak ada apa-apa yang akan disembunyikan atau ditutup atau kempen fitnah dalam bentuk penyiasatan, dengan membatalkan terus panel Haniff dan kerajaan haruslah memberi sokongan padu terhadap penyiasatan SUHAKAM dalam BERSIH 3.0.

*Kenyataan media oleh Lim Kit Siang (gambar kanan) selaku Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.

No comments: