DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, February 17, 2010

BUDAYA UMN0_5

Oleh : Herman Samsudeen
Sumber : Harakahdaily

Seorang pemanggil Radio IKIM pagi tadi mendakwa bahawa Mahkamah yang membicarakan kes Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari sebagai “menghina diri sendiri”.


Dakwaan itu dibuat sebagai respon kepada tajuk perbincangan hari ini iaitu tentang isu “Wajarkah kes Mahkamah dijaja di media dan dijadikan polemik dalam masyarakat”.

Majoriti pemanggil mengatakan bahawa perbuatan itu tidak wajar apalagi dalam kes seprti yang dilalui oleh Anwar Ibrahim kerana kes masih dibicarakan dan belum tentu dia bersalah.Tindakan Mahkamah yang membenarkan keterangan Saiful pada hari pertama dirakam dan disiarkan oleh akhbar utama Kerajaan seperti Utusan Melayu, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, The Star dan sebagainya menunjukan bahawa “mahkamah telah menghina dirinya sendiri” dan gagal mempertahankan kredibilitinya kerana tidak menegur sehinggalah peguam Anwar, Karpal Sing membankitkan hal ini.

Pengerusi Perkasa, Ibrahim Ali pula sibuk mendesak Kerajaan mengharamkan ceramah Pakatan dari membicarakan isu Anwar kerana kononnya menghina Mahkamah, walhal dalam ceramah Pakatan semua menuntut perbicaraan yang adil.

Jika Umno-BN boleh malukan Anwar mengunakan saluran media dalam isu ini, salahkah jika Pakatan mengunakan saluran yang sama serta medium ceramah sebagai medan untuk menyampaikan fakta dan hujah yang benar.Najib juga terhegeh-hegeh arahkan Wisma Putra buat program Penerangan kepada 50 ahli parlimen Australia tentang isu Anwar.

Apa yang beliau mahu terangkan. Siapa Najib dalam kamar Mahkamah. Adakah dia Hakim atau tuan lawyer. Apa hak dia untuk bagi penerangan tentang kes Anwar yang belum ada keputusan lagi.Kalau kita membaca komen dan kenyataan didada-dada akhbar pun, kita akan melihat bahawa hanya pemimpin Umno sahaja yang ghairah nak cerita isu kes Anwar ini, sedangkan pemimpin komponen BN lain senyap dan tidak peduli.

Jika Najib dan Umno boleh gunakan segala medium yang ada bagi memalukan Anwar, kenapa Pakatan tidak boleh. Kenapa Pakatan dianggap menghina mahkamah bila cerita kes Anwar, tapi Najib dan Umno tidak?

Mahkamah kena menunjukan kredibilitinya kerana isu Anwar ini bukan sahaja dibicarakan oleh Mahkamah, tetapi rakyat diseluruh negara dan diseluruh dunia. Semua orang mahu tahu, dan semua orang mahu bercerita. Pergi kedai kopi orang cerita, pergi ke pasar orang bercerita, pergi beli belah orang cerita, pergi seminar orang bercerita, turun naik LRT dan bas pun orang…semua orang bercerita. Yang tak bercerita hanyalah orang yang dalam kubur.


KOMEN :


Dasar UMNO ialah dia boleh buat apa sahaja yang terlintas di hati tanpa gangguan dan disokong oleh pihak berkuasa kerana dia berkuasa. UMNO ada imuniti. Raja-raja Melayu telah hilang imuniti kerana dicabut oleh UMNO pada tahun 1993 dulu DI zaman Dr.Mahathir Mohamad memerintah, mereka menghina Raja. Boleh. Kononnya mereka cintakan institusi raja. UMNO boleh, orang lain tidak boleh. Dalam kes Perak tidak boleh menderhaka konon.


Semua orang bersalah, kecuali UMNO tidak bersalah. Buatlah apa pun, UMNO tetap bersih. Rompak duit rakyat berbillion tidak seorang pun yang kena dakwa. Rasuah sana, rasuah sini, komisyen sana-sini, tetap bersih. SPRM tidak ambil tau pun, tapi kalau kena orang lain, buat salah sikit, salah urus kewangan hilang RM0.01 disiasat oleh polis dan SPRM sampai mati. Tapi pemimpin UMNO korup berbillion ringgit pun dibiarkan tidak ganggu pun, tidak menceroboh dan geledah pejabat sesuka hati dan rumah tidak pijak langsung hendak mencari bukti. Satu laporan pun sudah cukup, orang lain buat laporan berpuluh malah ratusan lori tidak disiasat, tiba-tiba umumkan kekurangan bukti dan isytiharkan bersih


Dasar lebih celaka lagi yang diamalkan oleh UMNO ialah “lempar batu, sembunyi tangan”.Semua tuduh orang lain lakukan, dia juga selamat.


Hai, bila lagi Allah nak nyawa UMNO haprak ini


Moga-moga “UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”
”SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO”

BAYANGKAN NAJIB YANG SELAMATKAN ORANG YANG LEMAS TU

Saya cuba bayangkan, kalaulah Najib Tun Razak, Presiden UMNO yang juga PM Malaysia yang menyelamatkan Ahmad Mat Zain, bukan Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, wakil rakyat. Demi Allah seluruh media massa yang ada di Malaysia baik tv, radio, suratkhabar dan sebagainya akan mencanangkan sampai ke kutub utara. Bermacam-macam laporan, analisis, berita, temuramah, lakonan semula, drama dan berbagai lagi akan dilakuan oleh media massa barua tali barut UMNO itu. Ia akan diputarkan sampai ke PRU ke-13.

Tapi, Hadi yang tolong selamatkan, maka berita ini tidak dijadikan berita. Dihilangkan. Dasar media keparat. Lebih Nazi dari Nazi.



PRESIDEN PAS, KELUARGA SELAMATKAN ORANG LEMAS


MARANG, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di Pantai Rusila berhampiran rumahnya.


(Gambar atas: Abdul Hadi keletihan selepas menyelamatkan mangsa lemas)

Ia berlaku pada 14 Februari lalu kira-kira jam 6.30 petang di Pantai Rusila, Marang iaitu berhampiran dengan rumahnya."Hari itu, lepas solat Asar, Tok Guru pergi mengail di pantai depan rumahnya. Tiba-tiba dia tengok orang sedang terkapai-kapai lemas. Dia terus suruh anaknya terjun ke laut dan dia bersama-sama menarik orang itu," cerita Haji Omar, Pengerusi Masjid Rusila, yang terletak di sebelah rumah Abdul Hadi.Mangsa yang dikenali sebagai Pak Mat Jaga, kata Haji Omar, adalah penduduk Kampung Belubor, iaitu kampung berhampiran pantai Rusila itu.


Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang, Abdul Hadi bersama dengan anaknya iaitu Abdul Rahman dan Khalil serta menantunya Zaharudin sedang memancing di pantai itu.Mereka berkumpul sambil memancing sementara menunggu untuk menyembelih kambing untuk aqiqah cucu Abdul Hadi.



Tiba-tiba mereka mendengar seorang wanita berteriak 'orang lemas...orang lemas' sambil menunjukkan tangannya ke laut.Menurut Abdul Rahman, 28, anak Abdul Hadi, ayahnya terus menyuruh beliau terjun ke laut dan menyelamatkan mangsa lemas itu."


Saya terus ambil pelampung dan terjun ke dalam laut...saya cuba campakkan pelampung itu kepadanya tetapi tidak berjaya kerana ombak besar pada ketika itu. Saya kemudian tarik tangan beliau. Abang Khalil dan Zaharudin datang membantu dan menyeret ke pantai."Ayah kemudian turun ke dalam air bersama-sama kami memapah mangsa itu ke pantai," cerita Abdul Rahman kepada Harakahdaily.


Seorang penduduk tempatan yang kebetulan ada di situ telah merakamkan gambar keadaan Abdul Hadi bersama mangsa yang diselamatkannya dan memasukkannya dalam facebook beliau.



Gambar itu kemudiannya tersebar ke marata-rata.Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Shamsuddeen membuat catatan berikut dalam blognya:


"Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang.



Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat."


Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."Zaihan Daud, Setiausaha Peribadi Abdul Hadi juga mengesahkan kejadian itu.


Sementara itu, mangsa lemas yang diselamatkan itu, Ahamad Mat Zin, 58, bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada Presiden PAS dan keluarga yang telah berusaha membantunya.


Menurutnya, pada mulanya dia mandi di kawasan biasa tetapi tiba-tiba dipukul ombak besar.


Beliau menjangkakan sekiranya tidak diselamatkan dalam tempoh 10 minit selepas diberi bantuan oleh keluarga Presiden PAS itu, mungkin sesuatu yang buruk berlaku kepadanya kerana sudah tidak bermaya lagi.


Sumber : Harakahdaily.net


"UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA"
"SELAMAT RAKYAT, SELAMATLAH NEGARA"

Tuesday, February 16, 2010

BUDAYA UMNO-4

MOKHZANI MAHATHIR ANTARA 20 TERKAYA DI M'SIA
Sumber : Malaysiakini.com

Datuk Mokhzani Mahathir - anak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - tersenarai dalam 20 orang terkaya di Malaysia, demikian menurut hasil kaji selidik majalah Malaysian Business.Sehingga 15 Januari lalu, Mokhzani dari Kencana Petroleum, disenaraikan dengan kekayaan sebanyak RM1.075 bilion untuk menduduki tangga ke-20 orang terkaya di Malaysia.

Jutawan Melayu lain yang disenaraikan ialah Tan Seri Syed Mokhtar AlBukhary dari Yayasan AlBukhary, dengan kekayaan sebanyak RM6.01 bilion di tangga ke tujuh.Manakala Tan Sri Azman dari Arab-Malaysian Corp di senaraikan di tangga ke-11 denan kekayaan se banyak RM2.8 bilion.


Datuk Seri Nazir Razak - adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - dari Kumpulan CIMB, turut disenaraikan antara 40 orang terkaya di Malaysia.


Bacaaan seterusnya di sini :


http://www.malaysiakini.com/news/124458

KOMEN:

Itulah hasil politik UMNO. Tanpa UMNO sudah tentu mereka tidak akan menjadi kaya raya seperti itu.

Jadi, orang-orang Melayu semua marilah berebut-rebut masuk UMNO untuk dapatkan projek untuk menjadi kaya seperti mereka tu, dan biarkan rasuah politik pun bermaharajalelah kerana semakin tinggi heiraki/kedudukan dalam UMNO, maka semakin banyak ruang dan peluang untuk menambah kekayaan.

"UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA"
"SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGARA"

BUDAYA UMNO_3

DEMONSTRASI: UMNO DAPAT ANUGERAH 'MALAYSIA BOOKS OF RECORDS'?Angkasanuri
Sumber : Harakahdaily.net


Sehari dua ni cukup 'meriah' Umno mengadakan demonstrasi sana sini. Pantang terjentik dan tercuit sikit tentang 'semangat kemelayuan' Umno terus buat demonstrasi. Nampaknya Umno sudah mula faham apa makna demokrasi.

Sebelum ini, jika pembangkang atau Pakatan Rakyat mengadakan demonstrasi maka selepas itu akan muncul komen dari pemimpin dan media milik Umno.... Berlaku huru hara, peniaga mengalami kerugian, pelabur lari, pembangkang sabotaj ekonomi negara.

Jadi hari ini ekonomi negara dalam keadaan gawat, pelabur tak datang dan suasana politik gawat semuanya berpunca dari Umno yang akhir-akhir ini kerap berdemonstrasi. Umno kena bertanggungjawab!

Khairy Jamaludin hari ini mungkin senyum seorang diri apabila melihat ramai 'beruk' dalam Umno. Istilah yang diberi kepada peserta demonstrasi 'BERSIH' Pakatan Rakyat sebelum ini.Mungkin selepas ini Umno Pulau Pinang akan turun berdemonstrasi sekali lagi kerana 'termakan' dengan laporan Utusan Malaysia bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng nak membatalkan perarakan Maulidur Rasul.

Mungkin kali ini Ibrahim Ali akan berganding bahu dengan seorang lagi wakil rakyat 'bebas' Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim untuk memimpin demonstrasi berkenaan.

Cuma jangan jadi seperti Abu Jahal dan Abu Lahab dah le, memukul canang dan berarak mengelilingi Kota Mekah serta membuat kenduri besar-besaran sembelih kambing dan unta menyambut kelahiran Nabi SAW tetapi kemudiannya menjadi orang yang paling kuat menentang dakwah dibawa oleh Nabi SAW.

Umno kini memang cukup bersemangat untuk berdemontsrasi. Saya yakin lepas ni banyak lagi demonstrasi akan diadakan oleh Umno dan mereka yang sewaktu dengannya.

Justeru itu memang layaklah Umno mendapat anugerah 'Malaysia Book Of Records' atau mungkin 'Guinness Book Of Records' sebagai parti dalam dunia yang paling banyak mengadakan demonstrasi. Syabas Umno!


KOMEN :


Saya amat setuju dengan pandangan penulis di atas. UMNO sudah naik minyak sudah jadi gila babi, mereng dan tiga suku. Mereka sekarang sudah tidak kenal yang mana satu hulu dan yang mana satu pangkal. Pakai hentam sahaja. Alamat dah nak pendik umur tu. Cepat-cepatlah mampus, menyusahkan dunia sahaja. Moga-moga manusia di bumi Allah ini [di Malaysia] dapat hidup aman, damai dan sejahtera tanpa UMNO. Saya amat pasti dan yakin sekiranya UMNO tidak ada di dunia lagi, maka duit rakyat berbillion ringgit dapat dijimatkan dan bolehlah disalurkan kepada rakyat yang susah dan yang amat memerlukannya. Tidaklah habis membazir seperti beli kapal selam , tetapi tidak boleh menyelam dan enjin jet dijual sebagai besi buruk.Habis duit dihentamnya.


Di satu masa dulu para pemimpin, ahli-ahli dan pendokong UMNO cukup anti kepada amalan demontrasi. Demontrasi bukan budaya kita, kata mereka. Demontrasi budaya beruk dan monyek kata Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO. Pak Lah pula ugut, jangan cabar saya. Orang-orang UMNO ini memang bodoh-bodoh belaka sebab itu Dr.Mahathir kata ‘Melayu Mudah Lupa’.

Sebahagian besar orang UMNO malas membaca apatah lagi hendak ke sarau dan masjid belajar agama jauh sekali, mereka suka ke hotel-hotel dan pub mencari hiburan, sebab itu mereka buta sejarah. Kebangkitan orang Melayu yang memulakan gerakan memansuhkan Malay Union dan menuntut kemerdekaan negara adalah melalui saluran demontrasi sehinggakan British mengaku kalah. Bodoh dan bangang. Mudah lupa ini hanya untuk orang UMNO saja tau, orang-orang bukan UMNO tidak mudah lupa. Kami rakyat Malaysia bukan dari UMNO haprak akan ingat sampai mati pengkianatan UMNO terhadap bangsa dan agama dan negara.


Semasa pembangkang aktif mengadakan demontrasi dulu ketika menentang kenaikan harga minyak, harga tol, harga barang-barang makanan, tentang ISA, menentang dasar PPSMI dan kemuncaknya Himpunan BERSIH 10 November 2007, macam-macam mereka kata kepada orang-orang yang berdemontrasi. Mereka mengutuk, mengecam, memperlekeh dan menghina kepada orang yang melibatkan diri dalam sebarang demontrasi yang dilakukan ketika itu.


Alih-alih sekarang ini terbalik, mereka pula yang menjadi ‘juara demontrasi’. Setiap hari sekiranya ada isu kecil atau besar, mereka turun berdemontrasi terutama di Pulau Pinang dan Selangor. Dasar muka tidak tahu malu. Muka tebal ditampal dengan kulit babi. Ludah ke langit timpa batang hidung sendiri padan muka. Sekarang, merelakan diri untuk menjilat ludah yang penuh kahar, yang kotor lagi jijik.


Tenguklah gambar-gambar ini amat menjijikan macam orang gila babi dirasuk syaitan-iblis tidak ada harga diri langsung:
























“UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA

BUDAYA UMNO_2

KERAJAAN AKAN BAWA BALIK BESI BURUK?
Anak Malaysia
Sumber: Harakahdaily.net



Mengikut laporan Malaysia AG akan ke Uruguay untuk membawa pulang enjin Jet yang ditemui semula di sana. Enjin itu difahamkan disedari hilang setelah setahun.

SANGAT PELIK bagaimana barang keselamatan yang bukan sebesar jed Cina atau sepanjang sebilah keris tak bersarung tidak disedari kehilangannya. Itulah kepelikan dalam negeriku.

Apa yang membimbangkan kita ialah ketelusan soal keselamatan negara. Kebocoran maklumat sulit dan kebocoran serta kerosakan kepada kapal tak boleh selam yang baru diterima negara.

Walaupun pihak kerajaan sering berdalih untuk mengurangkan kebimbangan rakyat, namun fakta tidak boleh dinafikan.

Apabila enjin jet yang didakwa hilang dianggarkan bernilai lebih 50 juta, kerajaan telah mengeluarkan nilai sebenar hanya sekitar RM 303570 sahaja. Apakah lojik dan waras di akal nilai enjin itu hanya tak sampai setengah juta telah dirompak dan dilarikan hingga ke Uruguay. Berapa pula kos mengeluarkan enjin tersebut secara senyap dari perairan negara? Ia bukan dilarikan ke Siam yang mungkin hanya memerlukan kos RM1000.

Kalau itulah angka sebenar, sahlah pencuri tersebut terlalu BODOH . Ia bukan kerja seorang. Ia kerja antarabangsa. Dan kalau benarlah itu angkanya...bererti alatan keselamatan negara begitu rendah harganya berbanding harga dibeli sebelum ini.

Apakah memang negara membeli barangan yang rendah harganya dan dibeli dengan harga yang mahal? Harga sebenar hanya diketahui apabila ia di jual sebagai barang terpakai. Sama seperti seorang yang membeli barangan tiruan dengan harga yang mahal... bila nak di hantar ke pajak gadai baru diketahui nilai sebenar.

Jika pula harganya memang semurah itu, ia bukan diukur dari sudut harga... persoalannya sekarang ialah kelemahan sistem pertahanan negara. kehilangan itu berkait dengan maruah negara dan nilaian antarabangsa terhadap tahap kekuatan pertahanan negara.

Kalau di negara luar, pastinya menteri pertahanan dituntut meletakkan jawatan... masalahnya menteri pertahanan itulah yang kini menjadi Perdana Menteri Malaysia.... bererti Malaysia sekarang dipimpin oleh seorang yang terlalu lemah dan gagal menjaga keselamatan negara!

Fakta nilai itu mungkin tepat. Sebab itulah kapal tak boleh selam yang dibeli dengan harga yang mahal telahpun mengalami kerosakan. Menteri pertahanan sekali lagi menenangkan rakyat bahawa kerosakannya adalah kecil.


Walau sekecil manapun ia dianggap tidak berkualiti. Berbaloikah harga yang mahal untuk barang yang tak berkualiti???

Kapal Selam bukan barang aksesori untuk dipertontonkan, ia adalah alatan keselamatan yang membabitkan maruah negara. Kalau Honda dan Toyota dilaporkan baru baru ini menarik kereta keluaran mereka kerana ada beberapa masalah teknikal, mungkin ia dianggap wajar.

Namun kerosakan alatan keselamatan adalah memalukan. Syarikat pembekal bukan hanya mesti membaikinya semula kerana dalam tempoh jaminan tetapi wajar membayar ganti rugi dan kerajaan sepatutnya menyaman syarikat pembekal kerana mendedahkan negara kepada bahaya.

Kalau kereta kita kemalangan, syarikat insuran bukan hanya menanggung kos kerosakan tetapi juga kos keperluan kenderaan kita sepanjang tempoh pembaikan. bagaimana dengan kapal selam ini?

Apakah ada perkara yang dibimbangi terbongkar jika syarikat pembekal di saman kerana kerosakan? Kita mampu menduganya.

Jadi, "UMNO TIADA, RAKYAT SELAMAT DUIT NEGARA JIMAT"

Monday, February 15, 2010

BUDAYA UMNO-1

SU POLITIK MOHAMAD NOOR YAACOB LETAK JAWATAN
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/124433



Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan berkuatkuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.


Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.Bagaimanapun, beberapa lamanweb melaporkan bahawa seorang setiausaha politik telah diminta meletak jawatan selepas ditangkap bersama-sama wang tunai RM2 juta di Pulau Pinang Khamis lalu.


Laporan itu juga menyebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut merampas kereta dan rumah mewah.Manakala akaun banknya telah dibekukan tahun lalu, selepas SPRM dikatakan mendapati dia hidup di luar kemampuannya.


NIK AZIZ SARAN ZAHRIN LETAK JAWATAN MP


Datuk Seri Zahrian Mohd Hashim disaran meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil di kawasan itu, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Beliau menyifatkan tindakan Zahrain, yang mengumumkan keluar dari PartiKeadilan Rakyat (PKR) Jumaat lalu, dan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat.


Katanya wakil rakyat yang bertindak demikian mesti bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka pada pilihan raya lepas dan perlu menyerahkan mandat semula kepada rakyat untuk membuat pemilihan baru.


"Undi adalah amanah yang diberikan oleh rakyat, jika kita melompat ke parti baru atas sebab tertentu, maknanya kita tidak amanah kepada rakyat," katanya kepada pemberita ketika menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina oleh pengerusi syarikat perumahan SBJ terkenal di negeri itu, Datuk Tan Liang Chong, di Panji, dekat Kota Bharu, hari ini.


Baca seterusnya delink ini :


http://www.malaysiakini.com/news/124414


"UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA"
"SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGARA"

Apa komen anda?

Saturday, February 13, 2010

PAS NAKKAN UMNO ATAU UMNO NAKKAN PAS

Oleh : Tun Telanai


Sekali lagi timbul isu PAS hendak berbincang dan berkerjasama dengan UMNO. Isu ini tidak pernah sunyi. Sekejab timbul, sekejab tenggelam. Sekejab muqabalah dan sekejab muzakarah. Macam-macam istilah dicipta untuk menghalalkan pertemuan dengan UMNO. Saya amat bersetuju dengan pandangan yang bangkitkan oleh saudara Mohamed Hanipa Maidin, salah seorang peguam PAS yang popular [
http://peguampas.blogspot.com/2010/02/hati-hati-pas-jangan-sampai-rakyat.html]. Rakyat khususnya ahli-ahli, pendokong PAS di kalangan bukan Islam dan pengundi atas pagar semakin benci dan meluat tengok gelagat beberapa pemimpin PAS yang gila amat sangat dengan UMNO celaka ini.


Kita pun tidak tahu, jampi apa yang digunakan oleh UMNO sehinggakan pucuk pimpinan tertinggi PAS siang-malam, pagi-petang asyik teringatkan UMNO sahaja. Bagaikan seorang jejaka mencintai seorang gadis. Setiap hari asyik hendak berjumpa dan melafazkan perasaan kasih sayang terhadap gadis yang dicintainya itu sahaja, tidak ada kerja lain. Kalau tidak berjumpa sehari dirasakan seperti setahun. Kalau tidak dapat melihat wajah si gadis, sekurang-kurangnya dapat melihat bumbung rumah pun sudah memadai bagi mengubat penyakit rindu yang melandainya. Keadaan inilah yang menimpa PAS sekarang. Kalau tidak dapat berjumpa dengan UMNO, beberapa pemimpin tertinggi PAS yang sudah kita kenalpasti ini merasakan PAS akan mati, tidak boleh hidup dan tidak boleh berdiri di atas kaki sendiri.


Cuba lihat gelagat Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menunjukkan betapa gelojohnya beliau yang hendak sangat mengadakan pertemuan dan kerjasama dengan UMNO. Hadi tanpa meneliti kenyataan Nik Abdul Aziz Nik Mat telah membuat tanggapan yang salah [dimainkan oleh media massa milik UMNO] seolah-olah Nik Aziz telah memberi lampu hijau kepada beliau [PAS] untuk berjumpa dan berbincang mengenai isu ekonomi, politik dan agama yang menjadi dasar PAS dengan UMNO. Lantas, beliau mengeluarkan kenyataan bahawa PAS bersedia untuk bertemu dengan UMNO celaka ini bila-bila masa sahaja [
http://www.malaysiakini.com/news/123892].


Sila baca kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Akhbar Nik Aziz bagi membetulkan laporan yang diputarbelitkan oleh media massa milik UMNO yang disalahertikan oleh Hadi:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24860:wan-nik-wan-yussof-berbincang-bukan-bekerjasama-&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131

Sikap yang ditunjukkan oleh Hadi ini menyebabkan beberapa keputusan yang dibuat sebelum ini yang menjurus ke arah memadamkan sebarang bentuk perbincangan dan kerjasama dengan UMNO telah dicabuli sehingga menyebabkan rakyat pening kepala memikirkannya. PAS dilihat tidak lagi konsisten dalam percakapan dan perbuatan berbanding zaman dulu-dulu. Pada pandangan saya, kemungkinan besar PAS sekarang bukan PAS zaman dulu lagi, iaitu ketika zaman PAS dipimpin oleh individu yang amat komited dengan Islam seperti Dr.Burhanuddin Al Helmy, Yusuf Rawa dan Fadzil Noor. Mereka ini tidak boleh berkompromi langsung dengan dasar yang bercanggah dengan Islam [secular] yang masih dipegang, dianuti dan diamalkan oleh UMNO dari dulu, kini dan selama-lamanya.


Tetapi, PAS yang dipimpin oleh Hadi telah merubahkan sedikit dasarnya seperti PAS yang dipimpin oleh Mohamad Asri bin Haji Muda. Kita lihat sedikit sejarah. Setelah UMNO dipimpin oleh Tun Abdul Razak Hussein yang berjaya mengambilalih kuasa daripada Tunku Abdul Rahmat Putra Al-Haj, Asri dipujuk supaya membawa PAS masuk ke dalam gabungan Barisan Nasional [berlambangkan dacing menunjukkan ianya adil] mengantikan Perikatan yang berlambangkan kapal layar demi kepentingan orang Melayu dan agama Islam. Hal rayu-merayu ini berlaku selepas peristewa berdarah 13 Mei, perintah darurat ditamatkan dan Malaysia akan kembali ditadbir secara demokrasi.


Berlakunya rusuhan di antara kaum 13 Mei 1969 kerana tidak adanya keseimbangan ekonomi, pendidikan dan sosial yang mencetuskan rasa tidak kepuasan hati di kalangan rakyat berbagai kaum dalam negara ini khususnya dikalangan orang-orang Melayu. UMNO yang mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum 1969 selepas negara mencapai kemerdekaan dan kononnya [betul atau tidak, tidak dapat dipastikan] peristewa ini dicetuskan oleh para pendokong UMNO sendiri [perkara ini pernah disebut oleh Marina Yusuf ketika beliau menjadi salah seorang pemimpin parti KeADILan berceramah di Pulau Pinang dan beliau belum sempat dikenakan tindakan undang-undang kerana beliau cepat-cepat kembali kepangkuan UMNO] yang tidak puas hati di atas keputusan pilihan raya tersebut kerana kaum Cina melalui DAP menang besar menambah kerusi berlipat kali ganda terutama di bandar-bandar besar dan Pulau Pinang jatuh ke tangan pembangkang ketika itu ialah parti Gerakan.


Rupa-rupanya sejarah berulang kembali. Dalam PRU ke-12, UMNO mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah. UMNO hilang majoriti 2/3 di Parlimen. UMNO diselamatkan oleh pengundi-pengundi buta huruf dan miskin di Sabah dan di Serawak. Strategi yang serupa digunakan oleh UMNO ketika ia mengalami kekalahan [1969 dan 2008] untuk bangkit semula selepas ini. Mereka mengunakan isu yang sama dan dasar yang sama iaitu dasar pecah-perintah [diamalkan oleh British di tanah jajahannya bagi menghalang kebangkitan rakyat]. Isu kedaulatan Raja-raja Melayu, ketuanan Melayu, kemuliaan agama Islam dan sentimen perkauman dimainkan oleh UMNO melalui media massa miliknya. Di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat menjadi sasaranya.


Propaganda seperti ini adalah sama apa yang pernah dimainkannya selepas peristewa 13 Mei sehingga Asri terperangkap. Contohnya dalam isu penggunaan kalimah Allah, sengaja UMNO membiarkan isu ini dikontroversikan dengan tujuan untuk mencetuskan suasana tidak stabil bagi memudahkannya mengambil kesempatan sebagai ‘juara rakyat’ menjaga kepentingan Melayu dan Islam kononnya. Sebenarnya UMNO boleh mengarahkan mahkamah tidak membenarkan akhbar mingguan The Herald menggunakan perkataan kalimah 'Allah' dalam terbitannya.


Mengapa UMNO tidak lakukannya sepertimana ia lakukan terhadap kes-kes yang melibatkan kepentingannya seperti kes rampasan kuasa di Perak dan kes Anwar Ibrahim I dulu dan kini. Mahkamah dan hakim-hakim yang ada di Negara ini bukan tempat kita mencari keadilan dan kebenaran sekiranya ia melibatkan kepentingan dan survival UMNO. Bukan asing bagi rakyat di Negara ini mempercayai bahawa Hakim dan mahkamah sering kali dipergunakan oleh UMNO, tetapi kenapa kes ini UMNO tidak mahu gunakan kuasanya. Begitu juga beberapa demontrasi yang dianjurkan oleh para pendokong UMNO di Pulau Pinang dan Selangor bertujuan untuk mencetuskan haru-hara dengan harapan ia dapat merampas kuasa secara kurang ajar dan biadap seperti ia lakukan di Perak. Kenapa tidak boleh bersabar tunggu PRU ke-13 tiba nanti.


Di satu masa dulu para pemimpin dan pendokongnya cukup anti kepada amalan demontrasi. Demontrasi bukan budaya kita, kata mereka, ia budaya beruk dan monyek. Mereka mengutuk, mengecam, memperlekeh dan menghina kepada orang yang melibatkan diri dalam demontrasi. Alih-alih sekarang ini terbalik, mereka pula yang menjadi ‘juara demontrasi’. Setiap hari sekiranya ada isu kecil atau besar, mereka turun berdemontrasi. Dasar muka tidak tahun malu. Muka tebal ditampal dengan kulit babi, relakan diri untuk menjilat ludah yang penuh kahar, yang kotor lagi jijik. Walau pun begitu, strategi mereka kali ini gagal kerana para pemimpin, ahli dan pendokong Pakatan Rakyat menyedarinya lebih awal, tidak menari ikut rentak yang dipalukan. Biakan UMNO gila talak seorang diri.


PAS mengalami zaman gelap di zaman Asri apabila beliau sanggup berkompromi dan berkerjasama dengan UMNO dalam kerajaan BN atas semangat kepentingan Melayu dan Islam. PAS hanya jadi Pak Turut sahaja. Apa sahaja cakap UMNO, PAS mesti patuh dan taat. Sekiranya menentang kehendak UMNO, maka tercetuslah peristewa seperti Kelantan didaruratkan pada tahun 1978 dulu. Akibat tindakan dan strategi yang digunakan oleh Asri tidak menjadi, maka PAS dihina, dikeji, diperlekehkan, dibogel, ditumbok, ditendang, disepak dan diterajang keluar dari gabungan BN pada tahun 1978.


PAS masuk menyertai BN tahun 1974 sempena pembentukan BN bagi mengantikan Perikatan. PAS hanya dapat bertahan 5 tahun sahaja dalam BN. PAS mengalami zaman kegelapan lebih daripada dua dekad. Selepas PAS diambilalih oleh Yusuf Rawa, PAS mulai bangkit dan berada dalam zaman kegemilangan di bawah teraju Fadzil Noor.


Kini, PAS yang dipimpin oleh Haji Abdul Hadi Awang cuba mengulangi sejarah yang pernah diterokai oleh Asri dulu. Kemelut yang timbul sekarang ini pada pandangan saya adalah PAS sedang menyusuri jalan-jalan kemusnahan yang ada dihadapan kita sekarang ini. Setiap langkah yang diambilnya, semua dilihat sumbang dan tidak menjadi kerana sikap para pemimpinnya yang mulai melupakan dasar perjuangan parti yang disokong oleh ahli-ahli bawahan yang sanggup berjuang tanpa balasan, hanya mengharap ihsan daripada Allah swt.


Contoh: Tindakan Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengantung Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan membebaskan Dr. Mohd Hassan Ali [hanya sekadar memberi amaran keras sahaja], Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan juga Exco kerajaan negeri merupakan satu tindakan yang zalim.


Sebahagian besar ahli-ahli PAS biasa tidak boleh menerima tindakan ini. Kenapa Dr.Hassan boleh dimaafkan, sedangkan Khalid terus dijatuhkan hukuman yang amat berat lagi memalukan. Jawapannya ialah Dr.Hassan Ali adalah salah seorang perancang untuk membawa PAS berkerjasama dengan UMNO. Bererti Dr.Hassan Ali ialah dari kumpulan Presiden dan Timbalan Presiden yang mahukan PAS berkerjasama dengan UMNO.


Manakala, Khalid ialah dari kalangan Nik Aziz dan Husam Musa yang merupakan penentang kuat idea Presiden untuk kerajaan perpaduan dan menentang PAS berkerjasama dengan UMNO, Timbalan Presiden [boneka UMNO yang dibawa masuk bertujuan melaksanakan dasar pecah-perintah dalam PAS, bekas pensyarah UKM], Setiausaha Agung, Timbalan Musyidul Am PAS dan lain-lain pemimpin yang sekepala dengan Presiden dan Timbalannya.


Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh ahli-ahli PAS setiap peringkat supaya bangun menentang idea, cadangan dan sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO. Tidak ada alasan kukuh untuk kita berkerjasama dengan UMNO. Alasan bahawa Melayu dan Islam berada dalam keadaan bahaya sekarang tidak boleh digunapakai lagi kerana ia telah digunakan dan telah diujikaji pada tahun 1974 dulu, tetapi ia gagal. Tambahan pula, siapakah yang bertanggung jawab menjadikan bangsa Melayu semakin lemah dari segi kedudukan dan penguasan politik di Negara ini. Melayu masih tercicir dan lemah dalam bidang ekonomi dan perniagaan serta pendidikan?


Jawapannya ialah UMNO yang menjadikannya seperti itu, bukan kita. Kita tidak pernah tidak terlibat langsung dalam merangka dasar Negara dan kita pula tidak pernah memegang tampok kuasa sepenuhnya dari semenjak Negara mencapai kemerdekaan sehinggalah sampai sekarang.


Lagi cuba lihat dan perhatikan pegangan umat Islam terhadap Islam semakin lemah terutama golongan muda. Islam diabaikan dalam setiap sector kehidupan ummah. Islam seringkali ditentang, dihina dan diperlekehkan oleh para pemimpin dan orang Melayu-Islam, apatah lagi untuk melihat orang bukan Islam bangkit membantu untuk memuliakan Islam. Kerja-kerja siapakah ini?


Jawapannya ialah tidak lain dan tidak bukan ianya adalah kerja-kerja UMNO.


Jadi, jangan biarkan Hadi sekali lagi memperjudikan nasib PAS di tangan UMNO. Cukuplah kita sudah merasai pahit-maungnya berkerjasama dengan UMNO dalam tempoh 1974 hingga 1978. Kita tidak mahu ianya berulang semula. Untuk itu, kaedah terbaik penyelesaian masalah ini ialah dengan mengadakan EGM atau referendum minta pandangan ahli-ahli sepertimana hasrat Nik Aziz dulu. Sekiranya sebahagian besar ahli-ahli bersetuju berkerjasama dengan UMNO, maka berkerjasamalah dengannya. Sekiranya, jawapannya NO!, jangan Hadi dan orang-orangnya yang pro atau menjadi alat kepada UMNO pandai-pandai meneruskan hasrat kerjasama tersebut. PAS bukan parti Hadi dan orang-orangnya. Ia merupakan parti untuk orang Islam di Malaysia yang mahukan Islam. Orang Islam yang tidak mahu Islam boleh bernaung di bawah panji-panji UMNO.


Tugas dan peranan kita sekarang ini amat berat iaitu untuk menyahkan UMNO dari muka bumi Malaysia ini. InsyaAllah kita akan berjaya. Semuanya tentuan Allah swt. Syaratnya ialah kita mesti melakukannya mengikut syariat Nabi Mohammad saw, iaitu mulai dengan merubahkan fikiran rakyat [Nabi tanamkan iman dahulu] melihat perkara yang baik-baik, amal makrof nahi mungkar. Apabila fikiran rakyat sudah dapat diubah [direformasikan atau diIslahkan], maka perubahan akan berlaku dengan sendirinya. Kebathilan yang diwakili oleh UMNO akan tumbang dengan sendirinya seperti apa yang berlaku kepada regim-regim pemerintahan terdahulu. UMNO sifatnya baharu. Yang baharu pasti akan menemui jalan kematiannya. Hanya masa sahaja yang menentukannya.


Dalam kesempatan ini saya mengucapkan tahniah di atas keberanian saudara Abdul Rahman Abdul Talib, ahli biasa PAS, seorang penulis blog terkenal yang dikenali sebagai ‘Tulang Besi’ membuat laporan rasmi berkaitan salahlaku beberapa pimpinan atasan PAS kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.


Beliau mengemukakan empat aduan dengan mendakwa bahawa :

1. Dr Hasan dan Nasaruddin telah mendedahkan rahsia parti berkaitan 'bai'ah ta'lik' kepada penulis blog di kediaman pesuruhjaya PAS Selangor itu.

2. Ahli majlis syura ulama PAS telah meluluskan kertas kerja tulisan Dr Haron bertajuk 'Tahaluf Siyasi: Pasca 2008" yang telah membawa kepada perjumpaan-perjumpaan gelap dengan Umno yang juga telah menyebabkan perpecahan dalam PAS.

3. Dr Haron melanggar keputusan serta pendirian rasmi PAS dalam isu 'kalimah Allah' dengan menghadiri sebuah forum yang dirasmikan oleh ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


4. Dr Hasan telah menyebarkan fitnah dan penipuan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, justeru melanggar usul muktamar PAS di Shah Alam dan Ipoh.


Bacaan seterusnya dilink ini :


http://www.malaysiakini.com/news/124286


Kesimpulanya, kita [PAS] yang beria-ia hendakan sangat UMNO, dari dia yang hendakkan kita. Bermakna perjuangan kita mulai berubah, kehendak kita hanya untuk 3K, tetapi dia hendakkan kita supaya kita sendiri yang bertindak pecahkan Pakatan Rakyat supaya dia terus dapat kekalkan kuasa memerintah selama-lamanya. Dan sampai satu peringkat kita akan dilemparnya ke tengah lautan dalam supaya disambar ikan jerung. Mati tanpa batu nisan.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”


Catatan:
Terdapat perkataan yang kurang manis dalam artikel ini. Penulis terpaksa masuk juga perkataan tersebut kerana amat marah melihat gelagat UMNO dan penyokongnya. Harap maaf.