DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, February 13, 2010

PAS NAKKAN UMNO ATAU UMNO NAKKAN PAS

Oleh : Tun Telanai


Sekali lagi timbul isu PAS hendak berbincang dan berkerjasama dengan UMNO. Isu ini tidak pernah sunyi. Sekejab timbul, sekejab tenggelam. Sekejab muqabalah dan sekejab muzakarah. Macam-macam istilah dicipta untuk menghalalkan pertemuan dengan UMNO. Saya amat bersetuju dengan pandangan yang bangkitkan oleh saudara Mohamed Hanipa Maidin, salah seorang peguam PAS yang popular [
http://peguampas.blogspot.com/2010/02/hati-hati-pas-jangan-sampai-rakyat.html]. Rakyat khususnya ahli-ahli, pendokong PAS di kalangan bukan Islam dan pengundi atas pagar semakin benci dan meluat tengok gelagat beberapa pemimpin PAS yang gila amat sangat dengan UMNO celaka ini.


Kita pun tidak tahu, jampi apa yang digunakan oleh UMNO sehinggakan pucuk pimpinan tertinggi PAS siang-malam, pagi-petang asyik teringatkan UMNO sahaja. Bagaikan seorang jejaka mencintai seorang gadis. Setiap hari asyik hendak berjumpa dan melafazkan perasaan kasih sayang terhadap gadis yang dicintainya itu sahaja, tidak ada kerja lain. Kalau tidak berjumpa sehari dirasakan seperti setahun. Kalau tidak dapat melihat wajah si gadis, sekurang-kurangnya dapat melihat bumbung rumah pun sudah memadai bagi mengubat penyakit rindu yang melandainya. Keadaan inilah yang menimpa PAS sekarang. Kalau tidak dapat berjumpa dengan UMNO, beberapa pemimpin tertinggi PAS yang sudah kita kenalpasti ini merasakan PAS akan mati, tidak boleh hidup dan tidak boleh berdiri di atas kaki sendiri.


Cuba lihat gelagat Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menunjukkan betapa gelojohnya beliau yang hendak sangat mengadakan pertemuan dan kerjasama dengan UMNO. Hadi tanpa meneliti kenyataan Nik Abdul Aziz Nik Mat telah membuat tanggapan yang salah [dimainkan oleh media massa milik UMNO] seolah-olah Nik Aziz telah memberi lampu hijau kepada beliau [PAS] untuk berjumpa dan berbincang mengenai isu ekonomi, politik dan agama yang menjadi dasar PAS dengan UMNO. Lantas, beliau mengeluarkan kenyataan bahawa PAS bersedia untuk bertemu dengan UMNO celaka ini bila-bila masa sahaja [
http://www.malaysiakini.com/news/123892].


Sila baca kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Akhbar Nik Aziz bagi membetulkan laporan yang diputarbelitkan oleh media massa milik UMNO yang disalahertikan oleh Hadi:
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24860:wan-nik-wan-yussof-berbincang-bukan-bekerjasama-&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131

Sikap yang ditunjukkan oleh Hadi ini menyebabkan beberapa keputusan yang dibuat sebelum ini yang menjurus ke arah memadamkan sebarang bentuk perbincangan dan kerjasama dengan UMNO telah dicabuli sehingga menyebabkan rakyat pening kepala memikirkannya. PAS dilihat tidak lagi konsisten dalam percakapan dan perbuatan berbanding zaman dulu-dulu. Pada pandangan saya, kemungkinan besar PAS sekarang bukan PAS zaman dulu lagi, iaitu ketika zaman PAS dipimpin oleh individu yang amat komited dengan Islam seperti Dr.Burhanuddin Al Helmy, Yusuf Rawa dan Fadzil Noor. Mereka ini tidak boleh berkompromi langsung dengan dasar yang bercanggah dengan Islam [secular] yang masih dipegang, dianuti dan diamalkan oleh UMNO dari dulu, kini dan selama-lamanya.


Tetapi, PAS yang dipimpin oleh Hadi telah merubahkan sedikit dasarnya seperti PAS yang dipimpin oleh Mohamad Asri bin Haji Muda. Kita lihat sedikit sejarah. Setelah UMNO dipimpin oleh Tun Abdul Razak Hussein yang berjaya mengambilalih kuasa daripada Tunku Abdul Rahmat Putra Al-Haj, Asri dipujuk supaya membawa PAS masuk ke dalam gabungan Barisan Nasional [berlambangkan dacing menunjukkan ianya adil] mengantikan Perikatan yang berlambangkan kapal layar demi kepentingan orang Melayu dan agama Islam. Hal rayu-merayu ini berlaku selepas peristewa berdarah 13 Mei, perintah darurat ditamatkan dan Malaysia akan kembali ditadbir secara demokrasi.


Berlakunya rusuhan di antara kaum 13 Mei 1969 kerana tidak adanya keseimbangan ekonomi, pendidikan dan sosial yang mencetuskan rasa tidak kepuasan hati di kalangan rakyat berbagai kaum dalam negara ini khususnya dikalangan orang-orang Melayu. UMNO yang mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum 1969 selepas negara mencapai kemerdekaan dan kononnya [betul atau tidak, tidak dapat dipastikan] peristewa ini dicetuskan oleh para pendokong UMNO sendiri [perkara ini pernah disebut oleh Marina Yusuf ketika beliau menjadi salah seorang pemimpin parti KeADILan berceramah di Pulau Pinang dan beliau belum sempat dikenakan tindakan undang-undang kerana beliau cepat-cepat kembali kepangkuan UMNO] yang tidak puas hati di atas keputusan pilihan raya tersebut kerana kaum Cina melalui DAP menang besar menambah kerusi berlipat kali ganda terutama di bandar-bandar besar dan Pulau Pinang jatuh ke tangan pembangkang ketika itu ialah parti Gerakan.


Rupa-rupanya sejarah berulang kembali. Dalam PRU ke-12, UMNO mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah. UMNO hilang majoriti 2/3 di Parlimen. UMNO diselamatkan oleh pengundi-pengundi buta huruf dan miskin di Sabah dan di Serawak. Strategi yang serupa digunakan oleh UMNO ketika ia mengalami kekalahan [1969 dan 2008] untuk bangkit semula selepas ini. Mereka mengunakan isu yang sama dan dasar yang sama iaitu dasar pecah-perintah [diamalkan oleh British di tanah jajahannya bagi menghalang kebangkitan rakyat]. Isu kedaulatan Raja-raja Melayu, ketuanan Melayu, kemuliaan agama Islam dan sentimen perkauman dimainkan oleh UMNO melalui media massa miliknya. Di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat menjadi sasaranya.


Propaganda seperti ini adalah sama apa yang pernah dimainkannya selepas peristewa 13 Mei sehingga Asri terperangkap. Contohnya dalam isu penggunaan kalimah Allah, sengaja UMNO membiarkan isu ini dikontroversikan dengan tujuan untuk mencetuskan suasana tidak stabil bagi memudahkannya mengambil kesempatan sebagai ‘juara rakyat’ menjaga kepentingan Melayu dan Islam kononnya. Sebenarnya UMNO boleh mengarahkan mahkamah tidak membenarkan akhbar mingguan The Herald menggunakan perkataan kalimah 'Allah' dalam terbitannya.


Mengapa UMNO tidak lakukannya sepertimana ia lakukan terhadap kes-kes yang melibatkan kepentingannya seperti kes rampasan kuasa di Perak dan kes Anwar Ibrahim I dulu dan kini. Mahkamah dan hakim-hakim yang ada di Negara ini bukan tempat kita mencari keadilan dan kebenaran sekiranya ia melibatkan kepentingan dan survival UMNO. Bukan asing bagi rakyat di Negara ini mempercayai bahawa Hakim dan mahkamah sering kali dipergunakan oleh UMNO, tetapi kenapa kes ini UMNO tidak mahu gunakan kuasanya. Begitu juga beberapa demontrasi yang dianjurkan oleh para pendokong UMNO di Pulau Pinang dan Selangor bertujuan untuk mencetuskan haru-hara dengan harapan ia dapat merampas kuasa secara kurang ajar dan biadap seperti ia lakukan di Perak. Kenapa tidak boleh bersabar tunggu PRU ke-13 tiba nanti.


Di satu masa dulu para pemimpin dan pendokongnya cukup anti kepada amalan demontrasi. Demontrasi bukan budaya kita, kata mereka, ia budaya beruk dan monyek. Mereka mengutuk, mengecam, memperlekeh dan menghina kepada orang yang melibatkan diri dalam demontrasi. Alih-alih sekarang ini terbalik, mereka pula yang menjadi ‘juara demontrasi’. Setiap hari sekiranya ada isu kecil atau besar, mereka turun berdemontrasi. Dasar muka tidak tahun malu. Muka tebal ditampal dengan kulit babi, relakan diri untuk menjilat ludah yang penuh kahar, yang kotor lagi jijik. Walau pun begitu, strategi mereka kali ini gagal kerana para pemimpin, ahli dan pendokong Pakatan Rakyat menyedarinya lebih awal, tidak menari ikut rentak yang dipalukan. Biakan UMNO gila talak seorang diri.


PAS mengalami zaman gelap di zaman Asri apabila beliau sanggup berkompromi dan berkerjasama dengan UMNO dalam kerajaan BN atas semangat kepentingan Melayu dan Islam. PAS hanya jadi Pak Turut sahaja. Apa sahaja cakap UMNO, PAS mesti patuh dan taat. Sekiranya menentang kehendak UMNO, maka tercetuslah peristewa seperti Kelantan didaruratkan pada tahun 1978 dulu. Akibat tindakan dan strategi yang digunakan oleh Asri tidak menjadi, maka PAS dihina, dikeji, diperlekehkan, dibogel, ditumbok, ditendang, disepak dan diterajang keluar dari gabungan BN pada tahun 1978.


PAS masuk menyertai BN tahun 1974 sempena pembentukan BN bagi mengantikan Perikatan. PAS hanya dapat bertahan 5 tahun sahaja dalam BN. PAS mengalami zaman kegelapan lebih daripada dua dekad. Selepas PAS diambilalih oleh Yusuf Rawa, PAS mulai bangkit dan berada dalam zaman kegemilangan di bawah teraju Fadzil Noor.


Kini, PAS yang dipimpin oleh Haji Abdul Hadi Awang cuba mengulangi sejarah yang pernah diterokai oleh Asri dulu. Kemelut yang timbul sekarang ini pada pandangan saya adalah PAS sedang menyusuri jalan-jalan kemusnahan yang ada dihadapan kita sekarang ini. Setiap langkah yang diambilnya, semua dilihat sumbang dan tidak menjadi kerana sikap para pemimpinnya yang mulai melupakan dasar perjuangan parti yang disokong oleh ahli-ahli bawahan yang sanggup berjuang tanpa balasan, hanya mengharap ihsan daripada Allah swt.


Contoh: Tindakan Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengantung Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan membebaskan Dr. Mohd Hassan Ali [hanya sekadar memberi amaran keras sahaja], Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan juga Exco kerajaan negeri merupakan satu tindakan yang zalim.


Sebahagian besar ahli-ahli PAS biasa tidak boleh menerima tindakan ini. Kenapa Dr.Hassan boleh dimaafkan, sedangkan Khalid terus dijatuhkan hukuman yang amat berat lagi memalukan. Jawapannya ialah Dr.Hassan Ali adalah salah seorang perancang untuk membawa PAS berkerjasama dengan UMNO. Bererti Dr.Hassan Ali ialah dari kumpulan Presiden dan Timbalan Presiden yang mahukan PAS berkerjasama dengan UMNO.


Manakala, Khalid ialah dari kalangan Nik Aziz dan Husam Musa yang merupakan penentang kuat idea Presiden untuk kerajaan perpaduan dan menentang PAS berkerjasama dengan UMNO, Timbalan Presiden [boneka UMNO yang dibawa masuk bertujuan melaksanakan dasar pecah-perintah dalam PAS, bekas pensyarah UKM], Setiausaha Agung, Timbalan Musyidul Am PAS dan lain-lain pemimpin yang sekepala dengan Presiden dan Timbalannya.


Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh ahli-ahli PAS setiap peringkat supaya bangun menentang idea, cadangan dan sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO. Tidak ada alasan kukuh untuk kita berkerjasama dengan UMNO. Alasan bahawa Melayu dan Islam berada dalam keadaan bahaya sekarang tidak boleh digunapakai lagi kerana ia telah digunakan dan telah diujikaji pada tahun 1974 dulu, tetapi ia gagal. Tambahan pula, siapakah yang bertanggung jawab menjadikan bangsa Melayu semakin lemah dari segi kedudukan dan penguasan politik di Negara ini. Melayu masih tercicir dan lemah dalam bidang ekonomi dan perniagaan serta pendidikan?


Jawapannya ialah UMNO yang menjadikannya seperti itu, bukan kita. Kita tidak pernah tidak terlibat langsung dalam merangka dasar Negara dan kita pula tidak pernah memegang tampok kuasa sepenuhnya dari semenjak Negara mencapai kemerdekaan sehinggalah sampai sekarang.


Lagi cuba lihat dan perhatikan pegangan umat Islam terhadap Islam semakin lemah terutama golongan muda. Islam diabaikan dalam setiap sector kehidupan ummah. Islam seringkali ditentang, dihina dan diperlekehkan oleh para pemimpin dan orang Melayu-Islam, apatah lagi untuk melihat orang bukan Islam bangkit membantu untuk memuliakan Islam. Kerja-kerja siapakah ini?


Jawapannya ialah tidak lain dan tidak bukan ianya adalah kerja-kerja UMNO.


Jadi, jangan biarkan Hadi sekali lagi memperjudikan nasib PAS di tangan UMNO. Cukuplah kita sudah merasai pahit-maungnya berkerjasama dengan UMNO dalam tempoh 1974 hingga 1978. Kita tidak mahu ianya berulang semula. Untuk itu, kaedah terbaik penyelesaian masalah ini ialah dengan mengadakan EGM atau referendum minta pandangan ahli-ahli sepertimana hasrat Nik Aziz dulu. Sekiranya sebahagian besar ahli-ahli bersetuju berkerjasama dengan UMNO, maka berkerjasamalah dengannya. Sekiranya, jawapannya NO!, jangan Hadi dan orang-orangnya yang pro atau menjadi alat kepada UMNO pandai-pandai meneruskan hasrat kerjasama tersebut. PAS bukan parti Hadi dan orang-orangnya. Ia merupakan parti untuk orang Islam di Malaysia yang mahukan Islam. Orang Islam yang tidak mahu Islam boleh bernaung di bawah panji-panji UMNO.


Tugas dan peranan kita sekarang ini amat berat iaitu untuk menyahkan UMNO dari muka bumi Malaysia ini. InsyaAllah kita akan berjaya. Semuanya tentuan Allah swt. Syaratnya ialah kita mesti melakukannya mengikut syariat Nabi Mohammad saw, iaitu mulai dengan merubahkan fikiran rakyat [Nabi tanamkan iman dahulu] melihat perkara yang baik-baik, amal makrof nahi mungkar. Apabila fikiran rakyat sudah dapat diubah [direformasikan atau diIslahkan], maka perubahan akan berlaku dengan sendirinya. Kebathilan yang diwakili oleh UMNO akan tumbang dengan sendirinya seperti apa yang berlaku kepada regim-regim pemerintahan terdahulu. UMNO sifatnya baharu. Yang baharu pasti akan menemui jalan kematiannya. Hanya masa sahaja yang menentukannya.


Dalam kesempatan ini saya mengucapkan tahniah di atas keberanian saudara Abdul Rahman Abdul Talib, ahli biasa PAS, seorang penulis blog terkenal yang dikenali sebagai ‘Tulang Besi’ membuat laporan rasmi berkaitan salahlaku beberapa pimpinan atasan PAS kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS yang dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.


Beliau mengemukakan empat aduan dengan mendakwa bahawa :

1. Dr Hasan dan Nasaruddin telah mendedahkan rahsia parti berkaitan 'bai'ah ta'lik' kepada penulis blog di kediaman pesuruhjaya PAS Selangor itu.

2. Ahli majlis syura ulama PAS telah meluluskan kertas kerja tulisan Dr Haron bertajuk 'Tahaluf Siyasi: Pasca 2008" yang telah membawa kepada perjumpaan-perjumpaan gelap dengan Umno yang juga telah menyebabkan perpecahan dalam PAS.

3. Dr Haron melanggar keputusan serta pendirian rasmi PAS dalam isu 'kalimah Allah' dengan menghadiri sebuah forum yang dirasmikan oleh ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


4. Dr Hasan telah menyebarkan fitnah dan penipuan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, justeru melanggar usul muktamar PAS di Shah Alam dan Ipoh.


Bacaan seterusnya dilink ini :


http://www.malaysiakini.com/news/124286


Kesimpulanya, kita [PAS] yang beria-ia hendakan sangat UMNO, dari dia yang hendakkan kita. Bermakna perjuangan kita mulai berubah, kehendak kita hanya untuk 3K, tetapi dia hendakkan kita supaya kita sendiri yang bertindak pecahkan Pakatan Rakyat supaya dia terus dapat kekalkan kuasa memerintah selama-lamanya. Dan sampai satu peringkat kita akan dilemparnya ke tengah lautan dalam supaya disambar ikan jerung. Mati tanpa batu nisan.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”


Catatan:
Terdapat perkataan yang kurang manis dalam artikel ini. Penulis terpaksa masuk juga perkataan tersebut kerana amat marah melihat gelagat UMNO dan penyokongnya. Harap maaf.

No comments: