DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, July 20, 2013

SYARIKAT KRONI SPR TAK LAYAK DAPAT KONTRAK RUNDING TERUS - RAFIZI RAMLI



KUALA LUMPUR 17 Julai: Tiga syarikat yang dikawal individu yang mendapat kontrak membekal dakwat kekal, Mohamed Salleh Mohamed Alli tidak mempunyai rekod kewangan yang melayakkannya mendapat kontrak secara runding terus.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, rekod kewangan terakhir syarikat Salleh menunjukkan ia tidak mempunyai kelayakan mendapat kontrak berkenaan.

Malah, katanya, rekod kewangan salah sebuah syarikat tersebut, Nash Ventures Sdn Bhd juga didapati tidak dikemaskini.


“Kali terakhir Nash Ventures failkan akaun adalah bagi tahun kewangan 2009 tetapi dianugerahkan rundingan terus dalam tahun 2013 malah, mengikut fail terakhir itu, dia tidak mempunyai sebarang perolehan,”

“Hakikat ini menguatkan lagi dakwaan bahawa Salleh mempunyai hubungan yang baik dengan kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),”  kata Ahli Parlimen Pandan itu dalam sidang media.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan tiga buah syarikat yang dikawal Mohamed Salleh iaitu Integrated Chellenger (M) Sdn. Bhd, Allisons Corp Sdn Bhd dan Nash Ventures Sdn. Bhd didaftar di alamat sama.

Syarikat tersebut beralamat di nombor 44A &44B, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9/A, Seksyen 9, 40100, Shah Alam, Selangor.

“Ini mengesahkan maklumat yang saya dedahkan sebelum ini bahawa syarikat-syarikat yang dikawal oleh individu bernama Mohamad Salleh telah berjaya mendapat kontrak perbekalan dakwat, kemeja dan topi secara rundingan terus,” kata beliau dalam sidang media di parlimen.

Menurut Rafizi, salah seorang Pengarah Syarikat Nash Ventures turut mempunyai pertalian dengan Mohamad Salleh, iaitu Shamsia Mansoor yang juga pemegang saham Allisons Corp Sdn Bhd dan mendapat kontrak perbekalan dari Kementerian Pertahanan.

Malah, tambah Rafizi alamat rumah kediaman untuk Shamsia dan Mohamad Salleh juga sama, yang memungkinkan mereka mempunyai pertalian keluarga.

KeadilanDaily

1 comment:

Anonymous said...

Rafizi anak haram