DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, June 7, 2013

UNDANG-UNDANG NEGARA MACAM 'TAIK'?



Assalamualaikum wm muslimin/muslimat yang dihormati sekelian


Umum tahu ketelusan, keikhlasan dan kejujuran dalam semua bentuk sistem atau undang-undang negara Malaysia sudah jadi macam taik!

Pendakwaan seperti dipilih-pilih atau berpilih-pilih, ada jenayah atau kesalahan yang terbukti nyata, boleh dibakul-sampahkan, ada kes kecil tapi diberi perhatian yang meletop, juga ada kes amat besar tapi dibuta-tulikan mata kedua-dua belah! 


Media haprak paling kuat kelentong dan bodek memainkan peranan amat cemerlang, baik cetak atau elektronik. Berita benar jadi lenyap tapi yang fitnah dan seleweng kuat diputar dan cetak heboh.


Ingat Perwaja, PKFZ, NFC dan banyak lagi kes berprofil tinggi yang panjang jika mahu dihuraikan! (Check-list seleweng & bazir k/jaan BN)

Terbaru kes fitnah kononnya menghina Duli Yang Maha Mulia SPB YDP Agong. Mungkin percakapan atau bualan sesama kawan jadi bahan pendakwa atas alasan menghina dan bagai kilat, pantas bertindak menahan untuk didakwa.

Pujian amat pada petugas kepolisan atas kerja cemerlang, bak menyahut salakan sang 'pejuang-pejuang' pembela raja-raja, agama dan bangsa! Orang putih kata 'bull-shit'!

Lupakah mereka siapa dahulu yang menghina raja-raja? Di mana undang-undang tegas konon patut dijunjung? Di mana undang-undang 'taik' semasa binatang-binatang yang pandai pakai songkok tinggi parti sekutu apco mengelar Agong sebagai 'natang' di Terengganu satu masa dulu?


Apakah mamak kutty pengkhianat paling popular terhadap bangsa Melayu kebal hinggakan menghina dan melenyapkan kuasa dan imuniti para raja-raja dan sultan negara Malaysia boleh dilepas begitu sahaja tanpa sedetik atau satu ayat? Tiada undang-undang yang lebih berkuasakah ke atas pengkhianat ini sehingga tiada satu apa pun terbit?

Di mana gerombolan konon pejuang-pejuang dan pembela raja-raja? Di dalam jamban atau di bawah katil?

Penghinaan itu tiada 'salah', memaki sultan dan Agong sebagai 'natang' tiada salah? Mamak pengkhianat kutty itu sesuka hati memperlekehkan undang-undang Malaysia ibarat di sebuah benua bernama Kerala kot? Padan muka para pengampu dan pembodek yang melantik sang pengkhianat sekandang dengan si kitul dan mandaliar menjadi menteri perdana yang menghina lagi bangsa Melayu yang konon mudah lupa!

Hairan bin ajaib mengapa penghinaan terhadap raja-raja tiada tindakan diambil? Samalah juga dengan wanita Cina yang ditahan, mengapa tindakan diambil tapi sang mamak dan gerombolan parti sekutu apco yang menggelarkan 'natang' pada Agong kebal tanpa soalan?
Kita sokong undang-undang negara jika betul ada penghinaan atau fitnah, patut malah wajib tindakan diambil, tidak kira menteri perdana atau sesiapa tanpa mengira pangkat atau kuasa, tapi bila undang-undang dibuat macam 'taik' inilah jadinya.

Ada pihak kebal macam nak rak dan ada pihak jadi bahan belasah!


Betul juga banyak tanggapan bahawa mana ada insan yang telus dan jujur dalam parti sekutu apco? Tiada seorang pun yang bersih daripada sebarang skandal! Hinggakan jadi bualan lawak bahawa jika mahu jadi menteri atau pemimpin dalam parti pandi kutty, mesti ada palitan rasuah atau apasaja kebejatan/skandal, baru disanjung gah mengila tapi jika anda telus, ikhlas dan jujur maka jawapannya adalah anda dipetisejukkan atau dibuang ke tempat kumbahan jika tidak dikuakkan!

Lihat sahaja terbaru satu contoh menteri dalam negeri, apa namaaa, si Zahid anak lelaki Hamidi, dahulu ada kes memukul individu. Ada laporan polis tapi macam senyap sahaja! Hinggakan Sdr Lim Kit Siang veteran politik Malaysia menyuarakan apakah tiada siasatan atau bagaimana seorang penjenayah yang begini boleh jadi menteri yang menjaga hal ehwal berkaitan jenayah?

Juga terbaru ada raja-raja menitah bahawa raja-raja bukan sahaja untuk istiadat tapi mencangkupi segala undang-undang tapi semasa penghinaan dan memaki-caci oleh puak umporno, senyap tiada respon pun!

Pihak kerajaan yang mendokong undang-undang pun tiada keikhlasan dalam menjunjung dan menguatkuasakan undang-undang, jika kes ada yang terpilih-pilih dan para pelaku boleh menjawat hingga jawatan pengubal undang-undang maka undang-undang itu akan jadi 'taik' selama-lamanya.

Di mana slogan yang berbagai dan bermacam bunyi yang amat memuakkan? Betulah cakapan rakyat, cakap tak serupa bikin!

Hairan bila ada suara-suara mahu keadilan dan ketelusan bangkit bersuara terutama golongan muda seolah-olah mahu di'mati'kan tunas-tunas ikhlas dari muncul membawa pembersihan dan pembaharuan dari bergelumang dengan penyelewengan juga kelentongan.

Gerak utama pemerintah adalah seperti mematahkan semangat dari menyoal kebenaran atau bertanya isu-isu berbangkit yang merangkumi rakyat marhaen semua. Ibarat rejim zionis yang menidakkan apa saja tindakan para pejuang Palestin. Patahkan mereka awal-awal lagi supaya tiada siapa berani melawan kebejatan dan kemungkaran sang berkuasa!

Baca saja apa jadi pada anak muda Muhammad Safwan Anang, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), bagaimana layanan untuk mematahkan semangat anak muda ini juga bakal yang lain-lain!

Lucu juga bila ini diambil kesempatan oleh kaki ampu dan bodek mencelah konon golongan muda agar tidak terbawa-bawa dengan emosi, bagai kata-kata seorang profesor kangkong pejuang kebebasan kemerdekaan di atas kerusi empuk di dalam bilik hawa dingin (dipetik bagai dikata oleh tuan blogmaster: Prof kangkong, kawal emosi kamu dulu...)!

Sudahlah dengan sistem pilihan raya negara yang mudah dipawahkan, diseleweng tanpa peduli walau banyak laporan dan bukti diberikan, tuntutan untuk bersihkan senarai pengundi dari makhluk-makhluk asing juga lalu tanpa diendahkan.

Sampai bila agaknya rejim khianat mahu memerintah dengan cara licik menutup kelemahan besar? Hanya akal fikiran bersih dan beriman sahaja boleh merubah. ABU jangan lupa untuk kesejahteraan, keselamatan dan ketelusan dalam pemerintahan negara Malaysia yang tercinta ini !

Allahu Akhbar Allahu Akhbar Allahu Akhbar!
SUMBER : DISINI

No comments: