(Anwar
bersama pemimpin PAS dan DAP dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis
Pimpinan Pakatan hari ini.VIDEO ADA DI DALAM)
KUALA
LUMPUR: Pakatan
Rakyat sebulat suara mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan ekoran catatan rekod paling tinggi
petisyen pilihan untuk PRU 13 ini.
Desakan sebulat suara ini dicapai dalam mesyuarat Pakatan Rakyat hari ini.
Ia dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media bersama pemimpin PAS dan DAP hari ini.
Pakatan Rakyat bakal memfailkan 35 petisyen manakala sebelum ini Umno menyatakan akan memfailkan 50 petisyen bagi membantah keputusan PRU 13.
Menurut Anwar, dalam sejarah pilihan raya negara ini
hanya ada satu atau dua kes yang pernah dikemukakan parti yang bertanding setiap
kali selesai PRU.
"Belum pernah dalam sejarah sampai dekat 90 petisyen yang dicadangkan untuk dikemukakan. Ini sahaja cukup alasan untuk Pengerusi SPR dan Timbalannya letak jawatan segera kerana cuai dan terlibat dalam kegiatan curang dan penipuan dalam pilihan raya," katanya.
Anwar menegaskan SPR harus menyelesaikan masalah yang timbul terlebih dahulu sebelum badan itu diletakkan di bawah satu jawatankuasa khas parlimen.
"Misalnya kita merompak, kemudian runding. Sepatutnya kita serah dulu barang yang kita rompak baru boleh runding," katanya.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, cadangan pembentukan jawatankuasa khas parlimen itu untuk melarikan fokus rakyat kepada persoalan sebenar tentang kegagalan SPR dalam mengendalikan PRU13 lalu.
"Oleh sebab itu kita tidak perlu jawatankuasa ini kerana SPR perlu selesaikan perkara-perkara yang dibangkitkan rakyat sekarang," katanya yang turut bersama dalam sidang media Majlis Pakatan Rakyat.
Mustafa turut memberitahu, ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP memutuskan untuk membuat petisyen berdasarkan kawasan-kawasan yang dirasakan wajar perlu diadakan petisyen.
Jelasnya, sebanyak 35 petisyen akan dikemukakan iaitu PAS sebanyak 14 , PKR;18 dan DAP;3 petisyen, bagaimanapun angka ini masih belum dimuktamadkan.
"Bukan sahaja Pakatan Rakyat membuat petisyen terhadap keputusan PRU13 malah Umno BN pun akan membuat 50 petisyen. Mengikut jumlah petisyen ini ternyata SPR gagal mengendalikan proses pilihan raya dengan bersih dan adil," katanya.

Konvensyen
Pakatan Rakyat
Dalam
pada itu, Pakatan Rakyat akan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat pada 23 Jun
ini.
Konvensyen
yang diadakan sehari itu akan dihadiri wakil-wakil setiap negeri serta barisan
pimpinan Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun maklumat berhubung konvesnyen itu akan diumumkan oleh sekretariat Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini.
Pakatan Rakyat turut menyokong penganjuran perhimpunan aman pada 15 Jun nanti, pihaknya akan berunding dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihak keselamatan bagi memastikan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman.
Anwar berkata sekretariat perhimpunan akan memberi maklumat lanjut sama ada perhimpunan itu diadakan di jalanan atau di stadium.

DSAI
No comments:
Post a Comment