Ahmad Husni Ahmad Basri,
USTAZ AZIZAN yang kukenali.. Beliau
mempunyai jiwa kebapaan yang tinggi.. Sekarang beliau masih kritikal di
Hospital PPinang dgn kaki dah kudung ke paras lutut.. 2 hari lalu, begitu ramai
orang beria ia menyebar khabar angin bahawa xMB Kedah, Ust Azizan dah mati..
Kasihan insan tokoh pendidikan ini yg dah berjasa membangunkan Insaniah
sehingga menjadi Universiti dan Kolej Sains Pulau Tuba walau baru sepenggal
menjadi Master Chef Kedah..
Ini kisah yang aku janji nak
cerita.. Ayah aku, Dato' Paduka Hj Ahmad Basri, Pengurus bola Kedah yg dikenali
ramai, meninggal dunia pada 15 Julai 2008... Ustaz Azizan adalah antara orang
pertama yang sampai ke rumah Ibu ku dan mengarahkan agar ruang disusun
bersesuaian utk dikunjungi ramai orang, dan gambar yg tak bersesuaian agar
diturunkan dari dinding. Terpegun adik adik aku dgn kunjungan itu.. Kemudian
baru lah MB Kedah ini ke hospital melihat jenazah bapa aku yang masih di
Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.. Aku pula masih di Mesir dan sedang
berusaha mencari flight pulang ke Kedah.. Sungguh prihatin MB Kedah ini,
walaupun Ayah aku adalah orang UMNO..
Satu kisah lagi berlaku di tahun
2010... MB Kedah dan beberapa EXCO termasuk pegawai kanan Kedah Civil Services,
serta pengurusan Insaniah berkunjung ke Jeddah dari Mesir. Ada di kalangan
rombongan nya adalah org UMNO kawan Ayah aku yg telah bisikkan kpd Ustaz Azizan
bahawa anak Dato Basri ada bekerja di Jeddah.. Maka aku ditelefon oleh seorang
staf konsulay bahawa MB Kedah nak jumpa aku..
Bila mengadap Ustaz Azizan ketika beliau
sedang mempengerusikan mesyuarat, maka beliau bertanya aku, "Mak dan adik
adik ok ka di Aloq Setaq? Rumah mak tu mungkin diambil utk besarkan jalan
Sultanah, kalau terpaksa diambil, jangan lah marah.. Pampasan akan dikira
sebaik mungkin. Dok balik Aloq Setaq dak? Balik noo, jengok jengok.. Ayah dah
tak dak.. Tak pa, mai dok, saya nak tanya bab pelancongan.. Awat Arab banyak di
Langkawi saja.. Apa usaha yang Kerajaan Negeri boleh bantu untuk Arab mai Tanah
Besar Kedah.. Aloq Setaq Gunung Jerai dll..."
Terpegun kakitangan konsulat melihat
seorang bergelar YAB MB Kedah menghentikan mesyuarat utk bertanya hal kpd
seorang anak Kedah yang dianggap semua nya macam anak anak dia juga..
Ustaz Azizan mmg mulia akhlak nya..
Dan mmg dia keras sikit.. Org Kedah kata perongoih sikit.. Elok la tu.. Kalau
lembik sgt org boleh pijak kepala.. Takut bini atau biar anak menantu balun
projek...
Kini Ust Azizan bukan lagi MB...
Malah bergelut antara hidup mati.. Kaki dah kudung sampai paras lutut.. Tak
boleh dah nak berjalan sendiri mcm dulu.. Itu pun jika sembuh..
Doakanlah agar Allah swt melanjutkan
usia beliau.. Kini rakyat Kedah dah sedar betapa murni nya hati para ulamak yg
ikhlas bekerja untuk rakyat. Sanggup Ust Azizan memberi nasihat kepada Mukhriz
yg masih muda.. Demi agama bangsa dan negara..
Doa aku adalah untuk semua kita
rakyat Malaysia.. Berlaku adil lah sesama kita.. Ingat lah hidup ini hanya
sementara..
Sekian.. Terimakasih kerana
membaca..
(Dipetik dari Facebook penulis)
No comments:
Post a Comment