DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, May 7, 2013

PASCA PRU 13 - MEMBIMBANGKAN



Aku tidak dapat membayangkan bagaimana persaaan DS Najib Razak apabila melihatkan keputusan PRU 13 yang amat membimbangkan dilihat dari segi percaturan kaum. Majoriti yang menang kerusi  parlimen adalah UMNO dan sebilangan kecil dari MIC dan MCA. Maknanya kabinet DS Najib akan dipenuhi oleh ahli UMNO. Melayu. Dan kerajaan Malaysia akan dilihat sebagai kerajaan Melayu. Bayangkan kesannya dilihat dari berbagai-bagai sudut..


Ini bukan kehendak kepimpinan BN-UMNO dan kehendak siapa sahaja yang cintakan negara ini. yang faham akan situasi sekiranya keadaan negara sebegini, ditadbir oleh satu kaum. Mungkin ramai juga orang Melayu ( yang tidak berapa cerdik ) ketawa gembira melihatkan keputusan PRU 13 yang lalu. Mungkin. Tetapi aku yakin ramai  pemimpin negara ( yang merupakan pemimpin dalam erti kata yang sebenar-benarnya ) begitu runsing dan bimbang akan keadaan sedemikian.

Rakyat Malaysia rata-rata sebenarnya mahukan perubahan.Mereka mahu menukar kerajaan BN-UMNO yang ada kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Dengan sebab itulah apabila dilihat keputusan PRU 13, ternampak jelas tindakan yang dibuat oleh kaum Cina dan orang Melayu yang tinggal di bandar-bandar yang terdedah dengan berbagai maklumat. Yang menyelamatkan BN-UMNO adalah golongan masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar ataupun yang tidak terdedah dengan ledakan maklumat melalui sosial media.

Sekiranya diperincikan, PR sebenarnya boleh dikira menang dalam PRU13 diukur dari segi kerusi parlimen yang diperolehinya. Namun apabila ia gagal membentuk kerajaan telah menyebabkan kekecewaan yang bukan kepalang.Rakyat Malaysia umumnya begitu yakin yang PR akan membentuk kerajaan selepas PRU 13 berdasarkan beberapa faktor. Antaranya ‘mood’ dan ‘momentum’ rakyat yang begitu tinggi, yakin bahawa PR akan membentuk kerjaan baru. Rata-rata rakyat mengatakan bahawa mereka memerlukan perubahan. Itu yang menimbulan slogan ‘ubah’ yang selalu diteriakan oleh mereka.

Walaupun suasana menampakkan yang ‘mood’ sedemikian sampai ke kawasan pendalaman, di kampung-kampung namun hakikatnya apa yang disuara dan dihasratkan oleh kepimpinan PR itu tidak ‘meresap’ ke bawah. Berbanding dengan pihak pemerintah yang boleh menggunakan radio dan Tv mereka untuk menyalurkan maklumat ke mana sahaja yang diinginkan. Lantas itu merupakan satu ‘ advantage’ yang ada pada pihak kerajaan dan tiada bagi pihak PR. Ini yang dikatakan ketidakadilan dalam melaksanakan prinsip demokrasi – peluang yang tidak seimbang dan ketiadaan kebebasa bersuara.

Kesannya boleh dilihat bahawa PR gagal untuk mendapatkan kerusi baru dan banyak kerusi yang pernah dimenangi terlepas ke tangan BN. Tentulah banyak lagi faktor-faktor lain yang menyebabkan berlakunya keadaan sedemikian. Namun amat jelas dan ketara bahawa penduduk luar bandar masih belum dapat menerima perubahan-perubahan yang cuba dibawa oleh pemikiran baru yang meledak masyarakat bandar di Malaysia.

Kini  rakyat telah menyuarakan hasrat mereka melalui keputusan PRU 13. Di sinilah pentingnya peranan SPR dalam PRU 13. Apakah benar keputusan PRU 13 itu membayangkan sebenarnya hasrat rakyat Malaysia? Sekiranya SPR menjalankan tugasnya dengan adil, telus maka keputusan PRU 13 itu memberikan gambaran yang sejelas-jelasnya tentang hasrat rakyat. Tetapi sekiranya SPR melaksanakan tugasnya dengan cara menipu dan ‘berat sebelah’ maka keputusan PRU 13 itu tidak boleh dijadikan asas sebenarnya hasrat dan pemikiran rakyat terbanyak. Sehingga kini ramai rakyat mempersoalkan kewibawaan SPR. Itu merupakan persepsi rakyat terbanyak. Dan SPR seharusnya berusaha keras selepas ini untuk menghilangkan persepsi ini demi kemajuan negara pada masa akan datang.

DS Najib pastinya ‘ pening kepala’ memikirkan banyak hal. Antaranya,

·      Menghapuskan persepsi rakyat terbanyak yang mengatakan PRU 13 tidak dijalankan dengan adil dan telus. SPR yang dipersalahkan.
·      Apakah formula yang akan digunakan untuk membentuk kabinetnya. Beliau tidak seharusnya sewenang-wenangnya membentuk kabinet UMNO-BN tanpa memikirkan hati dan perasaan kaum-kaum lain yang ada di Malaysia.
·      DS Najib mesti menukar pemikiran ahli-ahli UMNO-BN supaya tidak mengamalkan cara dan tindakan sepertimana yang telah diamalkan puluhan tahun sebelumnya. Ini bukan senang. Peribahasa Melayu ada mengatakan, ‘ anjing jikalau biasa makan tahi, jikalau tidak dimakan diciumnya juga’. Untuk menganjakann paradigma ini bukan senang. Dan punca yang menyebabkan rakyat terbanyak meluat dan benci kepada kerajaan BN-UMNO adalah berpunca daripada keadaan sebegini. Tanyalah siapa pun……

DS Najib Razak semestinya berunding dengan kepimpinan Pakatan Rakyat ( DS Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz, YB Lim Kit Siang, Tuan Guru Haji Hadi Awang ) bagi menyelesaikan masalah yang amat rumit ini. Perbincangan seharusnya dalam suasana yang penuh ikhlas dan penuh dengan semangat pengorbanan. Lupakan perselisihan politik kerana perbalahan politik sudah tidak sesuai dalam keadaan negara sedemikian.

Selepas PRU 13, kesejahteraan rakyat adalah diutamakan. Kita bukan lagi bercakap mengenai orang Melayu, Cina, India tetapi kita memikirkan tentang bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia mesti dipertahankan dalam apa keadaan pun. Amat tidak sesuai rasanya apabila ada lagi pihak-pihak teretentu yang mempersoalkan tentang ‘ Tsunami Cina’ apabila melihatkan ramai kaum Cina memilih parti PR (DAP ) dalam PRU 13 yang lalu.

Sekali lagi aku ingin tegaskan bahawa bukan kaum Cina yang memenangkan banyak kerusi di bandar-bandar, tetapi sebenarnya masyarakat Malaysia yang terdedah dengan berbagai maklumat yang merasakan bahawa kerajaan BN-UMNO perlu diubah kepada kerajaan baru- Pakatan Rakyat. Ini termasuklah kaum  Melayu, Cina dan India. Itu hasrat rakyat.

Namun sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan mematuhi sistem demokrasi harus pula mematuhi keputusan PRU 13 itu. Oleh kerana majority rakyat sudah membuat penentuan, maka kita harus bersatu dalam nenentukan kejayaan dan hala tuju negara dibawah kepimpinan DS Najib Razak.

Dan kerajaan baru yang dibentuk harus mengubah cara tindakan mereka dalam mentadbir negara yang tercinta.  Harus berubah.

Sekali air bah sekali pasir berubah.

7 Mei 2013

7 comments:

Anonymous said...

Analisis ko tak tepat...ko cakap macam orang luar bandar tak dapat maklumat..orang luar bandar takde media sosial...sah ko tak pernah duduk luar bandar....Ko ingat orang luar bandar cetek sangat maklumat..dangkal hujah ko..

tapi aku bersetuju bila ko cakap pasal bersatu padu..pasai orang luar bandar tak dapat maklumat..itu aku seratus peratus tak setuju..di luar bandar pun ada internet..di bandar pula orang bandar hipokrit..tak penting orang lain..selfish..fikir dua puluh empat jam wang wang wang...akui laa hakikat hidup di bandar macam di Kuala Lumpur Selangor..ini yang diajar oleh PR..biar orang jadi kurang ajar biadap... maki hamun..fitnah menfitnah..di bandar..ajar doktrin biadap..masyarakat luar bandar masih jaga tata susila..duit bukan segala-galanya..tapi kehidupan aman damai, tolong menolong diamalkan..di bandar tak yah cakap ler..di bandar buat demonstrasi jalanan..tak puas hati buat demonstrasi..tak buat bila menang..bila kalah semua orang salah..doktrin orang lain sahaja salah..di bandar ada ibu bapa..korang yang hidup di bandar rasa diri terlalu moden..tapi bila raya tau plak berpusu-pusu balik kampung..duduk bandar lupa diri..asal usul...salahkan orang manjang..di bandar orang bandar tiap-tiap hari materialistik..itu beza orang bandar dan luar bandar..

nilsor said...

ape laa melalut ko ni anom 1:25..ko kata org kg tak pikir pasai duit..hahhahha b**** ko laaa..dari hari kempen sampai praya memanjang Calon BN tabur duit sampai org kg gelap mata dan gadai prinsip...itu belum cite pasai sebelum2..asai bumbung kopak jer mintak duit ngan yb..anak ayam jatuh telaga jer mintak duit...aku sembang ngan pak long org2 kg...depa nak tunggu BRIM rm 12oo plak lepaih ni tu yg galak nak pilih BN sebab pe ..sebab duit..B**** laaa klu ko ingat org bandar pikir duit jer...weh aku tgkkat kg budak2 muda lagi lahanat dr budak2 mude di kawasan bandar..beromen betenet tepi2 semak..weh amno dah lama dah dah merosakkan pikiran bebudak kg nih...ko toksah sembang kata org kg baik sangat ceh..kesimpulannya dok laa mane2 pom selagi bawah umno memg rosak pemikiran budak2 mude dgn hindoisme yg melampau2

Anonymous said...

anon 4.21 am ko yang melalut biadap mencarut2. sah ko orang bandar.hendosime melampau dibandar bukan luar bandar!ada otak fikir!di kl jer ko tengok hiburan manjang!disko pub dap suka bro!dap ajar ko biadap mencarut!

Anonymous said...

org2 bandar golongan muda banyak, org2 kg golongan tua banyak..org bandar lebih merasai tekanan ekonomi berbanding org2 kg, sebab tu orang bandar memilih pakatan rakyat. pakatan rakyat berjuang untuk menurunkan harga minyak, menghapuskan tol dan PTPTN.

Anonymous said...

baru nak citer perpaduan melayu, melayu dgn melayu dh bertekak.
bodoh.

Anonymous said...

ada gak orang percaya pakatan haram nak turun harga minyak, hapuskan ptptn hapuskan tol!generasi muda tak reti nak susah!tau nak free gaji plak nak tinggi!ko ingat mak bapak ko masa muda idup senang!diaorang idup beribu ribu kali susah dari budak muda skrg!dulu masa anwar jadi menteri kewangan kadar faedah dinaikkan sampai ramai orang lingkup!lagi mau percaya sama anwar!dah pinjam bayar oitt!islam tak ajar orang tak bayar hutang!korang rasa korang sanggup bagi free kepada orang berhutang pada korang!diri sendiri tak sanggup beri free mau mintak free plak!memalukan!mentaliti mau free je usaha tak mau!

Anonymous said...

Aku sokong perpaduan melayu!