DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, May 6, 2013

TOK GURU NIK AZIZ.. INI CONTOH TERBAIK DAN HUSAM MUSA MACAM MANA?



Gambar di atas adalah Nik Abduh dan ayahnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Yang dikanan, Tok Guru nampak (hanya nampak dari luar saja) sayu serta sedih setelah 23 tahun bekerja sebagai MB Kelantan tak banyak harta dia ada..Yang ada hanya Allah dan Rasul.. Itulah sebenarnya, contoh terbaik, yang jarang pemimpin-pemimpin sekarang mahu ikut atau tak mampu ikut. Allahu Akbar!





Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini dilantik sebagai Menteri Besar baru Kelantan menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memutuskan untuk tidak lagi memegang jawatan yang disandangnya sejak 23 tahun lalu.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas III negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah dilantik sebagai timbalan menteri besar bagi menggantikan Ahmad. Majlis pelantikan  dan angkat sumpah diadakan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri.


Ahmad yang juga Adun Pasir Pekan secara rasmi dilantik sebagai menteri besar baru selepas mendapat perkenan Tuanku. Dalam perkembangan sama sembilan ahli mesyuarat kerajaan negeri turut mengangkat sumpah termasuk tiga muka baru.


Antara nama baru yang dilantik ialah Adun Demit, Mumtaz Md Nawi; Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat dan Adun Pengkalan Pasir Hanifa Ahmad serta bekas Speaker Dun, Nasuruddin Daud.

Selain itu, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman;Datuk Fatah Mahmood, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Datuk Dr Fadzli Hassan dikekalkan  (TKO)

BAGAIMANA PULA KEDUDUKAN HUSAM MUSA?