DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, May 21, 2013

OH, PAK MUKHRIZ BOLEH, KITA TAK BOLEH - MAHFUZ (GAMBAR-GAMBAR DI DALAM)

ALOR SETAR: “Ayuh buat debat saya dengan Mukhriz,” kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar ketika berucap pada Himpunan Black505 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, malam tadi.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang tidak membenarkan penggunaan Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti untuk perhimpunan itu.

Mukhriz dilaporkan berkata, ini kerana perhimpunan itu bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan.


Justeru, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS menggesa Mukhriz mengingati kembali apa yang pernah dilakukan oleh bapanya, Tun Mahathir Mohamad memburukkan kerajaan yang dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi suatu ketika dahulu.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menambah, ayah Mukhriz itu telah menjelajah seluruh negara dengan ucapan yang menimbulkan kebencian kepada kepimpinan Abdullah ketika itu.

“Oh, pak hang boleh, kita tak boleh. Pak dia kata Najib lebih teruk dari Pak Lah,” ujarnya di hadapan puluhan ribu hadirin.

Bagaimanapun, kata beliau, ‘mulut’ Mahathir telah ditutup apabila Najib memberi laluan kepada Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah.

Pemimpin PAS yang berucap pada majlis itu ialah Timbalan dan Naib Presiden, Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub, Ketua Pengarah Pilihan raya, Dr Mohd Hatta Ramli serta Penolong Setiausaha Agung, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.

Ketua Umum dan Naib Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tian Chua turut berucap. Adun Kota Darul Aman, Teoh Boon Kok pula mewakili Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Mengenai stadium, Mahfuz menjelaskan sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri sebelum ini, penggunaannya dibenarkan kepada semua termasuk Umno yang disertai Najib.

Katanya, pada perhimpunan itu terdapat di kalangan mereka yang berucap memaki kerajaan negeri.

Najib pernah menghadiri program Himpunan Orang Muda Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti pada 31 Januari lalu.

Gambar - Ribuan hadir di himpunan 505 di Kedah


Perhimpunan aman Suara Rakyat Suara Keramat "Black 505" peringkat negeri Kedah yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut Alor Setar telah berjaya menarik ribuan  hadirin yang berpakaian serba hitam .
Mereka berkumpul secara aman sambil mendengar pidato dari pemimpin PR yang membantah cara sistem pilhanraya umum ke-13 diadakan baru-baru ini.
Hj Mat Sabu berkata semua tuntutan Bersih tidak di tunaikan oleh SPR, Pengunaan dakwat kekal   telah dipetikai kerana ianya tidak tahan lama dan meragukan.
Himpunan   telah dipengerusi  Datuk Johari Abdul, dan penceramah yang hadiri ialah Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru Datuk Mahfuz Omar ,Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution YB Tian Chua dan Che Gu Bard.
Perhimpunan berakhir tepat jam 12 malam oleh  ucapan dari  Anwar Ibrahim ,beliau  mempersoalkan tindakan SPR yang gagal menjadikan PRU13 sebagai pilihan raya yang bersih dan adil.
Himpunan seteusnya akan berlangsung di Trengganu. 

1 comment:

Dollah Hilton said...

masa kerja tarik feri dulu asyik politik. Baloq taik tuang. Macam ni boleh harap ka kita bagi kerja kat dia?