SHAH
ALAM - Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan Barisan Nasional (BN) dan
Pakatan Rakyat (PR) berhadapan dengan saingan "amat sengit" dalam
menguasai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) meskipun PR dilihat mempunyai sedikit
kelebihan dan berada di depan.
Pengarah
Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, PR dilihat menguasai 89
kerusi sekarang berbanding 85 bagi BN.
Kedua-dua
perikatan itu bersaing keras untuk merebut baki 46 kerusi manakal parti Star
dan Parti Pekerja Sarawak (SWP) boleh menguasai masing-masing satu kerusi.
Kerusi-kerusi
BN itu, 50 datang dari Semenanjung, Sabah dan Labuan (16) dan Sarawak (19).
Sementara
itu, daripada 89 kerusi PR, 81 datang dari Semenanjung, Sabah dan Labuan (tiga)
dan Sarawak (lima).
Kajian
terbaru ini dikendalikan antara 28 April dan 2 Mei. Pengundian PRU13 akan
diadakan Ahad ini.
Tempoh
berkempen 15 hari akan berakhir tengah malam ini.
Ketika
mengulas lanjut berkata, Ibrahim berkata, daripada 46 kerusi yang menjadi
rebutan BN dan PR, sebahagian besar berada di Pantai Barat Semenanjung.
Antara
kerusi-kerusi yang termasuk dalam senarai 46 itu ialah Balik Pulau,
Setiawangsa, Bandar Tun Razak, Padang Rengas dan Merbok.
Pada
PRU 2008, BN memperoleh 140 kerusi manakala komponen PR menguasai 82 kerusi.
Ketika
Parlimen dibubarkan pada 3 April lalu, BN menguasai 137 kerusi di Parlimen.
"Dalam
kajian yang kami kendalikan, 42 peratus pengundi bersetuju bahawa Pakatan
Rakyat perlu diberi satu peluang untuk memerintah negara ini manakala 41
peratus merasakan BN masih boleh memerintah negara ini," kata Ibrahim
dalam kenyataannya.
Sebanyak
empat peratus responden enggan mengulas manakala 13 peratus mengatakan mereka
tidak tahu.
Kajian
ini melibatkan seramai 1,600 pengundi berusia 21 tahun ke atas. Kajian
dikendalikan menerusi telefon.
Ibrahim
berkata, hasil kajian pihaknya juga menunjukkan tahap populariti Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot daripada 64 peratus kepada 61
peratus.
Populariti
Najib dalam lingkungan 64 peratus ketika tempoh kajian dikendalikan dari 12
hingga 17 Mac lalu.
"Ini
menunjukkan penurunan dalam persekitaran 'mesra' yang dijana susulan pemberian
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan insentif-insentif lain," katanya lagi.
-sinarharian.com
No comments:
Post a Comment