DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, May 4, 2013

HARI INI PENGUNDI DI ATAS PAGAR SIBUK BERFIKIR DAN MEMBUAT PERTIMBANGAN



Hari ini hari terakhir bagi mana-mana pihak berkempen. Besok hari penentu arah dan hala tuju negara kita setelah semua rakyat yang mengundi menyelesaikan tanggungjawab mereka. Hari ini adalah hari terakhir bagi rakyat yang masih belum menentukan siapa dan pihak mana mereka hendak berikan undi mereka.  Kumpulan ini merupakan kumpulan yang paling penting bagi kawasan yang kemenangan dijangka tipis bagi mana-mana pihak.


“It’s neck to neck!” kata ramai pemerhati dan penggiat politik di kedua-dua belah pihak dan pandangan mereka ini adalah lebih tepat dari pandangan dari mereka yang hanya memandang dari rumah dan ‘internet’ atau media arus perdana. Keadaan berubah dari masa ke semasa dan dari hari ke hari. Mereka yang benar-benar bermain politik selalunya tidak memberikan pandangan mereka dengan emosi dan pandangan yang berat sebelah.

Dalam ratusan mereka yang berhubung dengan saya semalam sahaja, ada diantara penyokong BN yang mengatakan BN terlalu sulit untuk di pertahankan di kawasan mereka dan ada pula penyokong Pakatan Rakyat yang berkata BN masih mengatasi Pakatan Rakyat. Bukan mudah untuk meyakinkan mereka untuk melakukan perubahan ini. Kedua-dua pihak di perincikan dan di nilai oleh semua dalam penentuan mereka yang terakhir seperti hari ini.

Tingkah dan laku pimpinan kedua-dua belah pihak menjadi perhatian rapi dari rakyat. Keghairahan yang ditunjukkan oleh mana pihak akan mengurangkan sokongan ramai kerana keghairahan itu merupakan elemen penting bagi kita mengagak apa yang akan terjadi jika pihak itu memenangi pilihanraya atau mempertahankan kedudukan dalam pilihanraya kali ini.

Contohnya kehadiran Dr Mahathir dan Daim Zainuddin di pentas BN sedikit sebanyak mengurangkan sokongan orang ramai terhadap BN kerana rakyat mempunyai persepsi yang tidak begitu enak pada kedua-dua personaliti ini. Dari membantu BN mereka ini melunturkan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah itu. Mereka berdua ini tidak menyedari yang rakyat sudah tidak memandang mereka sebagai pemimpin yang jujur dan ikhlas.

Jika Mahathir benar-benar merupakan orang yang masih berpengaruh, tidak mungkin berlaku ramai ahli-ahli UMNO di bekas kawasan beliau di Kubang Pasu berhijrah kepada PAS sejak dua tiga hari yang lalu. Penghijrahan ini berlaku kerana mereka berfikir yang jika UMNO menang maka orang-orang ini akan mendapat keuntungan terus menerus seperti yang mereka rasakan pada hari ini. Mereka berdua ini merupakan ‘warlords’ yang terbesar dalam UMNO itu.

Di sebaliknya ada juga berlaku penghijrahan sokongan dari pihak Pakatan Rakyat kepada BN kerana perkembangan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Kenyataan-kenyataan yang bercanggah-canggah diantara pimpinan parti-parti dalam DAP dan PKR misalnya, menjadikan mereka yang masih lemah sokongan mereka terhadap PR itu kembali memberikan sokongan kepada BN.

Kenyataan dua pimpinan DAP di Johor dan di Kedah yang menyeru rakyat tidak memberikan undi terhadap calon PAS memberikan impak yang bukan sedikit terutamanya bagi mereka yang diatas pagar. Walaupun kenyataan yang berbau perkauman itu telah di tarik balik ia tetap telah memberikan persepsi yang mereka masih lagi membendung sifat perkauman yang menebal.

Ia ditambah pula dengan tindakan DAP tidak menampak dan menzahirkan janji-janji mereka untuk menghilangkan stigma sebagai parti yang hanya untuk orang Cina. DAP tidak memberikan gambaran itu di setiap negeri seperti di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Sejak setahun dahulu, saya telah menjelajah untuk menggambarkan yang DAP itu bukan parti perkauman.

Tetapi akhir-akhir ini ramai yang telah berhubung dengan saya dan telah berpatah balik sokongan mereka kepada BN. Mereka merasakan DAP sudah boleh berdiri diatas kaki sendiri tanpa perlu sokongan dari orang Melayu dan India. Ada yang telah menebal keyakinan mereka yang DAP sudah merasakan mereka sedang berada dalam ‘cloud 9’.

Mereka sudah mula menampakkan keghairahan keterlaluan dan tidak sabar-sabar untuk mendiami pejabat Pusat Pentadbiran Putrajaya. Sudah mula terbit sikap takbur yang tidak terkawal itu di kalangan pimpinan DAP. Kita perlu ingat mereka yang diatas pagar yang senyap dan tidak bercakap ini lah yang sangat penting hari esok. Kita tidak menghalang DAP untuk ke Putrajaya itu tetapi ramai merasakan yang DAP itu akan menjadi seperti ‘si kudung mendapat cincin’ apabila merasakan keenakan kuasa di Putrajaya itu.

Mereka (diatas pagar) akan menjadi kumpulan penentu di kawasan-kawasan yang dijangka akan dimenangi dengan kemenangan tipis oleh mana-mana pihak yang berjaya itu. Kadang kala ramai diantara pemimpin yang terlau banyak bercakap tetapi mereka tidak sedar lebih ramai lagi yang tidak bercakap tetapi sibuk dengan berfikir baik buruknya memberikan undi perubahan kali ini.

Tidak kurang yang menganggap PKR itu adalah DNA kepada UMNO. Itulah sebabnya terlalu banyak perkara-perkara yang berlaku di dalam parti itu sama seperti apa yang berlaku di dalam UMNO itu. Terlalu menggila hendak ke Putrajaya sehingga tidak melihat apa yang ada di kiri kanan jalan ke Putrajaya itu. Saya selalu mengingatkan yang keghairahan yang keterlaluan akan membawa padah kepada diri sendiri.

Kita mesti ingat pemikiran pengundi boleh berubah dalam masa yang sesingkat satu jam sebelum membuang undi mereka.

No comments: