Pada 30 Mei 2013 lalu, saya telah
ditahan apabila kad pengenalan saya diambil di pintu masuk imigresen untuk
menghalang saya daripada memasuki negeri Sabah, walaupun hak saya selaku
warganegara Malaysia termaktub di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63:
67.
Hak untuk masuk ke Negeri Malaysia Timur bagi menjalankan hak-hak politik.
Seksyen
66 (1) hendaklah tidak berkuatkuasa dalam hubungan dengan seseorang warganegara
yang memasuki Negeri Malaysia Timur hanya untuk menceburkan diri dalam aktiviti
politik yang sah; tetapi beban membuktikan bahawa seseorang itu berhak memasuki
Negeri Malaysia Timur di bawah seksyen ini terletak ke atasnya.
Lawatan
saya ke Sabah adalah untuk menghadirkan diri dalam program Parti Keadilan Rakyat
Sabah di samping menyambut pesta Kaamatan bersama warga tempatan.
Alasan
yang diberikan atas penahanan saya adalah atas arahan Pejabat Ketua Menteri
Sabah. Saya juga difahamkan ada nama-nama lain, termasuk aktivis tempatan
beserta ahli politik Pakatan Rakyat yang akan juga dinafikan kemasukan ke dalam
negeri Sabah atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah.
Sebagai
seorang Ahli Parlimen Malaysia, dan warganegara Malaysia, tindakan menyekat
kemasukan yang tidak rasional dan bersebab ini merupakan salah guna kuasa yang
melampau dan cukup anti-demokratik. Permohonan saya untuk mendapatkan senarai
nama mereka yang terlarang ditolak atas sebab-sebab kerahsiaan. Tiada alasan
lain diberikan dalam tangkapan dan penafian masuk saya ke Sabah.
Sekiranya
saya dianggap mengancam keselamatan warga Sabah, maka kemukakan rasional serta
penjelasan atas dakwaan tersebut. Rasional yang sama juga perlu diberikan dalam
kes YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu dan Naib Presiden KEADILAN, yang juga
dinafikan kemasukan pada 7 April yang lalu.
Isu
keselamatan negara dan persempadanan tidak boleh sama sekali dipolitikkan.
Malang, tindakan menghalang saya daripada masuk ke Negeri di Bawah Bayu ini
berlaku di kala Sabah berhadapan dengan kebolosan sempadan – termasuklah
pengeluaran kad pengenalan secara haram seperti yang sedang disiasat oleh
Suruhanjaya Siasatan DiRaja Sabah. Seharusnya tumpuan kerajaan negeri adalah
mengawal selia masalah kebolosan yang mendesak ini, bukan menyalahgunakan kuasa
dengan menafikan hak demokrasi dan aktiviti politik pimpinan Pakatan Rakyat
demi mempertahan kedudukan UMNO mahupun BN.
Justeru
itu, isu keselamatan dan kedaulatan negara sepatutnya tidak diperlekehkan
dengan menjadikan ia alat politik menindas rakyat.
KEADILAN
akan menghantar surat rasmi ke Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk mengemukakan
aduan rasmi serta mendapatkan penjelasan sepenuhnya mengenai isu ini. KEADILAN
akan turut meminta senarai nama-nama mereka yang dihalang memasuki negeri
Sabah, serta sebab-sebab mereka dihalang.
Pada
masa yang sama, saya sedang berbincang dengan YB Darrell Leiking, Ahli Parlimen
Penampang, serta teman-teman guaman di Sabah untuk mempertimbangkan tindakan
undang-undang terhadap Ketua Menteri yang akan difailkan di Kota Kinabalu
kelak.
Nurul
Izzah ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai & Naib Presiden Parti Keadilan
Rakyat.
No comments:
Post a Comment