Lama juga aku termenung
memikirkannya. Aku bertanya diri aku. Apa salah ‘budak’ ini yang menyebabkan
dia tidak dibenarkan memasuki negeri Sabah. ‘Budak’ yang aku maksudkan itu
ialah YB Nurul Izzah ler. Anak DS Anwar Ibrahim. Selaku orang tua, aku merasa
‘panas’ juga melihatkan ‘anak-anak’ dibuat begitu. Berbagai persoalan timbul
tentunya. Antara soalan tiba-tiba menjelma dibenak aku ialah, apa salah dia?
Majority rakyat Malaysia tentunya
berkecil hati dengan tindakan kerjaan Sabah yang melarang YB Nurul Izzah
memasuki Sabah dan menghantarnya pulang dengan menaiki kapalterbang yang sama
pulang ke Malaysia. Hanya manusia yang ‘tidak perhati perut’ sahaja yang tidak
terusik dengan peristiwa ini. Dan ramai pastinya akan marah. Apa tidaknya.
Rakyat Malaysia dari semua keturunan akan merasa hairan mengapa begitu tindakan
kerajaan Sabah.
· Apakah
keadatangan YB Nurul ke sabah itu akan menggugat keadaan politik di Sabah?. Ini
bukannya musim pilihan raya. PRU 13 sudah selesai. Dan kedatangannya ke Sabah
adalah atas jemputan untuk menghadhiri pesta Keaamatan di Panampang. Apakah
salah baginya untuk menghadhiri pesta serupa itu. Apakah pihak berwajib di Sabah
sudah ‘hilang akal’ sehingga sanggup melarang beliau untuk datang ke pesta
berkenaan?
· YB
Nurul Izzah bukannya pendatang haram. Beliau hadhir di Sabah lengkap dengan
dokumen perjalanannnya. Oleh itu tidak ada sebab mengapa pihak imigresen
terpaksa menahan dan menyuruh beliau pulang ke kuala Lumpur dengan penerbangan
yang sama. Bagi aku amat tidak beradab tindakan yang sedemikian.
· Perlu
dingat bahawa YB Nurul Izzah bukan orang sebarangan. Seorang ahli Parlimen
kawasan Lembah Pantai. Orang putih kata, ‘Lawmaker’ ataupun ‘ legislator’.
Pembuat undang-undang’. Dan jangan lupa juga bahawa beliau wakil pengundi
Lembah pantai. Rakyat mengundi beliau. Beliau menang dalam PRU. Majority rakyat
Lembah Pantai mengundi dia. Sukakan dia. Pendek kata apa yang berlaku ke atas
YB Nurul terasa juga sakitnya ke atas pengundi di Lembah Pantai. Justeru pihak
berkuasa Sabah seharusnya menghormati jawatan yang disandangnya dan menghormati
pengundi di kawasan Lembah Pantai.
· Apakah
pihak berkuasa di sabah sudah tidak pandai membezakan antara pendatang haram dengan ahli parlimen
yang dipilih oleh rakyat? Apakah pihak berkuasa di sabah sudah hilang hormat
mereka kepada ahli parlimen. Maknanya mereka sudah tidak menghormati parlimen……
Aku tahu masyarakat Sabah umumnya
amat menghormati tetamu. Mereka tahu adab dan sopan ketika menyambut tetamu.
Dan aku tidak kata yang semua pemimpin di Sabah berperangai sepertimana yang
berlaku ke atas YB Nurul Izzah. Lihat sahaja sebagaimana yang ditunjukkan oleh
YB Bung Mokhtar yang aku fikir amat bertimbang rasa dan simpati dengan keadaan
sebegini dan menyifatkan keadaan ini sebagai satu malapetaka.
Aku yakin yang peristiwa ini akan
mencetuskan satu malapetaka sebagaimana yang difikirkan oleh YB Bung Mukhtar
itu. Sekurang-kurangnya rakyat Sabah khususnya kawasan Penampang pastinya tidak
berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak imigresen yang kononnya
berindak atas arahan Ketua Menteri Sabah. Sekiranya betul begitu keadaannya,
aku rasa rakyat Sabah akan meminta pihak yang bertanggungjawab supaya meminta
maaf kepada YB Nurul Izzah.
Betul ada undang-undang yang
membolehkan pihak berwajib bertindak sedemikian rupa. Ada peruntukannya dalam
perlembagaan. Namun begitu apakah segala tindak tanduk kita hanya dikawal oleh
perlembagaan dan peruntukan. Apakah sudah hilang adab dan sopan kita terhadap
tetamu. Rakyat Malaysia pulak tu. YB lagi….
Masyarakat Malaysia, khususnya orang
Melayu amat menghormati tetamu. Semenjak dari kecil kita diajar bagaimana
menghormati tetamu. Apatah lagi apabila agama Islam juga amat menitikberatkan
tentang adab menghormati tetamu. Sejarah telah menunjukkan bahawa disebabkan
masyarakat Melayu amat menghormati tetamulah, maka kedatangan golongan imigran
terutamanya saudagar Cina, India, Arab bermula daripada Kurun ke 11 dahulu (
sebelum kedatangan British ) tidak pernah dihalau dari kawasan perairan Selat
Melaka. Malah saudagar Melayu amat senang hati berdagang dengan
saudagar-saudagar dari negara lain. Menunjukkan kita amat menghormati tetamu.
Dan satu perkara yang perlu juga
diketahui oleh pihak berwajib yang ‘menghalau’ YB Nurul Izzah dari Sabah ialah
bahawa orang Melayu (tradisional) amat tidak ‘sampai hati’ menghalau tetamu
yang datang ke rumah. Menghormati tetamu, namanya. Bukan sahaja tidak ‘sampai
hati’ menghalau tetamu, malah diberinya makanan untuk dinikmati oleh tetamu.
Itulah sifat sebenar orang Melayu. Dan aku rasa pada umumnya orang Sabah adalah
dari rumpun Melayu. Mungkin yang berperangai ‘menghalau’ YB Nurul Izzah itu
adalah bukan dari keturunan rumpun Melayu. Mungkin…..
Peristiwa yang berlaku kepada YB
Nurul Izzah ini sudah menjadi bahan perbualan di mana-mana sahaja ada majlis
keramaian. Di mana-mana saja orang memperkatakannya dan diikuti dengan perasaan
marah walaupun kadang-kadang diikuti dengan deraian gelak ketawa mempersendakan
tindakan kerajaan negeri Sabah itu.
· Ramai
yang mengatakan bahawa pihak imigresen di Sabah amat ‘cekap dan efisyen’
menjalankan tugas terutama terhadap orang yang tidak bersalah. Namun mereka membiarkan
pendatang-pendatang haram datang secara berleluasa masuk ke negeri
mereka.Pengganas dari Sulu pulak boleh tinggal beberapa ketika di
Lahad Datu dan membunuh beberapa orang askar kita.
· Bagi
pihak berkuasa di sabah, YB Nurul Izzah adalah seorang pesalah yang amat berat
kesalahannya sehingga tidak dibenarkan langsung menjejakkan kaki di bumi Sabah.
Pelik juga. Ini yang dikatakan
Malaysia Boleh agaknya…….
Sumber : Abuhassanadam
31 Mei 2013
No comments:
Post a Comment