DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, May 11, 2013

KABINET MALAYSIA BUKAN JKK ( JAWATANKUASA KEMAJUAN KAMPUNG)

Hari ini genap seminggu kerajaan baru di Malaysia. Kerajaan pimpinan UMNO-BN. Namun masih terdapat disana-sini tercetus perasaan tidak puas hati rakyat yang mengatakan PRU 13 dijalankan dengan cara tipu. Sastrwan Negara  Pak A. Samad Said telah mengatakan bahawa PRU 13 adalah ‘ Ibu segala Tipu ‘ melalui sajaknya yang dibacakan pada perhimpunan ‘ Suara Rakyat Suara Keramat’ di Stadium Kelana Jaya pada hari Rabu 8 Mei yang lalu. Semalam ( 11 Mei 2013) ada lagi perhimpunan raksaksa yang diadakan di Pulau Pinang dengan tujuan yang sama. Melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap perlaksanaan PRU 13 yang dikatakan dijalankan secara tipu.

Jikalau berdasarkan  kes ‘calit kuku’, SPR sah menipu aku. Ada bukti jelas. 5 Mei ( pukul 9.30 pagi ) pegawai PRU 13 calit kuku telunjuk aku. Pada kekesukannya, dakwat dah hilang. SPR kata tahan seminggu. Pegawai SPR tak bercakap betul. Hal-hal penipuan lain aku tak berani cakap. Gambar-gambar banyak aku lihat melalui Youtube, facebook dll. Berlambak. Hal sedemikian aku serahkan kepada pihak yang  lebih arif menentukannya. Aku tak pandai nak komen.

Cuma yang aku hairan sehingga hari ini belum lagi tertubuh kabinet baru Malaysia. Yang ada masih lagi dijaga oleh kerajaan sementara. Banyak bezanya antara kerajaan sementara dengan kerajaan sebenar. Persoalannya ialah mengapa DS Najib tidak menubuhkan kabinetnya sedangkan mandat telah pun diberikan oleh rakyat melalui PRU 13.  Soal tipu atau tak tipu itu soal lain. SPR dah umumkan yang BN-UMNO memenangi PRU 13 dengan simple majority. Pokoknya UMNO-BN menang dan boleh menubuhkan kerajaan.

Persoalannya kini ialah, mengapa tidak ditubuhkan lagi kabinet baru?

Keadaan yang wujud sekarang lebih kurang sama dengan keadaan pada tahun 1969 apabila parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC)  kehilangan majoriti 2/3 di parliament dan kebanyakan calon bukan Melayu tewas dalam pilihan raya berkenaan. Dan untuk menambah rumit lagi keadaan pada ketika itu  telah berlaku peristiwa 13 Mei 1969. Ramai yang mengatakan  bahawa peristiwa berkenaan sebagai peristiwa hitam, malang dalam sejarah Malaysia. Namun pada pandangan aku ia merupakan ‘wake-up call’ kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyeru supaya rakyat Malaysia bersatu. Melayu, Cina, India mesti bersatu padu. Tidak ada formula lain.

Orang Melayu tidak boleh mengatakan bahawa negara ini orang Melayu sahaja yang punya sedangkan orang Cina atau India sebagai menumpang. Tak boleh kata begitu. Raja-Raja Melayu telah bersetuju memberikan kerakyatan kepada orang Cina dan India dalam perlembagaan Malaysia. Dan orang Cina dan India pulak telah bersetuju mengiktiraf kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan mengiktiraf kedudukan istemewa orang Melayu.
Olehkerana sebahagian besar rakyat tidak menghormati persetujuan yang dicapai dalam rundingan dengan Raja-Raja Melayu itulah, maka tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969. Namun mujurlah negara ini memiliki seorang pemimpin agung yang sedar akan nasib bangsa sekiranya keadaan yang tidak stabil itu berterusan. Tun Abdul Razak telah mengambil satu langkah yang amat innovatif dan kreatif yang aku rasa tidak terfikir oleh kebanyakan rakyat Malaysia, ia itu merangkakan penubuhan Barisan Nasional.

Bukan senang untuk mengorak langkah sedemikian. Tidak mudah untuk memujuk PAS menyertai gabungan baru yang dicadangkan. Begitu juga bukan mudah GERAKAN mengorbankan prinsip perjuangan mereka semata-mata untuk menyertai gabungan yang dicadangkan oleh Tun Abdul Razak itu. Namun mungkin disebabkan semangat cintakan bangsa dan tanah air yang berkobar-kobar dan demi menyelamatkan bangsa dan negara yang tercinta ini, maka lahirlah dengan rasminya Barisan Nasional pada tahun 1974 yang terdiri dari UMNO,MCA.MIC, PAS DAN GERAKAN.

Aku terfikir lagi.

Apakah DS Najib juga akan mengambil langkah sepertimana yang dilakukan oleh ayahnada beliau. Tak mungkin…..Tapi apa salahnya sekiranya DS Najib mengambil langkah sedemikian rupa. Cuba kita perhatikan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Parti PAS dan GERAKAN apabila mereka sanggup ‘mencemar duli’  menyertai Barisan Nasional. PAS dan GERAKAN adalah parti pembangkang sebelumnya. ‘Musuh’ parti Periktan. Tetapi disebabkan memikirkan kesejahteraan bangsa dan negara, sanggup bersama-sama dengan Tun Abdul Razak menyertai Barisan Nasional. Rakyat Malaysia harus memberi tabik hormat kepada pemimpin yang sebegitu.

Cadangan YB Karpal Singh agar BN-UMNO menyertai Pakatan Rakyat tidak harus dipandang ringan. Bagi setengah orang yang tidak mahu berfikir secara lojik dan kreatif akan terus menempelak pandangan sedemikian. Namun jikalau dikaji dan diperhalusi keputusan PRU 13, rakyat Malaysia pada umumnya memihak kepada Pakatan Rakyat. Maknanya Pakatan Rakyat adalah pilihan mereka walaupun jika dikaji dari segi bilangan kerusi parilemen memihak kepada UMNO-BN.

Walau apa pun keputusan yang dibuat oleh DS Najib, rakyat Malaysia mengharapkan agar Kabinet yang akan dibentuk nanti semestinya sebuah kabinet yang mantap terdiri dari mereka yang berkemampuan untuk memikul tugas besar. Bukan sahaja untuk mentadbirkan negara Malaysia tetapi mesti sanggup juga ‘bersepak-terajang’ di arena antarabangsa.

Cuma rakyat Malaysia mengharapkan agar Kabinet Baru DS Najib bukan seperti JKK ( Jawatakuasa Kemajuan Kampung ).

12 Mei 2013

2 comments:

Anonymous said...

daripada kamu berdoa utk kehancuran sesama islam lebih baik kamu berdoa meminta diampun dosa kamu yang menghina@fitnah sebelum ajal datang menjemput kamu

kita hidup atas dunia nie hanya sementara@tidak kekal,,,,
zaman sekarang nie mana ada lagi keadilan, kalau kamu nk keadilan tunggu akhirat nanti,

gun said...

Mana dtg ko ni.. Lain org ckp lain yg ko komen. Aku x suka nak mbodohkan org tp kali ni tpaksa gak aku ckp ko mmg bodo.. Alahai buat malu melayu ler ko