DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, May 11, 2013

BUKTI KUKUH PENIPUAN SPR!

Bacalah, laporan POLIS pun sudah di buat, seorang ANAK MUDA mengundi 2 kali dalam 1 masa di kuantan, oleh kerana beliau tidak mahu bersetongkol dengan kerajaan 46% BN, maka ini jawapan beliau.. SPR telus ke?


"Saya Mohd Fadhli bin Khaharruddin, membuat laporan mengenai daftar undi yang membolehkan saya mengundi sebanyak 2 kali di pusat mengundi SK Sungai Isap, Saluran 4. Saya mendaftar undi pertama saya pada pukul 10.30 pagi dan undi kedua pada pukul 1.15 petang. Sewaktu undi ke-2 saya tidak membuang undi tetapi berhasrat menyimpan kertas undi dan no saluran sebagai bukti bahawa prosedur dan kredibiliti SPR yang lemah,

seperti dakwat yang tidak kekal dan kebolehan mendaftar 2 kali, tetapi tidak dibenarkan oleh KTM pusat saluran 4. Repot ini dibuat untuk mengelak daripada didakwa mempermainkan sistem pilihanraya. Sekian."

Draf diatas sudah cukup ringkas menceritakan apa yang berlaku. Disini saya ingin menjelaskan secara teliti untuk menempis tohmahan buah mulut khabar angin liar.

Selesai mengundi buat kali pertama, saya pulang ke rumah dengan niat untuk makan tengahari, saya basuh tangan menggunakan sabun mandi(jenama tidak pasti) dan saya dapati dakwat kekal luntur dijari telunjuk tangan kiri kesannya berpindah ke tangan kanan dalam keadaan comot. Saya cuba menggunakan peluntur (Depex) yang terdapat didalam tandas untuk hilangkan saki baki comot pada kedua-dua belah tangan. Terbukti, jari kiri saya bersih tanpa ada kesan dakwat kekal.

Saya mencari penyelesaian di internet dan media sosial menjumpai banyak lagi kes sama berlaku di serata Malaysia. Hal ini membawa kemusykilan kerana isu dakwat ini telah dibincang sejak 2008 hingga 2013 dan badan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) secara jelas mendakwa dakwat kekal dapat bertahan 5- 7 hari walaupun dibasuh menggunakan medium berbeza.

Saya mengambil keputusan tanpa apa-apa perancangan untuk cuba mengundi buat kali ke-2 pada pukul 1.15 petang. Barisan daftar undi tidak seramai seperti pagi. Saya beratur pada pusat mengundi yang sama, saluran yang sama seperti pada pengundian pertama waktu pagi. Semasa dipanggil untuk daftar undi oleh kerani pengundian,saya ikut prosedur sama; tunjukkan kad pengenalan, jari dicalit dakwat kekal,dan penerimaan kertas undi. Saya berjaya melepasi prosedur yang sama tanpa sebarang masalah! Saya tidak membuang undi, tetapi membawa kertas undi 2 helai dan nombor saluran keluar dan melaporkan kepada polis petugas apa yang berlaku dan menyatakan hasrat untuk membuat laporan polis. Polis itu meminta dan memegang kad pengenalan, dan merujuk kepada pegawai atasan beliau mengenai apa yang berlaku. Ada ramai anggota polis (5-6 orang) di sekeliling saya dan mereka ingin tahu, dan ada yang tidak percaya. Ada yang meminta saya bersumpah dan tidak percaya ini berlaku.

Anggota polis menanyakan soalan "Kenapa kamu mengundi 2 kali?"

Saya balas "Kenapa saya boleh undi 2 kali? Saya tidak perlu bagi jawapan, Encik kena tanya pegawai SPR yang bertugas". Tiada kata penyelesaian.

Ketua Tempat Mengundi (KTM) Saluran 4 dipanggil untuk memberi jawapan, tetapi jawapan yang diberi "Ini tidak patut terjadi","Kemungkinan pengundi terlalu ramai" dan menerangkan prosedur dan pengulangan jawapan sama beberapa kali.

Perbincangan berterusan dan masih tiada kata putus. Calon-calon yang bertanding cuba masuk campur dan mereka meminta bukti saya mengundi 2 kali dan saya menunjukkan kertas undi yang masih bersih tidak bertanda sebagai bukti untuk laporan polis. Tetapi, Ketua Tempat Mengundi tidak membenarkan saya bawa keluar kertas undi tersebut. Saya cuba untuk dapatkan kertas undi itu sebagai bukti untukmengelak didakwa mempermainkan pilihanraya. Masih tidak membenarkan, saya meminta orang ramai yang ada disitu untuk mengambil gambar saya, kad pengenalan, kertas undi 2 helai dan kertas nombor saluran sebagai bukti sebelum menyerahkan kertas-kertas undi dan nombor saluran kepada KTM. Tiada kata putus dari mana-mana pihak, saya meminta kebenaran untuk membuat laporan polis.

Pulang ke rumah, saya bersiap dan mandi kerana ada sedikit kesan dakwat kekal di muka, dan sekali lagi menggunakan medium yang sama, dakwat itu luntur dengan mudah. Abang saya menelefon dan meminta saya pergi ke rumah salah seorang calon untuk mendapatkan butiran peribadi bagi mengelak dari apa-apa kejadian buruk berlaku.

Sesudah itu, saya menaiki skuter ke Balai Polis Kuantan berseorangan membuat laporan. Selesai menaip laporan sendiri, saya diminta tunggu sebentar dan menaiki van polis kembali ke SK Sungai Isap untuk siasatan dan kembali semula ke Balai Polis Kuantan untuk catitan penyataan saya mengenai laporan yang dibuat. Proses menunggu agak lama kerana perlu menunggu Forensik dan jurugambar untuk mendapatkan bukti. Semua selesai lebih kurang pukul 8 malam dan saya dikehendaki ke Balai Polis 13 Mei 2013 ini untuk tindakan selanjutnya.

Hasil siasatan mendapati tempat mengundi menggunakan 2 buku daftar pengundi yang sama dan ditanda oleh 2 kerani pengundian yang berbeza untuk "melancarkan proses mengundi". Dakwat yang didakwa kekal 5-7 hari, tidak kekal dan ini disahkan olen kerani pengundian SPR dimana mereka sendiri tidak dapat menjumpai sisa atau kesan dakwat kekal pada kedua-dua tangan saya yang membolehkan saya mengundi buat kali ke-2.

Tamat.

Penjelasan;

"Saya membuat laporan, BUKAN ditangkap!" Sila baca banyak kali jika tidak faham.

Saya faham hak saya sebagai pengundi. Saya sedia maklum jika saya ditangkap untuk undi kali ke-2, saya boleh dijatuhkan hukuman bayar rm5000 atau 2 tahun penjara.

Saya non partisan, tegas saya disini. Saya tidak dibayar, bukan ahli dan tidak menuduh mana-mana parti. Saya tidak berniat untuk mencabar SPR, tapi ingin menguji sistem yang dikata "bersih" dan terbaik di dunia. Saya salah seorang rakyat Malaysia yang ingin tahu mengenai dakwaan-dakwaan yang menyatakan kegagalan SPR sebagai sebuah sistem pilihanraya yang telus dan saya sendiri berjaya buktikan. Jika kes saya adalah "kesilapan", saya ingin tahu, berapa banyak "kesilapan" yang sama berlaku di tempat-tempat mengundi yang lain? Berapa ramai yang membuat laporan dan berapa ramai yang berjaya bolos?

Adakah SPR badan paling bersih di dunia seperti didakwa pengerusinya?
Jawapan saya, tidak.

Anda pula bagaimana?

Yang Benar,

MOHD FADHLI BIN KHAHARRUDDIN

No comments: