(Oleh Sidiqin Omar)
LANGKAWI 4 MEI: Tindakan Jabatan
Penerbangan Awam (DCA) diselar kerana cuba menghalang helikopter yang membawa
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Langkawi.
Menurut Setiausaha Politik 1, Mohd
Shukri Md Saad, kelewatan sehingga dua jam menyebabkan Anwar gagal menghadiri
Himpunan Pakatan Harapan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, petang semalam.
“Selepas solat Jumaat kami dapat
panggilan daripada pemilik helikopter bahawa DCA tak benarkan helikopter
meninggalkan Langkawi apabila nama Anwar ada dalam senarai penumpang,” Shukri
kepada Keadilan Daily.
“Namun, ada sokongan dari pihak
tertentu. Mereka benarkan Anwar guna pesawat kecil dan mendarat di Alor Setar,”
maklum Shukri.
Anwar mendarat kira-kira jam 5
petang dan sempat singgah di Pekan Naka, Pedu.
Namun, beliau tidak dapat menghadiri
program di Stadium Suka Menanti, Alor Setar kerana terperangkap dalam kesesakan
lalu lintas.
“Saya minta maaf kerana tidak dapat
hadir. Minta maaf kepada semua. Pastikan kita semua turun beramai-ramai Ahad
ini bagi mencapai matlamat untuk tawan Putrajaya,” kata Anwar kepada hadirin
yang diperdengar melalui panggilan telefon.
Shukri memaklumkan, pergerakan Anwar
dan pasukan menggunakan laluan darat dan beliau berjaya tiba di Sungai Petani
dan Stadium Keladi di Kulim.
“Walaupun kita dihalang, tapi
berjaya tiba di beberapa lokasi lain,” kata Shukri.
No comments:
Post a Comment