DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, April 13, 2013

ULANG TAYANG : MB KEDAH MINTA DR. M LETAK JAWATAN PENASIHAT AGENSI KERAJAAN



KUALA NERANG 28 Okt. ? Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menyarankan Tun Dr. Mahathir Mohamad melepaskan jawatan penasihat di beberapa agensi kerajaan jika beliau berhasrat untuk terus mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Jika Tun hendak lanyak kerajaan juga, eloklah lepaskan semua jawatan itu dan jadilah individu bebas yang tidak ada kena-mengena dengan kerajaan, barulah betul. Jika tidak, apa gunanya jadi penasihat,? katanya.

Pada masa Tun membuat kritikan terhadap kerajaan, beliau masih menjadi penasihat kepada banyak agensi kerajaan seperti Petronas, Proton dan LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi), tambah Mahdzir.

Sambil menyatakan beliau tidak lagi yakin dengan bekas Perdana Menteri itu, Mahdzir menganggap kritikan berterusan Dr. Mahathir terhadap pentadbiran Abdullah sebagai perbuatan seorang ahli UMNO yang melampaui batas.

Bercakap kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya peringkat Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu di Dewan Orang Ramai Pekan Naka anjuran beliau dekat sini, Mahdzir berkata:
 

Masa Tun memerintah tiada orang berani mengkritik beliau. Dia guna kuasa dia, guna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tangkap orang dan sekarang dia kata negara ini telah menjadi negara polis.

Menteri Besar Kedah itu menganggap Dr. Mahathir bercakap bagi pihak orang lain apabila beliau menulis surat kepada media mengenai orang yang menentang Abdullah ditangkap dan projek mereka dibatalkan.

No comments: