DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, April 13, 2013

PENDAFTARAN DAP AKAN DIBATALKAN OLEH ROS BAGI MEMBOLEHKAN BN (UMNO/MCA) MENANG PENCUMA



Panas, calon Barisan Nasional (BN) dijangka menang tanpa bertanding di kesemua di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh calon DAP pada PRU-13 ini nanti. Ini berikutan terdapat dakwaan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kemungkinan akan membatalkan pendaftaran parti itu menjelang Hari Pengundian Pilihanraya Umum ini. 


Jika ini berlaku semua calon-calon DAP akan hilang kelayakan dan calon BN menang percuma. Dakwaan ini dikuatkan lagi dengan laporan ibu pejabat DAP hari ini telah menerima surat daripada ROS dan diarahkan hadir untuk disoal siasat dan memberi keterangan pada 18 April ini berhubung isu pemilihan parti itu di Pulau Pinang baru-baru ini. Tarikh tersebut ialah dua hari sebelum tarikh pencalonan  pada 20 April 2013 ini. 

Adalah  diramalkan bahawa jabatan pendaftaran (ROS) akan membatalkan lesen DAP , Selepas hari pencalonan dan ini membolehkan semua calon BN yang menentang DAP akan menang tanpa bertanding. 

Asasnya ialah apabila lesen pendaftaran DAP dibatalkan selepas tarikh pencalonan, maka semua calon-calon yang bertanding atas tiket DAP akan jadi tidak sah. Tambahan pula selepas hadir dan memberi keterangan, jabatan pendaftaran berhak membuat keputusan pada bila-bila masa selepas itu. 

Bagi mengelakkan perkara itu berlaku maka difahamkan semua calon DAP akan diarahkan bertanding atas tiket PAS seperti yang diwar-warkan oleh presiden parti itu. Lim Kit Siang sebelum ini. Keputusan ini (calon-calon DAP bertanding atas tiket PAS) akan dibuat sebelum hari pencalonan kerana selepas itu semua pihak tidak boleh berbuat apa-apa lagi. 

Sama-sama kita nantikan apakah tindakan selanjutnya oleh DAP. Apa yang pasti PAS perlulah meminjamkan tiket mereka kepada DAP jika mahu sama-sama (Pakatan Rakyat) menakluki Putrajaya pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Tindakan yang dilakukan oleh ROS ini jelas sekali satu strategi jahat untuk memastikan hasrat pihak Pakatan Rakyat merampas Putrajaya akhirnya tinggal angan-angan semata-mata. Justeru itu, bersedialah.

No comments: