(Klik untuk gambar lebih besar)
SHAH ALAM, 17 APR: Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) nampaknya semakin lemas diasak dengan propaganda Barisan Nasional (BN) sehinggakan sebahagiannya sudah semakin berani untuk bangkit melawan.
Kampus UiTM Johor, dekat Segamat, pensyarah diarah membatalkan kuliah masing-masing bagi memberi laluan kepada tayangan wajib hadir filem kontroversi Tanda Putera.
Semalam, di kampus utama Shah Alam, turut berlangsung satu program ‘Wacana Kepimpinan Isu Semasa: Sebelum Senja Berlabuh’ di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) yang dijadikan acara wajib kepada mahasiswa.
Barangkali kerana sudah tidak tahan dengan indoktrinasi itu, beberapa aksi melawan didapati berlaku di sekitar kampus UiTM Shah Alam.
Menurut sumber dalaman kampus itu yang enggan namanya disiarkan, akhir-akhir ini banyak pergerakan dari dalam dan luar kampus yang sedang berusaha membangkitkan kesedaran politik mahasiswa untuk menolak indoktrinasi yang dipaksakan ke atas mereka.
“Dua hari lalu, berlaku penyebaran risalah PR dan pendidikan percuma di kolej dalam UiTM. Esoknya aku tak tidur, lepak dalam kolej. Kemudian, depan mata aku budak IM4U sebar risalah counter semalam punya,” katanya.
Terbaru, kelihatan banner dan bendera DAP dinaikkan di dalam kampus itu. Banner yang bukan hasil rasmi parti DAP dan banyak didapati di kawasan Shah Alam dibawa masuk pihak yang tidak diketahui dan dinaikkan di dalam kawasan kampus. Bendera DAP turut dinaikkan di puncak Menara Sains dan Teknologi.
“Komen aku, aku rasa ni mahasiswa juga yang buat ‘kerja’. Cumanya, mereka ni bukanlah ‘macai’. Tapi, ia adalah tanda protes kerana pada hari sebelum itu mereka dikerah untuk menghadiri beberapa wacana dan ‘talk’ berunsurkan parti politik UMNO. Tapi, ada juga kemungkinan ia ada unsur sabotaj,” kata mahasiswa Fakulti Undang-undang terbabit.
“Sebab banner tu bersepah kat Shah Alam, mungkin budak-budak ni rembat dan main letak je dalam UiTM,” ujar seorang lagi mahasiswa fakulti itu.
“Hari tu dekat luar UiTM tepi pagar Seksyen 2, ada satu banner lawa gila. Dia tulis ‘PR menang, mahasiswa senang’. Kemudian, dekat masjid dia orang pasang banner “mahasiswa tolak pemimpin korup”. Ada lambang TOLAK UMNO kat situ,” katanya sambil menambah bahawa ini mungkin petunjuk jelas bahawa mahasiswa sudah semakin berani melawan pembodohan. – Roketkini.com
1 comment:
syabas mahasiswa & pengundi muda malaysia ! ABU ini kali alh ,kasi ubah gerombolan sekutu apco pandi kutty !
Post a Comment