DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, April 17, 2013

DI SANA-SINI UMNO BERTELAGAH SAKAN-PASTINYA UMNO AKAN MENEMUI MAUT PADA PRU KALI INI

JOHOL, NS – Pengumuman calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dun Johol, Mohd Fadzil Abu Kassim, 48, kelmarin mendapat bantahan hampir keseluruhan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Johol.

Sinar Harian difahamkan, lapan PDM tutup operasi, manakala dua PDM iaitu Dangi dan Inas beroperasi seperti biasa. Lapan PDM itu ialah, Malan Baru, Selaru, Kuala Johol, Padang Jual, Inas, Pekan Johol, Air Mawang, Nuri dan Kepis.

Lebih merumitkan keadaan, bilik gerakan kecil PDM Kepis bertempat di Kampung Sri Kepis ditutup dan bendera Umno dan BN diturun sebagai tanda protes di atas pengumuman tersebut.

Sebagai rekod, sebelum pengumuman calon BN seluruh Negeri Sembilan kelmarin, satu bantahan calon Dun Johol telah diadakan di PDM Air Mawang pada 10 April lalu selepas desas-desus menyatakan calon Dun Johol 'turun dari langit'.

Seramai 120 jentera PDM telah sebulat suara menentang calon berkenaan kerana tidak dikenali dan jarang berada di Johol meskipun calon berasal dari Kampung Simpang Air Mawang kerana tuntutan kerja.

Bagaimanapun, suara jentera PDM tidak mampu mempertahankan calon yang mereka kehendaki dan Mohd Fadzil diangkat sebagai calon Dun Johol menentang calon Pas, Nor Azman Mohamad.


Malam tadi lebih kurang 150 penyokong dan pengikut setia Ahli Parlimen Setiawangsa Dato' Seri Zulhasnan Rafique telah membuat demo membantah tindakan Najib Razak menolak Zulhasnan sebagai calon UMNO/BN di Parlimen P118 Setiawangsa.

Penolakan Najib telah membangkitkan rasa marah dan tidak puas hati para penyokong UMNO Bahagian Setiawangsa.. Jumlahnya dikatakan agak besar juga.

Bantahan terbuka ini menunjukkan betapa pergolakan dalam UMNO selepas diumumkan nama-nama calon UMNO/BN semakin parah dan bakal menunggu rebah.

Zulhasnan Rafique dikatakan agak popular dikalangan para pengokong, ahli dan pengikut UMNO bahagian Setiawangsa.

Tidak hairan jika akan berlaku tindakan sabotaj, cantas mencantas dan cah keting di Parlimen Setiawangsa kali ini.

Pada PRU 12 yang lalu, kemenangan Zulhasnan banyak bergantung kepada undi pos..Tapi jika diikutkan pemberontakan dalaman, undi pos pun tidak mungkin akan menyelamatkan Setiawangsa gugur ditangan Pakatan rakyat pada PRU 13 ini.



Lokasi:- Kampung Changkat Semambu, Batu Kurau, Perak.

Nampaknya para penyokong, pendokong dan ahli UMNO pun dah mula sedar betapa UMNO telah memperlembukan rakyat dengan isu lembu NFC RM256juta.

Sebagai tunjuk kepada pemimpin mereka apa yang terbuku dalam hati maka dibuat satu bantahan sinis dalam bentuk kereta lembu yang dibalut dengan bendera UMNO dan Dacing Biru.

Sumber : omak kau

No comments: