DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, April 11, 2013

SPR ADALAH GABUNGAN DALAM BN



Konspirasi SPR - Najib dalam penentuan Tarikh Mengundi

Oleh WTKO


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Ahad, 5 Mei 2013. Hari Ahad adalah hari berkerja bagi negeri-negeri seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Mungkin ada yang beranggap tidak mengapa diadakan pada hari Ahad, bukan hari Sabtu 4 Mei 2013. Tapi sebenarnya pengerusi SPR telah membuat perbincangan bagi memberikan kelebihan kepada Dato' Seri Najib untuk berkempen pada 4 Mei 2013 di Stadium bukit Jalil.

Pada 4 Mei 2013 (Sabtu) adalah tarikh untuk sambutan Hari Perhimpunan Pekerja dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia (alasan) Dato' Seri Najib.

Majlis Perhimpunan Perpaduan Sempena Hari Pekerja ini boleh didapati daripada laman Kementerian Sumber Manusia.

Sila rujuk di sini
http://jtksm.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=731%3Ajemputan-perhimpunan-hari-pekerja-2013&catid=47%3Amakluman&Itemid=594&lang=ms



Difahamkan dalam ucapan nanti Dato' Seri Najib akan mengumumkan beberapa inisiatif  (Rasuah PRU) bila BN mengekalkan pemerintahan.

Ini adalah usaha Dato Najib terakhir untuk memenangi hati pekerja setelah maklumat terakhir daripada research UMNO@BN sekitar 71.6% pengawal kerajaan adalah penyokong Pakatan Rakyat dan mereka yang condong kepada Pakatan Rakyat.
SPR bersetongkol dengan UMNO@BN memutus tarikh untuk memberikan kelebihan kepada BN dan menepikan hak-hak mengundi pada hari bekerja untuk negeri-negeri kuat Pakatan Rakyat kerana mereka tahu lebih 70% pengawai kerajaan menyokong PR.

SPR adalah satu daripada komponen BN. Pakatan Rakyat harus memenangi PRU-13 bagi mematikan Malaysia bersih daripada penyelewengan, Rasuah dan korupsi. 

No comments: