RESPON KERUSI DUN SG. ACHEH
7 Mac 2013
che'GuBard telah membuat kenyataan yang mempertegaskan sedia menjadi jentera
biasa dalam PRU akan datang, menyeru semua anak muda perbagai peringkat
menyatukan kekuatan bagi menumbang regim. PRU 13 merupakan PRU penting untuk
membuat perubahan besar.
tidak punya jawatan dalam parti politik cuma anggota biasa dalam Parti Keadilan Rakyat, namun sedar tetap terikat dengan disiplin parti.
Apa
keputusan parti dan keperluan parti untuk peranan yang cheGuBard harus mainkan
dalam PRU ke 13 , pasti akan akur. Selaku anggota parti akan akur dan terikat
dengan disiplin parti namun ditegaskan bersedia dan lebih selesa menjadi
jentera biasa.
Namun pada
9 April lepas Parti Keadilan Rakyat melalui kenyataan Pengerusi MPN Pulau
Pinang telah mengumumkan che'GuBard dipilih menggalas amanah parti bagi
mewakili PR di DUN Sg. Acheh, P.Pinang.
Kawasan
Sungai Acheh dalam Parlimen N.Tebal bukan asing bagi che'GuBard. Rumah kedua
che'GuBard di N.Tebal,ia merupakan kampung mertua che'GuBard. Jaringan keluarga
besar isteri banyak mengakibatkan che'GuBard terlibat dalam banyak aktiviti
parti dan masyarakat di N.Tebal sejak awal lagi khususnya Sg. Acheh.
Bapa
mertua merupakan pengasas Parti Keadilan Nasional N.Tebal. Melalui perbagai
aktiviti che'Gubard punya ramai juga kenalan di sini, pada tahun 2002 pernah
sehingga ditahan polis di Sungai Acheh kerana menjalankan aktiviti parti.
Dari segi
perjuangan bersama masyarakat banyak terlibat antaranya memperjuangkan isu
tanah penternakan kerang, menggunakan hubungan baik dengan pimpinan kerajaan
negeri akhirnya tuntutan penternak kerang di Sungai Udang (dalam kawasan Sungai
Acheh) berjaya ditunaikan oleh kerajaan negeri setelah tidak didengari pun oleh
kerajaan negeri (Bn) sebelum ini sekian lama.
Awal tahun
2012, che'GuBard sudah mula bermastautin di N.Tebal atas arahan Datuk Seri
Anwar Ibrahim sendiri, malah atas pelawaan dan permintaan Datuk Dr. Mansor
Othman sendiri secara berdepan untuk che'GuBard turun membantu di kawasan
tersebut khususnya kerana ahli parlimen PKR telah meninggalkan parti.
Semenjak
itu bukan sedikit program yang dibuat dari sumbangan kebajikan hinggalah kepada
program anak muda dipergiat. Bukan sahaja program berbuka puasa tetapi kubu
Umno di tembusi dengan ziarah dan bersahur bersama keluarga yang kurang
bernasib baik. Jentera PR banyak membantu dari perbagai segi.
Satu pusat
khidmat dan pejabat aktiviti Parlimen N.Tebal telah dibuka dan aktif di rumah
kedai dua tingkat. Puluhan aduan tiap minggu diuruskan.
Namun apabila parti mengumumkan Datuk Dr. Mansor yang menjemput che'GuBard ke N.Tebal sebagai calon, che'GuBard menyambut dengan baik. Jentera sedikit sebanyak yang terbina terus bergerak agresif bagi membantu calon PR.
Namun apabila parti mengumumkan Datuk Dr. Mansor yang menjemput che'GuBard ke N.Tebal sebagai calon, che'GuBard menyambut dengan baik. Jentera sedikit sebanyak yang terbina terus bergerak agresif bagi membantu calon PR.
Memahami
soal kerusi dan siapa bukan soal utama tetapi pembelaan rakyat dan memperkukuh
parti (PR) dalam menumbangkan regim harus dijadikan matlamat utama. Siapa pun
dalam beroganisasi harus akur dengan keputusan siapa terpilih mewakili.
Kenyataan
2 April, Pengerusi MPN P.Pinang diangkat sebagai arahan parti dan akur dengan
amanah yang diberikan. Melihat ruang dan peluang untuk mengembeling Suara dan
idealisma muda untuk P.Pinang seterusnya menjadikan kawasan paling selatan di
Pulau Pinang bangun seiring dengan arus pembangunan negeri yang diiktiraf
sebagai antara negeri yang ditadbir dengan cara terbaik berdasar rekod laporan
audit negara.
Namun 10
April 2013 PAS pula telah membuat pengumuman nama calon di kawasan DUN Sg.
Acheh juga. Respon che'GuBard mudah, yang kita harus hadapi ialah regim bn,
cabaran kita ialah memperkasakan kuasa rakyat. che'GuBard sedia dan akur dengan
apa juga keputusan pucuk pimpinan parti. che'GuBard meletakkan sepenuh
kepercayaan dengan pimpinan utama Pakatan Rakyat menyelesaikan isu ini. Seperti
yang pernah tegaskan bertanding bukan sasaran, sedia menjadi jentera biasa
membantu kemenangan Pakatan Rakyat.
Semua
jentera dan aktivis PR serta rakyat yang cintakan perubahan, che'GuBard
memberikan jaminan pasti tidak akan berlaku pertembungan 3 penjuru melibatkan
sesama Pakatan Rakyat. Percaya dan yakinlah PR ialah gabungan kukuh yang lahir
dari keputusan gelombang rakyat 2008, telah teruji dengan perbagai mehnah dan
cukup matang untuk berdepan dengan PRU ke 13 sebagai sebuah gabungan yang bakal
mentadbir negara.
Semua
jentera PR dan aktivis rakyat harus bersekutu demi menghadapi regim. Ini masa
terbaik.Ini kalilah !
No comments:
Post a Comment