DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, April 9, 2013

SHAHBUDIN HUSIN :UMRAH NAJIB BERNAWAITU POLITIK RUPANYA!!



Terdedahnya minit mesyuarat sebuah kumpulan pemikir yang diketuai oleh Alies Anor dan dibantu oleh Di Sidek Baba mengenai pelbagai perancangan, termasuk yang jahat untuk menewaskan Anwar dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ini, secara tidak langsung mendedahkan sisi gelap Najib selaku pihak yang mahu dimenangkan, dalam berpolitik dan mahu terus berkuasa.

Dalam suatu mesyuarat yang diadakan pada perhujung 2012 sebagaimana yang terdapat dalam minit mesyuarat tersebut, antara perancangan yang dilakukan oleh kumpulan itu ialah menulis dan mengutuk Anwar melalui blog-blog, mengadakan sidang akhbar dengan kekerapan setiap hari bagi mendedahkan keburukan Anwar sebaik Parlimen dibubarkan, menerbitkan bahan bercetak dengan maksud yang sama uuntuk diedarkan ke kawasan pengundi Melayu, mengumpulkan seramai mungkin bekas pemimpin ABIM untuk menyerang Anwar, menggunakan bekas pemimpin PKR yang sudah melompat parti untuk mengadakan ceramah memburukkan Anwar, mewujudkan team baru diketuai Papagomo untuk merekacipta video seks yang melibatkan Anwar dan lain-lain pemimpin PR yang dihasilkan di luar negara dan pelbagai lagi.

Minit mesyuarat ini dipercayai didedahkan berikutan terdapatnya laporan Dr Sidek Baba yang dipercayai sanggup menikam Anwar adalah kerana pelbagai kepentingan peribadi sebagaimana yang didedahkan oleh rakannya sendiri, Omar Abd Rahman dan juga kerana Dr Sidek dibayar elaun sebanyak RM15 ribu sebulan atas kesanggupan menyertai kem Najib dan memburukkan Anwar.

Kumpulan pemikir itu dianggotai oleh beberapa orang lain seperti Abdul Rahman Karimun, Raja Arif Kamaruddin, Osman Abdul Majid, Rahiman Salleh, Majid Daud, Syed Abul Hussin Syed Kismas manakala Abdul Rahman Buyung selaku setiausaha. Alies Anor yang merupakan bekas Setiausaha Politik dan mengetuai War Room untuk Najib dalam PRU 13 ini adalah pengerusi kumpulan pemikir ini manakala Dr Sidek Baba dengan elaun RM15 ribu sebulan adalah timbalan pengerusinya.

Dengan terdedahnya pelbagai tembelang mengenai gerakan kumpulan ini, maka tidaklah menghairankan bahawa Dr Sidek sanggup mengadakan sidang akhbar dan ditermuramah oleh pelbagai media semata-mata untuk mencerca dan memburuk-burukkan Anwar. Tujuannya hanyalah untuk menghalang kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat serta mengekalkan Najib di takhta kuasa serta memastikan RM15 ribu masuk ke poketnya setiap bulan.

Tentunya juga tidak menghairankan melalui apa yang didedahkan dalam minit mesyuarat itu, secara tiba-tiba pelbagai video seks mengenai Anwar dan pemimpin PKR lainnya serta-merta muncul mewarnai dunia maya blog-blog pro UMNO sejak kebelakangan ini. Dengan ini tidaklah menghairankan jika menjelang hari pengundian nanti, pelbagai video dan bahan penerbitan lainnya akan bertaburan terutamanya di kawasan-kawasan pengundi Melayu.

Selain pelbagai perancangan tersebut, kumpulan ini juga merancang untuk mengadakan pertemuan dan meminta nasihat daripada Mahathir memandangkan bekas Perdana Menteri itu disifatkan mempunyai banyak idea dan mungkin mengetahui strategi yang lebih sesuai untuk menjatuhkan Anwar.

Dan kini terbukti, Dr Sidek sudah pun mengadakan pertemuan dengan Mahathir minggu lalu, dan mereka dilaporkan telah mengadakan perbincangan selama lebih satu jam hanya atas satu topik iaitu Anwar Ibrahim.

Selain menyerang dan memburuk-burukkan Anwar, kumpulan itu juga merangka pelbagai strategi untuk menaikkan imej Najib khususnya di mata pengundi Melayu. Ia termasuk lawatan ke Palestin, mengadakan kunjungan dengan pemimpin Islam di selatan Thailand dan Filipina serta mengerjakan umrah.

Kumpulan pemikir ini percaya dengan Najib menunaikan umrah, ia boleh menaikkan sokongan pengundi Melayu kepada Najib. Sementara Anwar memang dikenali sebagai pejuang Islam sejak di universiti lagi dan imej itu kekal terpamer hingga kini, Najib sebaliknya sebaliknya ingin menonjolkan imej Islamiknya dengan kekerapan menunaikan umrah.

Jika diimbas, sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009, hampir setiap tahun Najib menunaikan umrah. Setiap kali pemergiannya pula akan diberi liputan yang meluas oleh media-media kerajaan. Baru-baru ini juga dilaporkan beliau akan ke Mekah lagi menunaikan umrah tapi ianya dibatalkan kerana Parlimen dibubarkan. Mungkin selepas penamaan calon nanti, Najib dan keluarganya akan menunaikan umrah lagi sebagaimana yang dicadangkan oleh kumpulan pemikir itu.

Rupa-rupanya pemergian Najib menunaikan umrah bukanlah dengan kerelaan hati dan untuk beribadah kepada Allah. Umrah Najib untuk politik rupanya. Matlamatnya adalah semata-mata mengabui pengundi Melayu, mendapatkan undi, menang pilihanraya dan supaya terus kekal sebagai Perdana Menteri.

No comments: