DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, April 5, 2013

'LAMA TAK DENGAR KHABAR,' SAPA JUI MENG



"Lama tak dengar khabar" -- ini perkataan pertama terpancul daripada mulut Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Chua Jui Meng yang tidak kelihatan di khalayak umum selepas partinya menyerahkan kerusi Gelang Patah kepada DAP.

Memecahkan kesunyiannya hari ini, Chua berikrar menyokong pemimpin popular DAP Lim Kit Siang walaupun pengambilan kerusi itu menyebabkan bekas pemimpin MCA itu kini tiada kerusi.

"Gelang Patang berpotensi besar untuk menang dan saya berbesar hati orang yang mengambilnya dari saya adalah Lim Kit Siang.

"Beliau seorang yang telus, mulia dan tekun berjuang untuk perubahan untuk negara ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Beliau juga menyeru penyokongnya untuk menyokong Lim.

PKR Johor pada 30 Mac lalu dipangku oleh timbalan pengerusi majlis pimpinan negeri Dr Ahmad Faidhi Saidi selepas Chua terus tidak tampil di khalayak umum.

Sikap Chua itu sebelum ini dispekulasikan ekoran perasaan tidak puas hati terhadap keputusan PKR memberikan Gelang Patah kepada Lim, kerusi yang dikatakan diintainya terlebih dahulu.

Kemunculan Chua juga hari ini dilihat sebagai usaha menutup cakap-cakap yang memberikan kesan negatif kepada Pakatan, sekali gus mengelakkan perpecahan sesama parti pembangkang.-Malaysiakini

No comments: