DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, April 5, 2013

JOHOR PASTI JATUH KE TANGAN PAKATAN RAKYAT: TUN MUSA & TAN SRI SHAHRIR SERTAI PR?



Oleh WTKO-TRANUNGKITE

Mengikut sumber dalaman, proses menjadikan Johor salah satu daripada negeri Pakatan Rakyat telah dibuat setahun lalu. Keputusan awal dengan menghantar YB Salahudin Ayub dan YB Khalid Samad untuk meninjau kekuatan sokongan Melayu kepada Pakatan Rakyat.

Satu research telah dibuat oleh pihak ketiga. Antara lain research tersebut memberikan beberapa faktor untuk mengukuhkan sokongan Melayu antaranya penyertaan Tun Musa Hitam dan Juga Tan Sri Shahrir Samad.

Selain daripada itu 2 research lain untuk melihat sokongan kepada Anwar melalui PKR dan juga sokongan masyarakat China kepada DAP.

Hasil analisis gabungan research-research ini telah diperhalusi pada Oktober 2012 lalu. Antara lain ada kemungkinan Johor boleh jatuh kepada Pakatan Rakyat sekiranya strategi yang berkesan dilakukan.

Perlu ada pengorbanan dalam hal ini, iaitu memastikan beberapa tokoh yang boleh mengubah 'mod rakyat' bertanding di Johor.

Atas dasar ini Lim Kit Siang telah bersetuju untuk ke Johor. Manakalah daripada PAS YB Salahudin Ayub dan Dato' Chua Jui Meng dariapad PKR. Saya tidak dapat maklumat yang jelas bahawa akan ada seorang lagi kepimpinan PKR akan bertanding di Johor.

Menurut sumber berkenaan keputusan Lim Kit Siang berpindah ke Johor setelah mendapat maklumat secara rasmi bahawa Tun Musa Hitam dan Tan Sri Shahrir Samad akan bertanding atas tiket Pakatan Rakyat.

Maklumat ini disokongan dengan kenyataan Tun Musa Hitam berkenaan dengan Negara Bengkrap dan ada beberapa pertemuan secara tertutup dengan penyokong-penyokong Shahrir. Mengenai Shahrir adalah lebih baik bertanya kepada YB Khalid Samad, walaupun mereka kurang bertemu dan bercakap hal politik tetapi ada perkara sulit antara mereka adik beradik.

Adakah maklumat ini benar, kita tunggu dan lihat. Maklumat dan perancangan dalam sukar untuk ditulis secara detail, sebagaimana ada khabar bahawa Kuli adalah salah seorang yang "dicadangkan" sebagai PM jika Pakatan menguasai Putrajaya jika Anwar Ibrahim tidak tercalon.

No comments: