DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, April 6, 2013

KIT SIANG: KITA TAK TAKUT KALAH, TAK TAKUT MATI



Walaupun Menteri Besar Johor Datuk Seri Abdul Ghani Othman dilaporkan mungkin bertanding di Gelang Patah, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata beliau tetap tidak akan lari dari kawasan Parlimen itu.

"Kalau Ghani hendak bertanding di Gelang Patah, saya tak akan undur! Kita bukan kiasu (takut kalah)! Kita bukan kiasi (takut mati)

"Su jiu su, si jiu si (kalah atau mati, biarkan saja)!" katanya di hadapan ribuan rakyat Johor dalam bahasa Hokkien semasa ceramah di Batu Pahat malam tadi, tempat beliau dilahirkan dan mendapat pendidikan awal.

Kenyataan itu mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang rata-rata orang Cina.

Lim yang mahu meninggalkan kerusi Parlimen Ipoh Timor itu menegaskan, beliau memilih Gelang Patang kerana mahu mengembangkan "tsunami politik" pada 2008 ke kawasan Selatan, sekali gus menguatkan Pakatan Rakyat bagi merampas Putrajaya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang berucap sebelum itu pula mencabar Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berdepan dengan Kit Siang di Gelang Patah.-MK

No comments: