By
– April 13, 2013
SHAH
ALAM, 13 APR: Satu akaun peribadi laman sosial Facebook dengan menggunakan nama
‘Mustafa Ali’ ditemui dan turut memaparkan pautan sebuah klip video aksi seks
dengan tajuk ‘Memang Betul Ini Saya’.
Lebih
mengejutkan, laman akaun ini baru sahaja diwujudkan sekitar 10 jam lalu selain
memaparkan status semasa yang menyatakan ‘Mustafa Ali’ adalah individu di dalam
klip video berkenaan.
“Saya
akui yang saya merupakan pelaku dalam klip video tersebut dan kejadian tersebut
berlaku dua tahun yang lepas dan saya ingin tegaskan, perlakuan saya tidak
menggambarkan perjuangan PAS kerana ia adalah kesilapan peribadi saya,” memetik
status semasa yang dinaikkan sekitar 10 jam lalu.
Akaun
berkenaan didakwa mempunyai ‘motif politik’ bertujuan memburukkan Setiausaha
Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kerana dikaitkan sebagai individu di dalam klip
video seks berdurasi 11 minit 27 saat yang dinaikkan dua jam lepas.
Laman
akaun berkenaan boleh diakses pada pautan https://www.facebook.com/profile.php?id=100005696323534
Sementara
itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, Pas
menyatakan sokongan penuh kepada Mustafa menghadapi serangan politik seperti
mana yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Bagi
pihak PAS kita tidak mahu terganggu dengan cubaan-cubaan musuh mengalihkan
perhatian rakyat terhadap isu yang sengaja diwujudkan dengan pelbagai fitnah
menjijikan.
“Dalam
mood rakyat ingin membawa perubahan dama Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)
ganguan sebegini akan muncul. Saya yakin pelbagai Facebook ciplak direka akan
sentiasa wujud,” katanya kepada TV Selangor.
Beliau
turut mengingatkan para petugas parti agar terus melakukan tugasan dalam usaha
memenangi PRU-13.
Dalam
pada itu, memetik laporan portal Malaysiakini dan Bernama hari ini, Mustafa
mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk
menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair.
Ketika
berucap di satu majlis di markas PAS Kampung Molek di Dungun malam semalam,
beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.
“Ini
adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan
fitnah… saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno,” katanya.
Mustafa
berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah
Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.
Beliau
turut menafikan telah meletak jawatan selepas penyebaran gambar dan video seks
tersebut
No comments:
Post a Comment