Apa yang membuatkan Mahathir terlalu
berdendam terhadap Lim Kit Siang hanya beliau sahaja yang tahu. Rakyat hanya
boleh mengagak apa yang didendamkan oleh Mahathir. Tetapi kita ketepikan isu
sebab dendam Mahathir terhadap bekas Ketua Pembangkang itu itu tidak pernah
padam malahan lebih menyala dari masa-masa lampau.
Mahathir mahukan UMNO dan BN
menghabiskan riwayat LKS dalam politik kerana itu sahaja lah cara untuk
membuatkan LKS bersara. Kenyataan dendam kesumat begitu tidak terkawal sehingga
beliau (Mahathir) meminta calon ‘heavy weight’ untuk diturunkan melawan LKS di
Gelang Patah dalam pilihanraya seperti Ghani Othman yang sekarang penyandang
kerusi Menteri Besar Johor. Dr Mahathir berkata LKS tidak mahu bersara seperti
beliau dalam politik sejak begitu lama.
Tetapi kita bertanya pula kepada Dr
Mahathir. Bagaimana pula beliau? Beliau masih lagi bermain politik yang begitu
aktif sekarang ini walaupun sebelum ini beliau pernah menjadi Perdana Menteri
selama 22 tahun. Sekarang masih lagi bermain politik dan tidak mahu
berhenti-henti. Beliau masih lagi berperanan untuk mengganggu pelan dan
kemahuan Najib Tun Razak dalam penentuan calon. Seperti saya katakan dalam
posting yang lepas Mahathir masih lagi mahu menjadi penentu keadaan UMNO itu.
Jika UMNO terlalu kuat beliau
mahukan kekuatan UMNO itu diturunkan dengan memberikan komen yang menjatuhkan
kekuatan UMNO. Apabila UMNO sekarang sudah agak hampir jatuh dengan sebenarnya
beliau turun padang untuk menaikkan sedikit kekuatan UMNO itu. Ini semua
permainan politik Mahathir yang tidak mahu berhenti dari politik negara.
Yang terakhir pula Mahathir mahukan
Ibrahim Ali diambil oleh Najib untuk menjadi calon UMNO di Pasir Mas. Beliau
sentiasa masuk campur dalam urusan negara yang sedang diurus oleh Najib. Semasa
beliau menjadi Perdana Menteri, tidak siapa pun boleh mempengaruhi kehendak
beliau dan beliau mentadbir negara mengikut kemahuan nafsu beliau sendiri.
Saya selalu berkata rakyat
mesti bersatu kali ini di luar BN kerana jika rakyat bersatu dalam UMNO dan BN,
mereka akan ditunggangi oleh kehendak Mahathir dan kroni serta keluarga beliau
sendiri. Mahathir tidak henti-henti bermain politik walaupun beliau telah
bersara. Keadaan politik yang kucar-kacir sekarang berpunca lama dahulu, iaitu
semasa zaman beliau menjadi peneraju negara ini. Hasilnya kita boleh lihat
sekarang.
Yang rakyat bergerak untuk melakukan
perubahan ini adalah kerana gara-gara beliau. Apabila beliau bersara Mahathir
telah mewarisi negara kepada pemimpin yang tidak pernah dididik oleh beliau
dengan nilai murni, sebaliknya mewariskan kepada pimpinan yang tidak mampu
menjaga kehormatan negara dalam erti sebuah negara berdaulat sebenarnya.
Rasuah besar yang bermula di zaman
beliau telah melarat dan menjadi barah dalam kerajaan hari ini. Barah ini tidak
dapat dikawal lagi.
Tidak apalah begitu, tetapi
biarkanlah rakyat membetulkannya. Tetapi Mahathir kembali berpolitik dan UMNO
tidak mampu untuk membuat keputusan dengan betul kerana campur tangan beliau
dalam politik tanah air.
Dr Mahathir lah yang sepatutnya
bersara dan beliau sepatutnya tidak lagi bermain politik. Jangan hendak mengata
LKS sedangkan beliau lebih gila bermain politik dan UMNO kini tidak boleh lagi
membuat keputusan sendirian tanpa campur tangan Mahathir.
UMNO yang lemah sekarang inilah yang
dikehendaki oleh Mahathir kerana kelemahan UMNO hari ini membolehkan beliau
menjadi penting dan terus-terusan berpolitik.
Asalkan boleh bermain politik
menjadi tukang kempen Ibrahim Ali pun jadilah. Yang penting beliau terus
berpolitik. Belum lagi beliau berniat untuk bersara
No comments:
Post a Comment