BN telah mengumumkan bahawa 49%
daripada calon-calon Dewan Undangan Negeri adalah muka baru dan 30% daripada
calon Parlimen merupakan calon-calon gantian untuk memantapkan prestasi parti
itu dalam PRU yang akan datang. Beberapa Menteri Kabinet BN juga telah
digugurkan, antaranya ialah Rais Yatim dan Nor Mohammed Yakcop. Mohamad Khaled
Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi akan
bertanding di Kawasan DUN di Johor untuk menjadi Menteri Besar jika BN
memenangi pilihanraya kali ini.
Tidak payah kita sebut siapa yang
digugurkan dan siapa yang beralih kawasan dari Dewan Undangan Negeri atau
Parlimen yang diumumkan oleh Pengerusi BN semalam. Isu yang saya hendak komen
hari ini ialah tentang kebanggaan Najib menurunkan calon-calon yang
berkelayakan akademik yang tinggi serta berpelajaran. Najib telah menurunkan
calon-calon yang berpelajaran tinggi, setidak-tidaknya pemegang Diploma dan ke
atas.
Pemilihan calon yang berpelajaran
tinggi itu adalah wajar kerana tindakan itu sejajar dengan keadaan semasa dalam
mana rata-rata rakyat telah berpelajaran. Tetapi yang dihadapi oleh UMNO
sekarang ini bukannya masalah taraf akademik calon-calonnya. Dari dahulu
sememangnya calon-calon dalam UMNO itu adalah di kalangan orang yang
pandai-pandai belaka. Ada yang berpendidikan sehingga Doktor Falsafah, ada yang
Doktor perubatan, ada akauntan dan berbagai-bagai lagi bidang professional dan
separa professional yang hebat-hebat diletakkan sebagai calon.
Tetapi apabila mereka yang
pandai-pandai ini menyertai UMNO, mereka dipengaruhi oleh budaya yang songsang
dan buruk seperti rasuah dan berbagai-bagai lagi kesalahan undang-undang dan
moral yang dilakukan oleh pimpinan BN. Keadaan itu bertambah meruncing dari
masa ke masa dan sekarang budaya buruk itu sudah tidak terkawal lagi.
Pendeknya, berpelajaran tinggi itu tidak dapat memperbaiki akhlak kepimpinan
mereka setelah menyertai UMNO walau setinggi mana sekali pun taraf pelajaran
mereka.
Mereka itu mungkin berpelajaran,
tetapi kurang pendidikan. Seseorang yang berpelajaran tidak semestinya seorang
yang berpendidikan. Seseorang yang berpendidikan baik itu akan mencakupi nilai
moral yang selari dengan pelajarannya yang tinggi itu. Saya selalu berkata
sebaik mana pun seseorang itu, apabila menyertai UMNO dan mendapat kedudukan,
mereka akan lupa yang diri mereka telah belajar di menara gading tetapi sikap
mereka seolah-olah seperti orang yang tidak pernah melalui pendidikan yang
betul.
Apabila menyertai UMNO mereka akan
menganggap yang buruk itu sebagai baik dan baik itu sebagai buruk, seolah-olah
mereka ini adalah pembawa dalil hari hendak kiamat. Pendeknya mereka yang
berpelajaran tinggi tidak mampu untuk menjadi seorang pemimpin yang terdidik.
UMNO sentiasa gagal untuk
mengetengahkan mereka yang terdidik sejak tiga dekad yang lalu. Dalam UMNO ada
yang berkelulusan bidang kejuruteraan sehingga PhD tetapi kita nampak dengan jelas
kelulusan tinggi itu tidak mampu untuk menjadi orang yang mampu berfikir.
Mendapatkan sarjana muda, atau sarjana serta doktor falsafah itu hanyalah untuk
mengesahkan mereka telah lulus mata pelajaran dan module yang mereka pilih di
menara gading itu. Tetapi matlamat sebenar kita masuk universiti itu ialah
untuk belajar dan mendidik kita untuk berfikir dengan baik dan tahu membezakan
yang mana satu yang bermoral dan yang sebaliknya.
Tetapi apabila bergiat dalam UMNO
kemampuan mereka untuk berfikir semakin tumpul kerana budaya yang tidak
membolehkan sesiapa bersuara dan memberikan pandangan yang bernas. Maka jadilah
mereka perasuah dan penyalahguna kuasa yang besar apabila mendapat kuasa mandat
rakyat itu untuk bersama membina budaya membina kepentingan dan kekayaan
peribadi dan keluarga mereka. Sepatutnya jika seseorang itu telah berjaya untuk
berfikir mereka tidak akan tergamak melakukan rasuah dan kerja-kerja hina yang
lain itu.
Maksudnya jika kita berjaya untuk
berfikir, maka gejala buruk akan terhindar dari diri mereka. Pemimpin yang
benar-benar terdidik tidak akan sanggup melakukan rasuah kerana mereka akan
merasakan malu yang amat sangat hasil dari didikan dan berfikir secara orang
yang berpendidikan tinggi.
Saya ingin mengulangi yang berpelajaran
itu tidak semestinya yang terdidik. Jika kita hanya berpelajaran belum tentu
kita akan melakukan kerja yang baik-baik. Hanya yang terdidik sahaja yang boleh
diberikan keyakinan, bukan kepada yang hanya berpelajaran. Senarai calon-calon
yang dikatakan sebagai barisan yang berpelajaran itu tidak akan membawa apa-apa
perubahan selagi budaya rasuah dan mementingkan keuntungan peribadi itu tidak
dihapuskan dalam UMNO. Keadaan dalam UMNO itu akan tetap sama. Jika UMNO masih
diberikan mandat ia tetap seperti biasa yang kita alami sekarang ini. Salah
laku itu akan tetap berlaku, hanya yamg menjadi pelakunya itu orang yang
berlainan sahaja.
Selalunya yang terdidik itu akan
mempunyai nilai etika, bermoral tinggi dan lebih lagi ada agamanya dan
meng’addin’kan agamanya dalam pentadbiran dan politik mereka. Yang terdidik itu
selalunya akan melakukan segala-galanya dengan beriktikad untuk melakukan
fardhu kifayahnya sekali kerana dengan fardhu kifayah itulah yang akan membuka
jalan ke arah keredhaan Tuhan dalam semua tindak-tanduk kita.
Pemimpin yang terdidik dengan
didikan yang benar, mereka akan ada sifat malunya untuk melakukan kerja rasuah
dan sebagainya. Merasa malu pada diri sendiri itulah yang mampu membendung kita
dari melakukan kerja terkutuk seperti rasuah, membunuh serta dosa dan noda yang
lain.
Walau apa pun, UMNO akan berpecah
dan kita akan saksikan bersama-sama semua yang akan berlaku dalam UMNO itu.
Tamat sahaja pengumuman calon nanti, kita akan lihat perpecahan itu berlaku
dengan cepat dan deras di mana-mana.
Malahan ia telah pun berlaku di
beberapa tempat di Selangor dan di Perak di mana ahli-ahli UMNO telah berkumpul
dan berarak menentang calon yang ditonjolkan oleh pucuk pimpinan parti.
Benar, bermula hari ini UMNO akan
berpecah. Dr Mahathir bolehlah saksikan apa yang beliau telah wariskan kepada
pimpinan-pimpinan selepas beliau. Segala-galanya bermula hasil kerja beliau
memecah dan memerintah rakyat semasa mentadbir negara dahulu.
Sekarang beliau boleh saksikan puas-puas. Kehendaknya telah tercapai sepenuhnya. Dr Mahathir boleh tidur lena sekarang
Sekarang beliau boleh saksikan puas-puas. Kehendaknya telah tercapai sepenuhnya. Dr Mahathir boleh tidur lena sekarang
No comments:
Post a Comment