Setelah berpencen dan senyap lama
mutaakhir ini Tan Sri Musa Hassan, Bekas Ketua Polis Negara muncul tiba -
tiba dan bersuara. Kali ini sasaranya ialah bekas anggota penasihat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang yang dikatakan
‘mengarahkan’ pegawai polis untuk meluluskan satu projek komunikasi Polis Di
Raja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit mempunyai kaitan dengan
perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat Isreal.
Tan Sri Musa Hassan telah turut mendedahkan
bahawa Tan Sri Robert Phang telah bertindak mengugut Pegawai Polis iaitu
sekiranya projek tersebut tidak diluluskan , Pegawai Polis tersebut akan
ditukarkan 24 jam .
Tindakan Tan Sri Robert Phang adalah merupakan
satu tindakan jenayah yang tidak boleh dipandang ringan apabila seorang awam
telah bertindak mengugut penjawat awam .
Turut sama terlibat dalam kes tersebut ialah
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telah melakukan rasuah salahguna kuasa
mengarahkan Pegawai Polis tersebut untuk menandatangani komisyen bagi
memenuhi arahan Tan Sri Robert Phang.
Kerana Pegawai Polis tersebut terus gagal
mengikut arahan Tan Sri Ismail Omar dan Tan Sri Robert Phang , akibatnya
pegawai tersebut ditukar 24 jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani
surat kelulusan tersebut sedangkan sepertimana pendedahan Tan Sri Musa Hassan
projek komunikasi tersebut masih gagal siap sepenuhnya.
Tindakan Tan Sri Robert Phang dan Tan Sri
Ismail Omar adalah merupakan satu tindakan jenayah yang amat serius dan sebagai
warganegara yang bertanggungjawab dan bekas Ketua Polis Negara , Tan Sri Musa
Hassan lebih memahami dan menguasai undang-undang negara .
Beliau yang mempunyai maklumat yang cukup
lengkap untuk melakukan tindakan yang sewajarnya lebih-lebih lagi ianya
melibatkan dana awam bernilai ratusan juta ringgit iaitu projek komunikasi
Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.
Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat
bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B
System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai
oleh Asiasoft Global PLC yang berpangkalan di Israel.
Ramai tertanya - tanya mengapa tiba - tiba
Musa Hassan muncul. Dia sendiri terpalit banyak dakwaan salah guna kuasa ketika
bertugas. che'GuBard sendiri satu ketika pernah mengusung dan mendedahkan wujud
akuan bersumpah oleh pegawai tinggi polis yang mengaitkan Musa Hassan dengan
kegiatan kongsi gelap yang dilindungi, namun kes tersebut terus tutup dan tidak
di siasat.
sila klik sini untuk
membaca salinan penuh akuan bersumpah tersebut.
Musa pula sebaliknya selepas senyap seketika selepas berhenti terus memulakan isunya dengan kononya ada anggota tingginya ditekan oleh pimpinan Bn untuk melepaskan penjenayah. klik sini
che'GuBard sendiri pernah membuat sekurang -
kurangnya 4 laporan polis terus ke atas Musa Hassan salah satunya kerana dengan
jelas menjadikan PDRM tunggangan Umno untuk urusan politik. klik sini
Namun
dalam kisah Altantuya kenapa Musa masih cuba berselindung sebaliknya hanya
melepaskan peluru kapur ? Dia menembak keliling tanpa mendedahkan siapa
pemimpin Bn yang terlibat ?
Adakah benar Musa
Hassan hanya alat Dr.Mahathir untuk memberikan tekanan kepada Najib dan
Hishamuddin agar akur dengan senarai calun yang Dr. Mahathir ajukan ?
Oleh kerana itulah
Musa Hassan hanya memberikan peluru kapur tidak menembak tepat. Isu yang
dilontarkan pula hanya untuk sensasi media dan beliau tidak tampil membuat
laporan SPRM mahupun laporan polis terhadap apa yang didedahkannya sendiri.
Selagi Musa Hassan
tidak tampil membuat laporan, bagi SAMM mungkin ada kebenaran Musa Hassan hanya
alat politik Dr.Mahathir untuk menekan Najib dan sepupunya Hishamuddin. Kenapa
Dr.Mahathir memilih Musa Hassan sebagai alatnya ini mungkin kerana Najib pasti
tidak berani mengusik Musa kerana Musa ialah Ketua Polis ketika Altantuya mati
dibunuh.
Namun dalam isu
pendedahanya rakyat perlu mengambil serius kerana ia mengakibatkan kemusnahan
negara.
No comments:
Post a Comment