DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, March 2, 2013

NAJIB PM YANG PALING LEMAH WAJAR DIGANTIKAN DENGAN PEMIMPIN YANG LEBIH BERWIBAWA IAITU DSAI



Saudara Aspan Alias, bekas ahli UMNO kini salah seorang penting dalam DAP menulis dalam blognya bahawa: “Tidak pernah lagi kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang paling ‘controversial’ dalam sejarah negara seperti yang kita ada sekarang. Tidak juga mengalami keadaan parti pemerintah yang paling lemah dan paling mahal untuk dikekalkan. Rakyat terpaksa menanggung beban yang terlalu mahal dan ia boleh diibaratkan sebagai ‘mahal rantai dari beruk’. Harga beruk-beruknya tidaklah berapa mahal tetapi harga rantainya yang lebih mahal”.

Seterusnya beliau menyambung tulisannya : “Masalah bukan sahaja hinggap pada batang tubuh Perdana Menteri itu sahaja tetapi juga kepada ahli-ahli keluarganya sekali, terutamanya isteri beliau sendiri. Isterinya telah menghadapi sebegitu banyak masalah dan isu termasuklah isu-isu yang berkaitan dengan jenayah seperti yang disebarkan oleh ramai di seluruh Negara”.

Disamping itu, beliau juag mennyentuh seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat (AS) semasa ‘Datum Economic Forum’ di ibu kota semalam berkata pertukaran kerajaan dalam pilihanraya 2013 ini tidak akan menjejaskan ekonomi negara. Walau pihak mana pun mendapat mandat untuk mentadbir negara prestasi ekonomi negara tetap akan melalui kemajuannya secara natural.

Oleh itu, katanya tidak perlu rakyat merasa takut untuk membuat perubahan dalam PRU ini. UMNO/BN perlu ditumbangkan. Selama 56 memerintah banyak kerosakan yang berlaku dalam Negara ini.

Negara dan rakyat telah rosak teruk. Kita perlu berubah. Tukar kerajaan sekarang!

No comments: