DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, March 29, 2013

AWAS : PASTI UMNO AKAN GANGGU PROGRAM JELAJAH NEGARA BERKEBAJIKAN-KALAU TIDAK GANGGU DAN KACAU MENGHARU-HARAKAN MAJLIS BUKAN UMNO NAMANYA-SEMACAM BUDAYA RASUAH DAN SAMSENG YANG DIAMALKANNYA SELAMA INI



Jelajah Negara Berkebajikan masuki Negeri Sembilan


SEREMBAN: Jelajah Negara Berkebajikan meneruskan siri jelajahnya di Negeri Sembilan selama dua hari bermula hari ini setelah menamatkan siri jelajah di Perak.

Siri jelajah yang bermula di Labu dengan mengadakan program kuliah Dhuha oleh Ustaz Hasbullah Osman, Exco Pemuda PAS Serdang, Selangor di Taman Gadong Jaya.

Jelajah hari pertama meliputi kawasan Kuala Klawang, Dataran Seremban, Taman Ampangan, Dataran Tok Dagang di Paroi

Sementara itu pada hari kedua pula jelajah akan memulakan programnya di hadapan Masjid Jamek An Nur Rembau, Pekan Kota, Giant Tampin.

Seterusnya di Pekan Air Mawang Johol, Pejabat PAS Tampin dan Dataran Jom Ubah, Serting.

Sebelum itu konvoi jelajah di Perak telah mendapat halangan dari pihak berkuasa dengan pelbagai sekatan dan pemeriksaan kononnya atas arahan pihak atasan.

Konvoi jelajah tersebut juga turut diiringi pihak berkuasa sehingga ke lokasi program terakhir sebelum bergerak ke Negeri Sembilan.

Manakala di Negeri Sembilan, keadaan masih terkawal tanpa ada sebarang gangguan.

No comments: