Tidak
siar mohon maaaf: Ahmad Said hina mahkamah
SHAH
ALAM: Peguam
Negara, SPRM dan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan
disifatkan sebagai menghina mahkamah apabila tidak menyiarkan permohonan maaf
kepada Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim dalam dua akhbar harian.
"Saya amat kesal kerana bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dan Kerajaan Malaysia sanggup menghina mahkamah apabila gagal, enggan dan ingkar perintah mahkamah yang dimeterai secara persetujuan pada 19 Mac lalu," kata Khalid dalam kenyataannya hari ini.

Antara terma persetujuan yang direkodkan di hadapan hakim Yang Arif Datuk Lau Bee Lian ialah Ahmad Said melafazkan permohonan maaf di mahkamah terbuka dan menyiarkan permohonan maaf tersebut di muka depan dua akhbar harian berbahasa Inggeris, New Straits Times dan The Star dalam tempoh empat (4) hari dari tarikh tersebut.
Walaubagaimanapun, Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia bersikap liar dan tidak bertanggungjawab apabila dengan sengaja tidak menunaikan perintah tersebut dalam tempoh empat hari seperti yang diarahkan mahkamah.
"Mereka sehingga hari ini masih gagal melaksanakannya walaupun peguam saya telah menuntut defendan berbuat demikian," kata Khalid dalam kenyataan medianya hari ini.
Pada
19 Mac lalu mahkamah merekodkan permohonan maaf dari Ahmad Said.
“Saya, Datuk Seri Panglima Ahmad Said bin
Hamdan (gambar), dengan ikhlas memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid bin
Ibrahim, atas kenyataan saya pada 21 Februari 2009, yang disiarkan di media,”
katanya membaca kenyataan maaf yang dipersetujui kedua-dua pihak.
“Kenyataan yang dilakukan saya ketika itu sebagai ketua SPRM, dan ini adalah respon kepada soalan apabila ditanya oleh media mengenai siasatan SPRM ke atas Abdul Khalid,” katanya lagi.
“Saya membuat kenyataan tersebut tanpa niat jahat untuk memburukkan reputasi, imej dan intergriti plaintif.”
Dua defendan dalam kes tersebut, iaitu kerajaan persekutuan dan Ahmad Said, bersetuju permohonan maaf akan disiarkan di akhbar the New Straits Times di muka hadapan dan The Star dalam masa empat hari.
Khalid juga memperolehi kembali kos RM10,000 dari defendan.

Bagi
Khalid, Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia secara terang-terangan telah
menghina mahkamah kerana dengan sengaja tidak mematuhi dan menghormati perintah
mahkamah.
"Sikap melampau kedua-dua defendan ini bertujuan menghina saya secara berterusan selaku mangsa kepada kata-kata berunsur fitnah," katanya.
Tindakan defendan ini, katanya, selari dengan sikap kerajaan Umno-BN yang telah memperkotak-katikkan badan kehakiman Malaysia.
Mengingkari perintah mahkamah dilakukan tanpa sedikit pun rasa kesal kerana beranggapan kedudukan mereka mengatasi undang-undang di negara ini, getusnya.
"Sehubungan itu, saya telah mengarahkan peguam, Sankara Nair untuk memulakan satu prosiding penghinaan mahkamah terhadap Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia serta apa-apa tindakan yang difikirkan sesuai dan setimpal dengan penghinaan yang dilakukan pihak defendan," kata Khalid.

No comments:
Post a Comment