Oleh
Subky Latif
BEBERAPA
orang awam dan pegawai kanan kerajaan pusat memuji kebijaksanaan dan
kepintaran diplomasi Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak mengendali musuh
politiknya di Kedah, UMNO dan Barisan Nasional.
Kerajaan
pusat menjelang pilihanraya ini melancar kempen kebersihan Beutiful Malaysia.
Apakah
kempen termasuk dalam program pilihanraya? Entahlah! Tetapi kerana ia
diadakan dekat dengan PRU13, maka tentulah ia bermotif politik. Macam
pemberian BRIM 1.0 dan 2.0. Acara menyampaikan duit RM500 itu dipenuhi dengan
kempen BN dan memburukkan Pakatan Rakyat.
Apabila
pelancaran peringakat negeri Kedah diadakan dengan menteri perumahan sendiri
merasmikannya, maka Menteri Besar menyatakan dia hendak hadir. Bila Menteri
Besar hadir, kerana dia adalah ketua kerajaan, tidak manislah dia datang saja
dan tidak membuat ucapan.
Maka
terpaksalah penganjur memberi layanan yang sewajarnya. Menteri terpaksa
bersetuju memberi peluangnya berucap.
Semua
dapat mengagak bahawa Ustaz Azizan tahu tujuan pelancaran itu adalah untuk
kempen. Sudah tentulah dalam kempen itu ia akan memuji BN dan memburukkan
kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat. Akhirnya menteri akan menyeru supaya orang
ramak jangan lagi mengundi PAS/PR tetapi kembalikanlah Kedah kepada Barisan.
Kata
orang-orang awam dan beberapa pegawai kerajaan, Ustaz Azizan betul-betul
bijak memintas program kempen BN itu.
Mereka
tertawa melihat kejadian itu. Kehadirannya telah menyekat menteri dan
penyokong kerajaan pusat untuk memburukkan kerajaan PAS. Bagaimana mereka
hendak memburukkan kerajaan pimpinan Azizan sedang dia adalah tetamu dalam
majlis itu.
Maka
semuanya, menteri dan penyokongnya berucap lurus menyatakan betapa wajarnya
semua pihak menjaga kebersihan dan mengindahkan alam sekitar dan sebagainya.
Hilang
satu peluang kempen bagi kerajaan pusat dan BN.
Dan
kata mereka, Ustaz Azizan pula dalam ucapannya memuji kempen Beutiful
Malaysia itu. Kerajaan Kedah bukan sekadar menyokong, malah menyebut bahawa
yang hendak dibuat oleh kerajaan pusat itu sama dengan projek Kedah Indah
yang kerajaan Kedah sudah lancarkan sebelum itu.
Buat
Menteri Besar itu, sedia memberikan sokngan dan kerjasama dalam perkara yang
baik untuk rakyat dan negeri apa lagi kalau kedua pihak melaksanakan perkara
yang sama.
Dia
dapat kesempatan pula menerangkan kebaikan dan kejayaan Kedah Indah yang
diadakannya sebelum itu.
Yang
menarik perhatian orang awam dan pegawai-pegawai itu bukan tentang kerjasama
atas perkara yang disetujui oleh semua tetapi ialah kepintaran Ustaz Azizan
berpolitik dengan penentangnya dari UMNO dan BN.
Dia
tahu majlis itu adalah usaha UMNO dan BN untuk menentangnya tetapi dia dapat
memintas rancangan musuhnya itu hingga hilang peluang untuk menyalahkan
kerajaannya.
Kata
mereka, kalau pemimpin Pakatan yang lain boleh buat macam yang Ustaz Azizan
buat dalam majlis itu mati angin pemimpin UMNO dan BN untuk menghadapi
mereka.
|
No comments:
Post a Comment