DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, February 20, 2013

SAMBUTAN WIRA UNTUK NURUL IZZAH DI FORUM UM



Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diberi sambutan wira di forum Universiti Malaya semalam selepas beliau digugurkan daripada bercakap di majlis itu ekoran tekanan daripada kerajaan.

Menghadiri forum itu petang semalam sebagai penonton, Nurul Izzah melangkah masuk ke dalam dewan kuliah dan disambut  dengan tepukan gemuruh hadirin sewaktu mengambil tempat duduk di barisan hadapan.

Dewan penuh sesak dengan orang ramai yang turut memenuhi laluan masuk di bahagian belakang dewan.

Sesi petang forum itu pada asalnya dijadualkan menampilkan Nurul Izzah, bersama-sama dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa serta Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan.

Selepas Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi menyuarakan rasa tidak senang dengan penganjuran forum tersebut, penganjurnya - Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), telah menggantikan ahli panel tersebut dengan ahli akademik.

Para penceramahnya terdiri daripada penyelidik Umcedel Shaharuddin Badaruddin dan Thock Ker Pong serta Profesor Datuk Mohammad Abu Bakar dari UM, dengan pengarah Umcedel,  Mohammad Redzuan Othman bertindak sebagai pemudahcara.

Sewaktu sesi soal-jawab, Nurul Izzah terpaksa naik ke pentas selepas seorang pelajar mahu beliau menjawab soalan mengenai keupayaan Pakatan Rakyat untuk memerintah, ekoran pelbagai ideologi parti-parti komponennya.

"Jika saya tidak membenarkan beliau (di atas pentas), pelajar boleh mengamuk," kata Redzuan, yang juga dekan Fakulti Seni dan Sains Sosial UM secara berseloroh sebelum menjemput Nurul Izzah naik.

Baca juga artikel di bawah :

No comments: