SHAH
ALAM - Sementara rakyat menanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kajian
terbaru Merdeka Center menunjukkan populariti pengundi ke atas Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak merosot lagi, dua mata, berbanding dua bulan yang
lalu.
Hasil
kajian itu menunjukkan pengundi yang berpuas hati dengan pencapaian perdana
menteri pada bulan lalu adalah dalam lingkungan 61 peratus berbanding 63
peratus Disember lalu.
Oktober
lalu, paras itu adalah sebanyak 65 peratus, yang naik satu mata berbanding Jun
lalu.
Setahun
lalu, kajian yang sama menunjukkan paras populariti Najib pada paras 69
peratus.
"Kajian
menunjukkan sementara kadar rasa puas hati di kalangan pengundi Cina dan India,
masing-masing kekal pada paras 34 peratus dan 75 peratus, sentimen di kalangan
orang Melayu menurun empat mata daripada 77 peratus kepada 73 peratus,"
kata kenyataan dikeluarkan oleh Merdeka Center hari ini.
Menurut
kenyataan itu, kajian terbaru ini juga mendapati sentimen pengundi ke atas
kerajaan adalah sebanyak 48 peratus manakala ke atas Barisan Nasional (BN) pula
45 peratus.
"Kajian
juga menunjukkan penurunan (arah aliran sokongan) di kalangan responden Melayu
terhadap kerajaan dan Barisan Nasional," katanya lagi.
Kajian
terbaru ini dikendalikan antara 23 Januari dan 6 Februari lalu bagi menilai
pandangan pengundi menjelang PRU13.
Kajian
ini diadakan selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat dan ketika berlangsungnya
ikuiri suruhanjaya diraja berkenaan warga asing di Sabah dan di sebalik
kontroversi kalimah ALLAH. Merdeka Center berkata kajian ini selesai dijalankan
sebelum sambutan Tahun Baru Cina.
Seramai
1,021 pengundi yang terdiri daripada 59 peratus orang Melayu, 32 peratus Cina
dan sembilan peratus India ditemu bual.
-sinarharian.com
No comments:
Post a Comment