Bila
lemah banyak salah laku Umno terdedah
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia beruntung apabila Umno BN lemah, kerana
banyak kejahatan dan penyelewengan harta rakyat akan terbongkar.
AJK
PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Selangor adalah negeri yang boleh dirujuk
kerana pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh pimpinan Pakatan Rakyat
terutama tanah yang membabitkan pemimpin Umno.
Katanya,
sehingga kini terdapat 24 keping tanah di Selangor yang diberi, seperti yang
didedahkan oleh Ng Suee Lim, Adun Sekincan.
Tambahnya,
terbaru didedahkan tanah seluas empat ekar di Seksyen 25 Shah Alam, hanya
dibayar dibayar premium sebanyak RM1,000 seekar sedangkan harga pasaran
RM700,000.
“Semuanya
diambil atas nama ‘Hidup Melayu’ akhirnya Melayu merempat di negara sendiri,”
katanya dalam satu kenyataan.
Beliau
berkata, apabila Umno lemah, terbongkar RM40 juta kepada Umno Sabah oleh tauke
balak Michael Chia untuk wang sumbangan politik.
Katanya
lagi, rahsia kekayaan misteri anak Tan Sri Nazri Aziz yang masih muda memakai
kereta Hummer yang bernilai RM459,000 atas nama Michael Chia juga terdedah Rakyat
juga, ujarnya dapat mengetahui suami Datuk Seri Shahrizat Jalil mendapat projek
NFC sebanyak RM250 juta.
Selain
itu, katanya rahsia hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta dihapus
kira juga terbongkar.
Terdedah
juga, katanya Raja Farhana Raja Nong Chik mendapat projek membina Institut
Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar Johor bernilai RM30.8 juta.
Selain
itu, katanya rakyat dapat maklumat Ikhwan anak Datuk Jamaludin Jarjis
memperolehi projek radar di Lapangan Terbang Subang sebanyak RM128.4 juta.
“Harga
kamera laser Digicam (kamera polis) berharga RM173,385 seunit terbongkar,
sedangkan harga sebenar RM15,000 hingga RM19,000 sahaja.
“AES
ditangguhkan kerana Umno lemah dan Pakatan Rakyat kuat,” ujarnya lagi.
Beliau
berkata, apabila Umno lemah terdedah bagaimana projek IC biru di Sabah yang
berlaku di zaman Tun Mahathir.
Katanya
lagi, apabila Umno lemah banyak kelemahan SPR yang terbukti menjadi lembu yang
dicucuk hidung oleh Umno BN.
Rakyat,
ujarnya boleh ketahui bagaimana pemimpin Umno Kedah menggunakan Seri Temin
Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) untuk penginapan di Perhimpunan
Agung Umno.
“Patutlah
Umno takut sangat hilang kuasa, bimbang banyak lagi senarai salah laku mereka
akan terdedah.
“Cuba
bayangkan jika kerajaan pusat tumbang kepada Pakatan Rakyat maka banyak lagi
misteri yang tersembunyi akan terdedah,” katanya.
Itulah
sebabnya, kata beliau Tun Mahathir siang malam mempertahankan Umno BN supaya
jangan tumbang.
No comments:
Post a Comment