DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, July 31, 2012

UMNO MULAI TIDAK LENA TIDUR KECURANGANNYA MENTADBIR MULAI TERDEDAH

NFC: Rafizi, Johari ditahan di bawah Bafia

SHAH ALAM: Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli pagi ini ditahan oleh pihak polis berhubung dengan pendedahan butiran perbankan berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Beliau yang tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam pada jam 9.20 pagi ini menjelaskan pihak polis datang kerumahnya kira-kira jam 6.50 pagi tadi.

"Pihak polis dan juga pegawai Bank Negara datang ke rumah saya pagi ini kira-kira jam 6.50 pagi.

"Lebih kurang 10 orang pegawai yang datang iaitu lima daripadanya adalah pegawai dari Bank Negara," jelasnya.

Tambahnya lagi, beliau ditahan di bawah Akta Istitusi Perbankan dan Kewangan (BAFIA).

"Selepas ditahan, saya dibawa ke Balai Polis Hulu Kelang untuk buat laporan polis berhubung penahanan saya sebelum dibawah ke mahkmah.

Turut ditahan pagi tadi dan hadir di mahkamah seorang lagi individu, Johari Mohamad yang didakwa bertanggungjawab mendedahkan dokumen berkenaan kepada Rafizi.

Rafizi telah disiasat di bawah BAFIA kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.

RAFIZI DITAHAN, DIHADAPKAN KE MAHKAMAH SHAH ALAM

KUALA LUMPUR 1 Ogos: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli ditahan polis pagi ini dan dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

Mengikut paparan twitter beliau, rumahnya diserbu kira-kira jam 7 pagi sebelum beliau dibawa ke balai polis Hulu Klang.

Sekitar jam 8 pagi, Rafizi melalui twitter menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.

Rafizi juga difahamkan Johari Muhamad turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan ke mahkamah yang sama.

Johari – bekas kerani Public Bank adalah salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.

Rafizi sebelum ini disiasat mengikut Bafia berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.

NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Sumber : Keadilandaily

Catatan :

Penangkapan sebegini adalah satu perkara biasa di mana-mana Negara yang  diperintah secara autokratik dan di era sesebuah  pemerintahan tersebut di ambang kejatuhan. Ia akan berbuat apa saja demi mengekalkan kuasa.

Adalah satu perkara yang mustahil dan tidak masuk akal jika kerajaan (baca kerajaan di bawah pemerintahan Najib) berdiam diri apa kecurangannya mentadbir disedahkan ke khalayak ramai. Tindakan sebegini telah pun dilaksanakan oleh para diktator yang lama telah gugur menyembah bumi. Mutakhir ini diktator dunia Arab satu demi satu jatuh, yang akan jatuh sedikit hari lagi ialah Presiden Bashar Syria.

Syabas Rafizi di atas keberanian anda.

Anda bukan perompak dan penjenayah. Anda juga bukan pelahap harta rakyat seperti Najib dan kroni-kroninya. Anda membongkar segala penyelewengandan rasuah yang dilakukan oleh kroni-kroni Najib Tun Razak.

Teruskan perjuangan anda di mana anda berada. Lambat laun rakyat sedar dan akan menolak UMNO/BN. UMNO pasti tersungkur jua akhirnya. UMNO mustahil dapat melawan hakikat Allah SWT.



























TEMBELANG PASUKAN POLIS TERBONGKAR : MENJALANKAN TUGAS BAGI PIHAK UMNO BUKAN UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT DAN NEGARA-SIAPA PULA HENDAK MENYINGKAP DAN MEMBUKTIKAN BAHAWA PASUKAN POLIS DIPERGUNAKAN OLEH UMNO UNTUK MENGGOTORKAN BERSIH 3.0


[Bergambar] Mahkamah: Rampasan buku kartun Zunar oleh polis tidak sah

Kartunis politik Zulkiflee SM Anwar atau dikenali sebagai Zunar, hari ini menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan Zunar.

Pada 15 Jun tahun lalu, Zunar memfailkan saman sivil ke atas kerajaan Malaysia dan empat defenden berhubung penangkapannya dan rampasan terhadap 66 buku Cartoon-O-Phobia serta sebuah lukisan kolaj pada 2010.

Beliau menamakan pegawai yang menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dipetik oleh The Star hari ini, Zunar berkata, keputusan mahkamah hari ini sebahagian kemenangan bagi kesemua kartunis politik memandangkan Vazeer memutuskan bahawa tindakan menahan buku-buku berkenaan adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang, tetapi penahanan Zunar adalah sah pada waktu itu. -SH

MARI RAMAI-RAMAI BOIKOT LAGU TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-55


Baru 4 hari sudah 22,263 benci lagu Janji Ditepati


(Lagu Janji Ditepati yang mencipta sejarah apabila sangat ramai menyatakan benci kepadanya)

KUALA LUMPUR: Baru empat hari disiarkan di Youtube, namun sudah 22,263 orang menyatakan benci kepada lagu tema Kemerdekaan ke 55 berjudul 'Janji Ditetapati'.

Hanya 313 sahaja menyatakan suka kepada lagu yang penuh mengampu kerajaan BN ini.

Pendekata, setiap kali lagu ini di'referesh', bilangan mereka yang menyatakan 'dislike' bertambah.

Lagu yang mengambil masa 3:36 minit penuh dengan puji-pujian kepada kerajaan BN.

AWANG KEPADA ADEK PERLU JAWAB WANG RM80,000.00 DATANG DARI MANA?

Ahlan Wa Sahlan Yaa Ramadhan-Hari Ke-11

Monday, July 30, 2012

NAJIB PUN BAKAL MENURUTI JEJAK KHIR TOYO DAN S.SAMY VELLU

TANDA-TANDA KIAMAT UNTUK UBN SABAH MAKIN JELAS

Oleh : Mohd Sayuti bin Omar

Pemimpin Umno tidak lagi boleh 'berdendang perantau' mempersendakan Pakatan Rakyat amnya dan Anwar Ibrahim khususnya yang dianggap sebagai bermimpi di siang hari untuk mengambil alih pemerintahan negara. Beberapa perkembangan terbaru menunjukkan sokongan rakyat kepada PR semakin hangat dan menyakinkan. Saham Pakatan Rakyat tampaknya lebih berpotensi dari saham FGVH.

Kalau beberapa minggu lalu Pas menjadi perhatian dan kebimbangan Umno dengan penyertaan beberapa orang pegawai tinggi kerajaan, pegawai tinggi polis dan artis, kini perkembangan dan kebangkiktan politik di Sabah pula mengambil temnpat untuk menganggu emosi UBN.

Sunday, July 29, 2012

TANAH KERAJAAN TERENGGANU DILELONG

Oleh : Dr Syed Azman Syed Ahma

Apakah reaksi SELURUH rakyat Terengganu apabila tanah milik kerajaan negeri terpaksa dilelong oleh sebuah bank ekoran kegagalan membayar pinjaman bank?

Inilah yang berlaku kepada tanah milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) seluas kira-kira 15 hektar yang terletak di Mukim Kerteh yang terpaksa di lelong.

LAGU TEMA KEMERDEKAAN PALING BURUK DALAM SEJARAH NEGARA

Saya tertarik untuk mengulas tentang lagu tema sambutan kemerdekaan negara ke-55 yang kini sedang hangat diperkatakan di kalangan rakyat khususnya anak muda Malaysia.

Jika diteliti respon dan sambutan di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan laman-laman blog, ternyata lagu Janji Ditepati yang mana liriknya ditulis oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim ini diperlekeh dan dijadikan bahan jenaka oleh khalayak internet khususnya di kalangan anak-anak muda.

STUNAMI POLITIK SABAH

MP Tuaran umum keluar BN, sokong Pakatan

TUARAN: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini secara rasmi mengisytihar keluar Barisan Nasional (BN) dan menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat.


Beliau turut mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko.

"Maka pada hari ini saya dan rakan-rakan secara rasminya mengisytiharkan bahawa kami meninggalkan BN.

"Kita juga mengisytihar untuk menyertai Pakatan Rakyat dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dan perjuangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat," kata beliau di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Restoran Singgahgora, Tuaran.

Turut serta di majlis itu adalah Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli dan Pesuruhajaya PAS Sabah, Aminudin Aling.

Hadir sama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lajim Ukin dan Naib Presiden UPKO, Senator Datuk Maijol Mahap.

Pengumuman ini adalah yang kedua selepas Datuk Seri Panglima Lajim Ukin membuat pengumumkan perletakan jawatannya dalam Umno dan BN semalam.

Bekas Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), sebuah parti komponen BN Sabah itu juga berkata, APS akan giat turun ke setiap kawasan di Sabah untuk mengajak rakyatnya melakukan perubahan.

"Lepas ini tiap-tiap hari kita akan melawat kawasan-kawasan di Sabah untuk mempelawa rakan-rakan kita menyokong Pakatan Rakyat," katanya.

Tegas beliau, sudah tiba masanya rakyat Sabah mengikuti jejak langkah rakyat di Semenanjung yang berani menolak Umno BN.

"Kita akan mencatat satu sejarah lagi dalam politik tanah air kita Malaysia. Pada tahun 2008 melalui PRU 12, rakyat Malaysia di semenanjung telah meluahkan hasrat dan tuntutan mereka untuk perubahan dan reformasi dengan jelas di mana BN telah menerima kejutan di lima negeri.

"Dari segi jumlah undi BN dan Pakatan Rakyat sebenarnya memperoleh lebih kurang sama banyak. Jika tidak kerana undi Sabah dan Sarawak sudah tentu masa itu pun kerajaan Malaysia sudah bertukar.

"Tsunami poltik di Semenanjung Malaysia sudah menular ke Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya negeri baru-baru ini dan kini tsunami tersebut akan bergelombang di Sabah," katanya.

Ini kerana katanya, BN gagal menyelesaikan masalah oendatang tanpa izin yang semakin bertambah di negeri itu.
"Masalah besar melanda Sabah yang selalu ditafsirkan sebagai ibu kepada segala masalah iaitu kebanjiran pendatang tanpa izin.

"Pada tahun 1963 apabila Sabah bersetuju untuk sama-sama menubuhkan Malaysia, pemimpin negara pada masa itu berjanji melindungi kedaulatan Sabah dalam Malaysia.

"Sejak Tun Mahathir menjadi perdana menteri ketibaan mereka ini dibiarkan begitu sahaja malah terbukti ramai di kalangan mereka ini diberi kewaragenaraan sewenangnya-wenangnya tanpa menghirau perlembagaan Malaysia. Rakyat sabah bertanya di manakah janji merdeka dahulu hingga sekarang?" soalnya.


















STUNAMI POLITIK DI SABAH: UMNO KECUNDANG

Lajim: Simpanan tetap BN retak, tulis Kadir Jasin

KUALA LUMPUR: Penarikan diri Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dari Umno dan Barisan Nasional (BN) menyebabkan simpanan tetap BN sudah retak, tulis wartawan veteran, Datuk A Kasir Jasin.

Kadir Jasin dalam tulisannya menulis, penarikan diri Lajim daripada semua jawatan dalam Umno adalah tamparan hebat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana, Najib selama ini cuba mewujudkan gambaran bahawa beliau mempunyai kawalan penuh ke atas politik di dua buah negeri Borneo itu.

Bagi beliau, ia bukan berita yang diharapkan oleh Presiden Umno itu.

Selain menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno, Lajim adalah juga ketua bahagian Umno Beufort dan pengerusi BN Beufort.


Lajim menyerahkan kedudukan beliau sebagai timbalan menteri ditentukan oleh BN selepas langkahnya itu.

Saturday, July 28, 2012

PR YAKIN KARISMA ANWAR MAMPU PIKAT UNDI

NURUL AINI MOHAMED ALI
SINAR HARIAN

SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai karisma tersendiri serta gabungan gandingan dalam Pakatan Rakyat (PR) akan menjadi kekuatan utama meraih kemenangan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Faktor ini menjadi salah satu faktor penguat Anwar menjadi pilihan, tidak mengira kaum. "Tidak kira Melayu, Cina, India atau lain-lain kaum kerana karisma yang tersendiri boleh mempengaruhi undi,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Beliau mengulas laporan media baru-baru ini bahawa faktor Anwar, selaku Ketua Umum PR dan Ketua Pembangkang, mungkin akan mempengaruhi PRU13 nanti.

INI LAGI BUKTI RAKYAT MENOLAK KEPIMPINAN NAJIB

Najib terpkasa ganti logo hari merdeka dengan '1Malaysia'

Kerajaan memutuskan untuk menggantikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang menampilkan kempen "Janji Ditepati" selepas menghadapi kritikan pelbagai pihak sejak seminggu lalu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan bahawa langkah itu untuk "membendung salah faham".

"Untuk membendung sedikit salah faham kami (akan) hanya (menampilkan) 1Malaysia sebagai logo Merdeka (dan) Hari Malaysia," kata Rais di laman Twitter.

Rais membuat pengumuman itu susulan kenyataan presiden Persatuan Reka Grafik Malaysia Zachary Ong bahawa beliau antara lainnya "terkejut" dengan kelemahan kreativiti, kemahiran dan rasional yang ditonjollkan melalui logo berkenaan.

Warga pengguna Internet juga menentang penggunaan logo tersebut, termasuk pemimpin DAP Lim Kit Siang yang berkata perkara itu menyebabkan Malaysia menjadi "bahan jenaka".

Baca juga artikel ini cukup memalukan. Di mana Najib hendak sorokkan muka. Para pemikir dan perancang medianya (termasuk perkhidmatan APCO) telah gagal menaikkan imej kepimpinannya. Najib terpaksa akur dengan kemarahan rakyat tentang kebodohan kepimpinannya yang hendak membodohkan rakyat jelata.

Putrajaya tukar logo kontroversi Hari Kemerdekaan ke 55

INI LAGI BUKTI TINDAKAN PROVOKASI UMNO MEMBUATKAN RAKYAT SEMAKIN BENCI KEPADANYA BUKAN SEMAKIN SAYANG

Filem P Ramlee dan konsesi Syabas

Oleh : Ahmad Lutfi Othman

Saya masih bercuti sakit. Di samping berazam untuk mengimarah Ramadan penuh keberkatan setulusnya, masa terluang cuba dimanfaatkan dengan menelaah buku dan kitab yang jarang dapat "dikunyah" semasa terikat dengan tugasan pejabat.

Meskipun sebahagian karya-karya besar itu sering diulang, apatah lagi tafsir al-Quran, kenikmatannya makin berganda. Alhamdulillah, dari jauh, ada juga rakan yang bukan hanya turut mengingatkan agar tadarus al-Quran jangan ditinggalkan, malah seperti mahu "berlumba" berapa kali dapat khatam sepanjang bulan puasa ini.

INI LAGI BUKTI UMNO AKAN MAMPUS DALAM PRU KE-13

Fitnah yang disebarkan dan berluasa tanpa ada sebarang sekatan menandakan bahawa sah UMNO akan terguling dan mampos dalam PRU ini.

Budaya fitnah yang didokong dan direstui oleh UMNO ini akan makan diri sendiri. Rakyat semakin sedar dan bertambah benci dan meluat dengan UMNO samalah dengan tindakan Najib menjadikan sambutan hari kemerdekaan tahun ini sebagai bahan kempen UMNO menjadikan rakyat semakin marah dan benci kepada UMNO/BN.

Kini, rakyat tidak mudah diperlembukan dan diperbodohkan lagi seperti masa-masa lampau, ketika seluruh saluran maklumat dikuasai oleh UMNO, kini rakyat sudah ada saluran alternatif lain iaitu INTENET.

INI WAJAH PEJUANG PERUBAHAN DI SABAH

Sah Lajim Ukin tinggal Umno

Dipetik dari : http://msomelayu.blogspot.com

Selepas beberapa hari Ketua Umno Beaufort Lajim Ukin menemui Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu bersama 27 ahli jawatankuasa bahagian itu, hari ini beliau telah mengumumkan melepaskan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort dan juga selaku pengerusi BN kawasan sama berkuatkuasa serta merta.




Lajim Ukin keluar Umno.

Pengumuman itu dibuat dalam majlis berbuka puasa petang ini dan juga majlis khas pengisytiharan penubuhan apa dinamakan Pakatan Perubahan Sabah (PPS). PPS merupakan satu gabungan politik baru di Sabah yang akan menentang Barisan Nasional. Gabungan ini dianggotai oleh beberapa ahli Umno Sabah yang tidak senang dengan tindak tanduk serta perjuangan Umno hari ini.
Pengumuman Lajim selepas berjumpa Nik Aziz itu boleh dianggap kemungkinan beliau mendapat ilham dan petunjuk selepas pertemuan itu. Tiada sebab lain kenapa beliau sedia mengunjungi Nik Aziz bersama anak-anak buahnya (27 Ajk bahagian) kalau bukan untuk mendapat pandangan dan pendapat Nik Aziz.

Setakat ini tidak jelas apakah PPS itu akan terdiri daripada parti politik atau pakatan di kalangan orang-orang berpengaruh di Sabah. Kalau pakatan itu merupakan pakatan individu bukan parti, besar kemungkinan Lajim bersama anak buahnya akan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat. Jika ini berlaku mungkin Lajim memilih Pas.

Sebelum ini sikap dan pendirian Lajim menjadi persoalan dan tanda tanya di Sabah. Ia bermula apabila Lajim melepaskan jawatan sebagai ketua cawanhgan Umno di bahagian Beaufort beberapa bulan sebelum ini. Ekoran perletak jawatan itu beliau menjadi bulan umum di Sabah dan turut terhimbau juga ke Semenanjung.

Perkembangan terbaru ini menyebabkan sekali lagi UBN Kuala Lumpur mungkin akan membuat kajian semula berhubung kedudukan UBN serta tarikh pembubran parlimen. Sebelum ini rata-rata orang berpendapat parlimen akan dibubar dalam minggu pertama September dan pilihan raya dijangka akhir September atau awal Oktober.

Dengan pengisytiharan rasmi penubuhan PPS itu ada kemungkinan Najib Razak akan mengubah tarikh pembubaran parlimen dan tarikh pilihan raya. Sabah sebelum ini dianggap sebagai simpanan tetap bagi BN namun dengan keluarnya Lajim dari parti itu menyebabkan simpanan tetap itu sudah menjadi simpanan longgar.

Dalam perkembangan lain tokoh-tokoh berpengaruh di Sabah termasuk juga sekurang-kurang tiga orang ketua Umno bahagian akan membuat kejutan besar dalam tempoh terdekat. Satu masa Najib terpaksa bergegas ke Sabah kerana menerima ancaman beberapa orang ketua Umno bahagian akan membuat pengumuman akan keluar parti beramai-ramai.
















HAMPIR PASTI NAJIB AKAN DINYAHKAN DARI TAMPOK KUASA SELEPAS PRU KE-13 NANTI

Lajim Ukin sambut Anwar Ibrahim di Sabah tengah malam tadi!

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) tengah malam tadi dari Kuala Lumpur. Ketibaannya disambut oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua, pengerusi majlis pimpinan negeri, Ahmad Thamrin Jaini, ahli-ahli majlis pimpinan negeri dan puluhan penyokong Pakatan Rakyat yang setia menunggu Anwar tiba di balai ketibaan. Anwar baru sehari tiba dari tanah suci Makkah setelah selesai mengerjakan ibadah umrah selama lima hari dan tiba dari Jeddah, Arab Saudi dengan penerbangan jam 1.45 petang kelmarin. Turut menanti ketibaan Anwar adalah Presiden Parti Reformasi Sabah (STAR), Jeffery Kitingan. Paling mencuri tumpuan, kehadiran Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin yang mengumumkan perletakkan jawatannya dalam semua jawatan parti Umno-APCO dan kerajaan serta Pengerusi BN Beaufort. Lajim mengumumkannya dalam satu majlis ringkas di kediamannya di Likas Jaya, Kota Kinabalu, jam 6 petang semalam.

Beliau turut mengumumkan sebuah parti baru, Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang dijangka dirasmikan Anwar dalam satu majlis di Beaufort, jam 6 petang nanti. Pada masa yang sama, Lajim mengumumkan seramai 17 pemimpin PPS dilantik bagi menyelia 17 kawasan parlimen di bawah gerakan baru tersebut. Beberapa pemimpin tempatan menyifatkan kehadiran Anwar telah lama ditunggu-tunggu kerana proses perubahan politik di negeri ini memerlukan satu suntikan baru dengan keluarnya Lajim dan juga ahli parlimen Tuaran yang juga Timbalan Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Organization (UPKO), Wilfred Bumburing.

Dalam majlis yang akan diadakan di Masjid Jamek Kampung Kebatu, Beaufort, Anwar dan Lajim serta pemimpin Pakatan Rakyat dijadual akan berbuka puasa di masjid tersebut dengan Anwar dijangka akan memberi ucapan berkenaan keputusan Lajim mengisytiharkan keluar Umno-APCO dan perlunya rakyat Sabah membuat perubahan keluar dari paras kemiskinan. Sabah merupakan negeri kedua termiskin di Malaysia selepas Sarawak berdasarkan pendapatan per kapita penduduk. Selesai majlis tersebut, menurut aturcara program yang diedarkan sejak tiga hari lalu, Anwar dan saf pimpinan akan bertolak ke kediaman Lajim di Likas Jaya untuk meneruskan perincian hala tuju politik Lajim serta proses pengambil alihan kerajaan persekutuan dari tangan Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum ke 13 yang dijangka diadakan September ini.

Sementara itu di PEKAN, PAHANG, Perdana Menteri Najib Altantuya dalam komen selepas mengetahui keputusan Lajim tersebut berkata, kedudukannya selaku timbalan menteri akan diumumkan pada Isnin ini setelah selesai perbincangan dengan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang semalam berada di Sabah tetapi telah pulang ke Kuala Lumpur malam tadi juga setelah gagal dalam misinya menghalang Lajim keluar Umno-APCO. PPS dijangka akan bersama menyokong Pakatan Rakyat dalam memastikan BN negeri yang diterajui Ketua Menteri, Musa Aman tumbang dalam pilihanraya umum akan datang.


CERAMAH KHAS PRESIDEN PAS

MAHATHIR ADA KEPENTINGAN 20% DALAM BERJAYA GROUP?


Mahathir Mohamd bekas PM selama 22 tahun yang ditaati dan dianggap tokoh 'syahdu' serta dianggap sebagai mujadid oleh setengah glongan dalam Umno menganggap bekas PM itu sebagai terbaik apabila tidak mengumpul harta untuk dirinya sepanjang berkhidmat sebagai perdana menteri, terdedah akan kemunafikannya apabila seorang ahli korporat memberitahu Mahathir dikatakan mempunyai banyak kepentingan dalam beberapa syarikat tertentu di negara ini.
Kata ahli korport itu Mahathir mengaut keuntungan menerusi komisyen yang diberikan oleh syarikat-syarikat di mana mendapat projek bernilaian billion ringgit yang dianugerahkan olehnya. Mahathir juga mendapat komisyen (saguhati) dari setiap projek mega yang diluluskan bernilai ratusan juta ringgit.

Beliau yang mengakui menjadi senang kerana Mahathir, mendedahkan Mahathir dikatakan mempunyai kepentiungan 20% dalam syarikat Berjaya Group yang turut terlibat dalam perjudian seperti Sport Toto, Magnum dan sebagainya.

SIAPAKAH PEMIMPIN ITU


Kawan Najib Akan Sertai Pas?


PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila seorang lagi orang kuat Umno akan mengistyhar menyertai Pas.

Tokoh itu sudah pun begitu mesra dengan Pas dan menyertai majlis-majlis Pas selama ini tetapi masih belum terbuka menyertai Pas. Namun sempena dengan Ramadhan atas semangat perang Badar, tokoh berkenaan telah mengambil keputusan nekad akan menyertai Pas di dalam Ramadhan ini juga.

Katanya dia telah membuat istikharah akhirnya Tuhan menunjukkan bulan kepadanya.

Satu majlis penyerahan borang Pas akan dilakukan tidak lama lagi.

Dengan penyertaan tokoh ini ia memberi tekanan dan aib besar kepada Umno. Dunia akan melihat Umno sudah tidak dipercayai bukan saja oleh anak-anak muda, golongan cerdik pandai tetapi oleh ahlinya sendiri. Tokoh berkenaan pernah menjawat beberapa jawatan dalam parti dan juga menjadi ahli Parlimen.

Tokoh ini juga sebelum ini merupakan kawan rapat kepada presiden Umno, Ha Najib Razak.

Mudah-mudahan dengan penyertaan tokoh berkenaan ia akan menambahkan kekuatan Pas dan ahli baru itu pula akan mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan parti yang disertai sejak lebih 50 tahun itu untuk dijadikan maklumat dan panduan kepada umum.

Sumber : DI SINI

Friday, July 27, 2012

KALAU BAGAI DIKATA DENGAN KEHENDAK ALLAH UMNO AKAN TERKUBUR DALAM PRU KE-13


Ini tanda tanda kerajaan Umno Perak bakal lingkup

Apa makna terbalik ? kalau orang Perak bila cakap terbalik lebih kurang terlungkup atau terkirap.Terkirap kalau saya nak jerjemah kedalam bahasa Malaysia bermaksud lebih kurang kalah .
Sejak Negeri Perak ditakbir oleh Menteri Besor haram aku siang malam berdoa agar diperkenankan doa aku dan rakyat mahaen yang sealiran dengan aku moga Allah makbulkan doa kami agar pada pru 13 ini kerajaan haram negeri Perak tumbang.
Kejadian rampasan kuasa yang berlaku pada 5 feb 2009 yang menyebabkan berlaku pencabulan perlembagaan oleh kerajaan kundeta yang sungguh menjelekan .

Apa isu yang nak aku ketengahkan bukan pasal rampasan kuasa yang dah menjadi satu sejarah hitam tapi disini aku lampirkan sekeping gambar menunjuk kebodohan penyokong umngok [gambar] ,Berdera Perak dipasang terbalik...
Wa ka ka ka....mungkin ini satu kesilapan atau pun mungkin ini juga menunjukan satu sifat kebodohan ahli umno ,kadangkala ramai orang Perak keliru pasal bendera ini diantara warna putih atau hitam yang mana diatas dan yang mana dibawah .Jadi gambar ini salah satu diantara seribu rakyat negeri Perak yang keliru tentang bendera negeri Perak.

Tanda tanda Kerajaan Haram nak terlungkup mungkin ada kaitan dengan wajah bendera yang dipasang terbalik oleh fanatikUmno ? Menguatkan lagi fakta dan hujah kekalahan kerajaan haram Perak ialah kata Tun Daim Zainudin berkata hanya Pahang dan Melaka sahaja yang terselamat negeri lain Umno/Bn terlungkup.
Sumber : DI SINI

PENING LAGI KEPALA NAJIB


Anwar akan umum formula turun harga kereta

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat yakin rombakan struktur cukai bagi memastikan harga kereta lebih murah, tidak akan membebankan kewangan negara jika segala keborosan perbelanjaan luar perancangan Perdana Menteri dihentikan.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang membidas reaksi awal pimpinan Umno-Barisan Nasional yang mempersoalkan sumber kewangan untuk membiayai struktur cukai kereta ini.

NAJIB CUBA HILANGKAN SAKIT UMNO, TETAPI TIDAK TAHU APA PENYAKITNYA


Oleh : Aspan Alias

Yang masih ada kepada Najib ialah ego dan ketamakan sahaja. Beliau tahu yang BN akan kalah dalam pilihanraya kali ini jika PRU itu diadakan sekarang atau sebulan dua selepas ini. Tidak tahulah jika Najib ada sentuhan sakti awal tahun depan untuk mengekalkan kuasa dan baki-baki mandat yang masih ada kepada BN sekarang. Sekarang Najib bukan lagi hendak menyelamatkan UMNO, tetapi sebaliknya Najib berusaha untuk UMNO menyelamatkan beliau.

MUNGKINKAH PERGOLAKAN DI SABAH PEMANGKIN KEJATUHAN BN?



Beberapa hari yang lalu berlaku pergolakan politik di Sabah yang tentunya menarik untuk diperhatikan. Ia menjadi menarik kerana apa yang berlaku di Sabah itu bukan saja memberi kesan kepada politik negeri bawah bayu itu sahaja tetapi juga kepada perkembangan di Malaysia seluruhnya.

SIAPA SEBENARNYA PENGKIANAT MELAYU?


(Kedudukan lot-lot tanah di Pantai Cherating. Lot 5233, 7058 dan 7059 kini sudah diserahkan kepada pihak tertentu)

KUANTAN: Seorang ahli perniagaan terkejut apabila tiga lot tanah rezab Melayu berhadapan dengan tanah yang beliau beli telah bertukar tangan kepada orang bukan Melayu di pantai Cherating.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau membeli tanah yang berhadapan dengan pantai menghala ke Laut China Selatan pada tahun 1990.

Namun, tujuh tahun kemudian beliau mendapati tiga lot tanah pantai di depan tanahnya itu telah bertukar tangan kepada pihak lain.

(Di depan Cherating Holiday Villa inilah tanah rezab pantai bertukar tangan)

"Saya terkejut kerana ia sepatutnya rezab pantai di depan tanah saya itu tetapi telah bertukar milik kepada pihak tertentu.

"Padahal semua tanah di kawasan ini adalah tanah rezab Melayu," kata sumber itu kepada Harakahdaily.

Tiga lot tanah yang berubah pemilik itu adalah  lot 5233, 7058 dan 7059.

"Salah satu darinya betul-betul di depan Cherating Holiday Villa," kata sumber itu kepada Harakahdaily.

Menurut maklumat yang beliau dapat, tanah itu bertukar tangan menjadi milik bukan Melayu atas kerja pihak-pihak tertentu dalam parti kerajaan.

Bagi mempastikan maklumat ini sahih, beliau meminta pihak PAS dan yang berkepentingan membuat siasatan dan mengenalpasti bagaimana perkara ini boleh berlaku.

DENGAR DAN AMALKAN

TAZKIRAH RAMADHAN OLEH TUAN IBRAHIM TUAN MAN

ADAKAH MALAYSIA INI HARTA PUSAKA KELUARGA ISKANDAR KUTTY?


We cannot control the evil tongues of others; but a good life enables us to disregard them.

Sudah hampir sepuluh tahun Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno. Ada orang kata buang “dakwat” sahaja kalau hendak menulis atau mengkritik mantan PM ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. – Gambar fail oleh Choo Choy May

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinannya dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam peluang untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang, sambil mengatakan “momentum” semakin kuat untuk menuju ke Putrajaya.

UMNO DAN MCA BERJUANG UNTUK MENIPU RAKYAT


Kesetiaan berbelah bahagi : pemimpin BN yang tidak ikhlas dan menipu

We cannot control the evil tongues of others; but a good life enables us to disregard them.
Dua parti komponen terbesar Barisan Nasional (BN) - Umno dan MCA - menunjukkan tanda-tanda yang jelas bahawa mereka berada dalam keadaan terdesak kerana takut kehilangan mandat untuk memerintah.
MIC juga mula menunjukkan tanda-tanda masih bernyawa tetapi menganjurkan pergaduhan jalanan dan mencadangkan ujian pengesan bohong tidak akan menimbulkan perasaan cinta kepada BN bagi pengundi.

MENCARI KEADILAN DI ERA UMNO MEMERINTAH IBARAT MENUNGGU KUCING TUMBUH TANDOK-HAPUSKAN UMNO DALAM PRU KE-13


Curi 14 ekor lembu boleh dipenjara 7 tahun. Shahrizat kena berapa tahun?

BATU PAHAT: Hajat enam sahabat beraya dengan hasil mencuri lembu tidak kesampaian apabila mereka diberkas polis.
Modus operandi kumpulan tersebut ialah menyasarkan ladang ternakan lembu yang jauh di pedalaman selain melakukannya di waktu malam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Penolong Pesuruhjaya Din Ahmad, berkata kegiatan kumpulan terbabit diketahui apabila seorang pengadu membuat laporan mengenai kehilangan 14 ekor lembu ternakannya pada 18 Julai lalu.

CEPAT-CEPATLAH MEMBANTU MEMUFLISKAN UTUSAN PORNO


Cubaan Utusan batalkan saman Syed Hussin gagal
(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 27 Julai: Cubaan Utusan Malaysia membatalkan saman yang difailkan Senator, Dr Syed Hussin Ali ternyata gagal apabila Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera menolak permohonan tersebut, kata peguam N Surendran.

Utusan memohon untuk menghentikan perbicaraan dengan alasan teknikal tetapi Mahkamah Tinggi tolak dan menetapkan perbicaraan penuh selama dua hari pada 29 dan 30 Ogos ini,” kata Surendran yang juga Naib Presiden KEADILAN.

FOKUS : SABAH BUKAN LAGI FIX DEPOSIT UMNO LAGI-BN KALAH DALAM PRU KE-13 NANTI-INSYA ALLAH

Thursday, July 26, 2012

KRISIS AIR SELANGOR, PAIP SYABAS YANG TAK CUKUP RUPANYA.


Rupa-rupanya kenapa bekalan air di negeri selangor dikatakan tak cukup bukan sebab empangan tak cukup air, Ahli parlimen kerajaan negeri selangor dah pegi check dah empangan di negeri selangor, semuanya penuh, Syabas pulak kata kurang ( baca sini ).

SYABAS BUAT UNTUNG UNTUK UMNO

TAMRIN MAHU MT UMNO TUNJUK SEBAB



TAMRIN Tun Ghafar Baba, bekas Mempi BN dan bekas Exco Pemuda UMNO sebelum demonstrasi Bersih 3.0 hujung April lalu menulis  surat panjang kepada Perdana Menteri Najib membantah  apa yang dikiranya penyelewangan oleh Najib dan pemimpin UMNO dan kerajaan dalam banyak isu.  Semua yang disebutnya adalah bertentngan dengan undang-undang dan politik demokrasi UMNO.


BUKTI MEREKA FITNAH SUDAH MENJADI BUDAYA DALAM BN


Depan media kawalan UMNO/MCA/BN bukan main lagi garang nyaring ayam jantan.

Bila ajak berdebat dikhalayak warga Subang Jaya, langsung tak berani nak tunjuk muka.

Itulah perangai anak kepada Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong yang membuat tuduhan melulu dan fitnah mengenai isu skandal Talam RM1billion.

Sebelum ini kita imbau kembali sebahagian dari kata-katanya mengenai isu ini:-
Pendedahan paling eksklusif dari Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong mengenai kerajaan PKR Selangor yang didakwa terbabit dengan aktiviti penyelewengan duit kerajaan negeri berjumlah RM1b telah membuka tembelang kerajaan PKR di Selangor.

Sebenarnya beberapa bukti penyelewengan sebelum ini sudah ada, cuma dokumentasi dan makluma sahaja tidak lengkap untuk mengheret kerajaan pemimpin PKR terlibat dalam amalan menyamun duit kerajaan negeri.

Pendedahan dari MCA ini memang kena pada masanya kerana beberapa kesalahan yang didedahkan sebelum ini gagal dijawab atau dinafikan oleh pemimpin PKR serta kerajaanya membuktikan merekalah penyamun paling dasyat menyamun wang rakyat.