DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, July 27, 2012

SIAPA SEBENARNYA PENGKIANAT MELAYU?


(Kedudukan lot-lot tanah di Pantai Cherating. Lot 5233, 7058 dan 7059 kini sudah diserahkan kepada pihak tertentu)

KUANTAN: Seorang ahli perniagaan terkejut apabila tiga lot tanah rezab Melayu berhadapan dengan tanah yang beliau beli telah bertukar tangan kepada orang bukan Melayu di pantai Cherating.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau membeli tanah yang berhadapan dengan pantai menghala ke Laut China Selatan pada tahun 1990.

Namun, tujuh tahun kemudian beliau mendapati tiga lot tanah pantai di depan tanahnya itu telah bertukar tangan kepada pihak lain.

(Di depan Cherating Holiday Villa inilah tanah rezab pantai bertukar tangan)

"Saya terkejut kerana ia sepatutnya rezab pantai di depan tanah saya itu tetapi telah bertukar milik kepada pihak tertentu.

"Padahal semua tanah di kawasan ini adalah tanah rezab Melayu," kata sumber itu kepada Harakahdaily.

Tiga lot tanah yang berubah pemilik itu adalah  lot 5233, 7058 dan 7059.

"Salah satu darinya betul-betul di depan Cherating Holiday Villa," kata sumber itu kepada Harakahdaily.

Menurut maklumat yang beliau dapat, tanah itu bertukar tangan menjadi milik bukan Melayu atas kerja pihak-pihak tertentu dalam parti kerajaan.

Bagi mempastikan maklumat ini sahih, beliau meminta pihak PAS dan yang berkepentingan membuat siasatan dan mengenalpasti bagaimana perkara ini boleh berlaku.

No comments: