Perdana
Menteri Najib Razak disaran agar memberhentikan usaha menyedihkan oleh pemimpin
UMNO Selangor untuk cuci tangan daripada terpalit skandal pemilikan tanah
ketika memerintah di negeri itu.
“Adalah
sangat kelakar untuk melihat bagaimana pemimpin UMNO Selangor kelam kabut untuk
tidak bertanggungjawab terhadap peranan mereka dalam skandal tanah Selangor,”
kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam kenyataan medianya hari
ini.
Selasa
lalu pihaknya membongkar bagaimana sebidang tanah seluas 87,188 kaki persegi di
Ara Damansara telah ‘diberi’ kepada UMNO Subang pada harga yang teramat murah
pada tahun 2004. Tanah itu kini dibangunkan menjadi kondominium Suria Damansara
yang dianggar bernilai RM90 juta.
Pada
sidang DUN Selangor baru-baru ini, wakil daripada UMNO dan MCA, Abdul Shukor
Idrus dan Wong Koon Mun menyatakan bahawa tanah yang mereka dapat adalah untuk
kegunaan rakyat termasuk pembinaan tadika dan dewan orang ramai.
“Apabila
mereka tertangkap, pemimpin UMNO kini lintang pukang menafikan pembabitan
mereka dalam skandal tanah terbabit dan menyalahkan pemimpin lain,” ujar Tony
yang juga Setiausaha Publisiti DAP.
Seolah
permainan bola sepak, pemimpin UMNO Selangor didapati menyalahkan satu sama
lain. Ketua Bahagian UMNO Subang, Muhammad Bushro Mat Johor berkata, UMNO
Subang tidak memiliki tanah dan memetik nama ketua bahagian dahulu, Datuk
Mokhtar Dahlan yang seterusnya memindahkan soalan itu kepada UMNO Kelana Jaya
pimpinan Yahya Bujang.
Malangnya
Yahya Bujang berada di luar negara dan tidak dapat dihubungi.
Namun
pada masa yang sama Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman berkata,
beliau tidak tahu menahu mengenai tanah itu dan merujuk pula kepada
Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Mohd Zin Mohamed yang berkata beliau memerlukan
masa untuk memberi respon sementara stafnya melakukan kaji selidik.
Bagi
Tony, adalah amat mengecewakan untuk warga Selangor apabila Perdana Menteri,
Najib Razak yang juga Ketua Perhubungan UMNO Selangor terus berdiam diri
walaupun berkeras bahawa kononnya UMNO sudah berubah.
“Datuk
Seri Najib Razak sebagai Ketua Perhubungan UMNO Selangor mesti menjelaskan
skandal tanah itu dan menerima tanggungjawab ke atas semua dosa-dosa UMNO,”
ujar beliau. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment