DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, December 7, 2012

NAJIB, DEEPAK DAN ALTANTUYA: ANTARA ANAK JANTAN DAN SUMPAH



KAMI anggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih tidak cukup jantan kerana tidak mampu menjawab tuduhan ke atasnya mengenai pembongkaran ahli perniagaan Deepak Jaikishan membabitkan kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.


Atau, Najib menunggu masa untuk bersumpah menjunjung kitab suci al-Quran seperti yang dilakukan Saiful Bukhari dalam masjid kemudian ke Makkah mengerjakan umrah seperti Shahrizat setelah kesnya meletup.

Manusia bernama Deepak ini menggemparkan Malaysia apabila beliau mengaku bahawa dirinya diperalatkan pihak tertentu untuk memujuk atau menakut-nakutkan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam supaya menandatangani akuan bersumpah (SD) kedua yang mana akuan bersumpah pertama mempunyai dakwaan mengaitkan Najib dengan Altantuya Shaariibuu.

Malang sekali, Perhimpunan Agung UMNO ke-66 berlalu begitu saja dengan meninggalkan persoalan maha penting. Najib sekadar berselindung di balik segala doa dan sumpah yang dilafaz sedangkan rakyat sudah lama menanti jawapan.

Ketidakmampuan Najib membersihkan namanya hanya menjadikan buah silatnya canggung di mata biarpun berdegar-degar sumpah membela bangsa dilaung, biarpun berdegar-degar musuh politiknya dihamun.

Antara Najib dan Anwar

Ramai tertanya-tanya. Kenapa orang nombor dua dalam parti dan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak membela bosnya Najib.

Kemudian, dengan tiba-tiba pula muncul Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi menawar diri untuk menjawab dakwaan yang dibuat ahli perniagaan Deepak Jaikishan itu.

Adakah Muhyiddin sengaja membiarkan bosnya tenggelam dalam tuduhan yang makin mencengkam urat lehernya kerana sememangnya mereka berseteru.

Tetapi, bila diimbas kembali, lain pula halnya apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh yang “bukan-bukan”. Beliau pantas menjawab dan berhujah, menepis dan menbalas.

Biarpun tidak sudah-sudah ditonyoh dengan pelbagai soalan jahat wartawan, biarpun terus-menerus difitnah cyber trooper upahan UMNO-BN, beliau tidak lari malah lebih  bersemangat.

Seperti orang kata, berani kerana benar, takut kerana salah. Lantas, dengan segala kudrat dan semangat yang dianugerah Allah Subhanata’ala, berjelajahlah Anwar ke seluruh ceruk rantau bertentang mata dengan sekalian umat Malaysia menjelaskan perihal tuduhan jahat yang didakwa ke atasnya. Inilah ciri-ciri peribadi pemimpin yang kita mahukan. Lantang, berani, tabah dan istiqamah.

“Kalau Najib jujur, beliau harus rela disiasat”-Lim Kit Siang

Bagi Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Najib sepatutnya menjawab dakwaan itu di dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO ke-66.

Ini kerana dakwaan Deepak membabitkan Najib dan keluarganya. Kata Deepak, beliau sudah membayar sejumlah wang yang tidak didedahkan supaya Perdana Menteri sendiri campur tangan membabitkan satu projek Kementerian Pertahanan pada 2005 yang bernilai RM100 juta sewaktu Najib selaku Menteri Pertahanan.

Jelas Kit Siang, “Deepak juga meluahkan kekesalan membabitkan diri dalam rancangan membuatkan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam membuat Pengakuan Bersumpah kedua, menarik balik Pengakuan Bersumpah pertama yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya,

“Dalam satu wawancara, Deepak mengatakan beliau terbabit dalam kes Bala untuk membantu “keluarga Perdana Menteri”. jelasnya.

“You help me, I help you”- Najib Razak

Rakyat Malaysia dan dunia sedang ternanti-nanti. Orang di Mongolia sudah lama menanti detik kebenaran.

Di sebalik ketakutan Najib membela dirinya, adakah pembongkaran Deepak sekadar mencerminkan kata-kata sakti Najib yang berbunyi “I help you, you help me”?

Apapun, ketika rakyat Malaysia semakin memahami dan matang berpolitik, pemimpin UMNO tidak boleh lagi selamat dengan mainan sentimen kaum dan agama kerana keadilan dan kebenaran melangkaui segalanya.

Najib yang terkenal dengan pelbagai slogan dan dasar harus membuktikan kata-katanya demi memartabat semula institusi awam yang sudah rosak atau segala dasar dan transformasi beliau sekadar transformasi basi.

Bagi Lim Kit Siang, jika Najib bersedia menyerahkan dirinya untuk disiasat secara menyeluruh dan bebas ke atas skandal membabitkan Deepak, Bala dan Altantuya, maka permohonan maafnya di dalam ucapan dasarnya bagi pihak kepimpinan UMNO atas sebarang “kesalahan” atau “kekhilafan” adalah jujur dan bermaruah.

Tetapi sehingga kini Najib tidak berani membela dirinya sendiri. Bak kata pepatah, pantang laksamana Melayu undur mengalah. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Tapi nampaknya Najib terbukti tidak cukup jantan untuk bergelar laksamana, penjaga pintu istana pun belum tentu.-Roketkini.com

No comments: