DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, December 4, 2012

RAKYAT TAHU DAN FAHAM POLIS TAUBAT LAHUM TAK AKAN MENYIASAT LAPORAN YANG DIBUAT INI KERANA SEPERTI MUSA HASSAN KATA LE!



Kalaulah perkara yang sama dilakukan oleh para pemimpin PR tidak kiralah sama ada PAS ke, PKR ke atau DAP ke, tambah-tambah lagi pihak polis menerima laporan seluruh Negara dari Perlis sampai ke Sabah-berani bersumpah DEMI ALLAH pihak polis akan cepat-cepat bertindak macam kes Mat Sabu, macam kes BERSIH 2.0 dan rasa nak tergelak sikit bila polis sendiri akan membuat laporan untuk menyiasat, melokap (reman) dan mendakwa sesiapa saja dari kalangan pemimpin atau pendokong PR yang mengugat kuasa UMNO. 


Lihatlah berapa banyak laporan dibuat sudah dibuat terhadap keganasan dan samseng pendokong UMNO lakukan terhadap para pemimpin PR, satu pun tidak diambil tindakan oleh pihak polis, malah ia seolah-olah menyokong keganasan dan kesamsengan pendokong UMNO terhadap PR.

Sungguh memalukan pasukan polis kita ketika menjalankan tugas cukup tidak professional.Seolah-olah pasukan polis kita ini anggota BN ke-15 nampaknya, di samping SPR dan JPN. Pendedahan Musa Hassan menjadi buktinya bahawa pasukan polis kita adalah kuda tunggangan UMNO.

Laporan Polis Besar-besaran Terhadap Ketua Wanita Umno Malaysia

Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengarahkan satu laporan polis secara besar-besaran terhadap Ketua Wanita Umno Malaysia iaitu Datuk Seri Sharizat Jalil berkaitan dengan satu kenyataan di Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO Malaysia 2012 bertempat di PWTC pada 28 November 2012 yang lalu di hadapan khalayak awam dan disebarkan di media-media cetak dan elektronik dalam negara.

DPPM mendapati bahawa beliau telah membuat kenyataan yang berniat jahat dengan mengaitkan bahawa jika kekalahan berpihak kepada Umno maka akan mengundang kembali peristiwa 13 Mei 1969 sehingga menyebabkan kestabilan politik negara akan terancam.

Kenyataan yang menggambarkan betapa Umno seolah-olah tidak mahu menerima kenyataan jika kalah dalam PRU ini akan mendatangkan rasa takut, rasa tidak selamat, tidak tenteram, ugutan, menghasut dan seterusnya mendatangkan khianat awam kepada ketenteraman masyarakat awam pelbagai kaum di negara Malaysia ini.

Justeru DPPM telah mengarahkan agar Dewan Pemuda PAS di peringkat negeri untuk membuat laporan polis di negeri masing-masing pada 3 Disember 2012 pada pukul 10 pagi.

Sehingga kini Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan, Trengganu, Sabah dan Sarawak telah mengesahkan akan akan melaksanakan laporan polis ini serta akan dituruti oleh Pulau Pinang dan Johor pada hari Selasa. Pemuda Pas Johor turut akan membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri.

Selangor - Petaling Jaya Selatan
Perak - Ipoh
Wilayah Persekutuan - Dang Wangi
Terengganu - Kuala Terengganu
Sabah - Kota Kinabalu
Sarawak - Kuching
Pulau Pinang - Seberang Prai Tengah
Johor - Semberong
Pahang - Temerloh


Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Twitter : khairulfaizi73

3 comments:

Anonymous said...

Tak apa buat sahaja laporan... sekurang-kurangnya ada rekod di balai polis. Esok jika Pakatan Rakyat memerintah, insyaAllah... kalau polis tak menyiasat kita ada bukti bahawa mereka tidak menjalankan tugas. Jadi dalam bahasa mudah, "tak dapat tanduk telinga dipulas".

Kalau si lembu tak kena, si harimau akan kena sebab tak menjalankan tugas... ada alasan untuk diadakan Siasatan DiRaja tentang intigriti PDRM dalam menjalankan tugas.

Anonymous said...

Jadilah si kelicap yang membawa air untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim AS, jangan jadi si cicak yang memperkecilkan jihad si kelicap.

Tun_Telanai said...

Eh wa betul le cakap kau orang. Kita lapor dulu, bila kita menang nanti insya Allah, kita siasat menteri mana pula mengarah KPN tidak menyiasat dan tidak mengambil tindakan terhadap setan-setan UMNO selama ini, walau pun mereka jahat lebih dari syaitan lanaktullah.