Written by Maria Begum, Malaysia Chronicle
Perhimpunan
Agung Umno ke-66 yang hangat diperkatakan telah berakhir dengan tangisan.
Laungan bahawa mereka akan merampas dua pertiga kerusi di Parlimen bakal
dimusnahkan oleh peluru berpandu yang disasarkan dari akar umbi mereka sendiri
kepada pemimpin teratas yang sering dibelenggu skandal dan masalah, iaitu
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Walaupun
akur bahawa rasuah itu sendiri merupakan musuh ketat Umno, Najib telah gagal
menyentuh isu rasuah atau berjanji untuk memulakan lembaran baru dimana
ketelusan akan menjadi kewajiban dan tiada yang akan terkecuali.
Ini
tidak mengejutkan pesaing politiknya, Ini berdasarkan 3 kes yang terbongakar
hanya beberapa hari sebelum perhimpunan Umno bermula.
"Apa
lagi yang boleh katakan. Sudah sememangnya jelas Umno tidak akan berubah.
Pemimpinnya boleh mengarahkan media arus perdana, TV dan surat khabar untuk
tidak menyiarkan berita. Mereka boleh mencanangkan bahawa mereka yakin akan
menang dalam pilihan raya umum ke-13 namun jauh dilubuk hati perwakilan Umno
dan ahli-ahlinya yang lain, mereka tidak percaya," ahli Parlimen PAS Shah
Alam, Khalid Samad memberitahu Malaysia Chronicle.
"Sebenarnya,
akar umbi telah kecewa dan jijik dengan kecurangan dan rasuah pemimpin mereka
tetapi mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana ini sememangnya sifat Umno.
Sesiapa yang tidak tahan akan meninggalkannya,dan yang masih bertahan pula
sebenarnya berharap akan mendapat sedikit sebanyak habuan daripada rasuah
walaupun mereka tahu ianya salah. "
Bom BERGANDA, ada lagi bakal menyusul?
Berita
pertama di antara 3 berita yang mengejutkan negara dikhabarkan oleh peguam
Perancis, mendedahkan bahawa hakim penyiasatan yang mendengar kes Scorpene
berjumlah RM7.3 bilion di Paris telah memutuskan bahawa warganegara Mongolia
Altantuya Shaariibuu yang telah dibunuh terlibat secara langsung dalam
pemerolehan kapal selam kerajaan Malaysia dari gergasi senjata laut DCNS dan
akan meminta rekod penuh perbicaraan pembunuhannya.
Berita
ini telah menyebabkan ahli Umno yang membanjiri Pusat Dagangan Dunia Putra di
Kuala Lumpur di mana kongres tahunan mereka telah diadakan terkedu. Mungkin
juga berita ini telah menjadi lebih panas kerana Najib dengan bodohnya tidak
memberi kebenaran kepada peguam Perancis itu untuk masuk ke Malaysia dan
memberi taklimat kepada Ahli Parlimen mengenai status terkini kes, sekaligus
meningkatkan perasaan curiga terhadap PM dan isterinya Rosmah Mansor, dimana
kedua-duanya telah dituduh terlibat kerana bekas pengawal peribadi merekalah
yang telah dujatuhkan hukuman gantung kerana didapati membunuh.
Seterusnya
pula merupakan bom berkembar yang telah digugurkan oleh penjual permaidani
Deepak yang juga, bekas teman karib Rosmah. Menurut Deepak, pasangan pertama
itu meminta bantuannya untuk menerbalikkan akuan berkanun yang telah mengaitkan
mereka dalam pembunuhan Altantuya. Berita itu memberi peluang untuk membuka
semula perbicaraan pembunuhan Altantuya dimana keadilannya dipersoalkan apabila
mahkamah dituduh mengabaikan bukti bahawa pengawal peribadi itu mungkin hanya
diupah oleh pihak yang mengarahkan mereka dan pembunuh sebenar masih bebas.
Tambahan
pula, ahli-ahli Umno bagaikan tidak peduli akan salah laku presiden Umno serta
isterinya, Deepak juga menuduh seorang "ahli keluarga Najib" telah
mengaut berjuta-juta keuntungan daripada hasil meluluskan projek RM100 juta
Puspahanas, sebuah pusat penyelidikan untuk Kementerian Pertahanan yang telah
diswastakan pada tahun 2005 tetapi hanya kira-kira 20% sahaja yang siap dibina
sehingga hari ini.
"Perang
Umno dalam Perhimpunan Agungnya yang ke-66 telah berakhir dengan pemimpin UMNO
yakin dan teruja apabila Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor dan pemimpin Umno yang lain mengisytiharkan bahawa Umno bukan hanya akan
menang dalam pilihan raya umum yang akan datang, tetapi akan memenangi semula
dua pertiga majoriti kerusi dalam parlimen serta keempat-empat negeri Pakatan termasuk
Kelantan dan Pulau Pinang," kata penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu
kenyataan.
"Bagaimanapun,
manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Walaupun Perhimpunan yang baru
berakhir itu seperti telah dirancang dengan teliti, dengan begitu banyak
nasihat yang diberikan oleh mereka yang berucap pada empat hari persidangan
Umno untuk menampakkan keikhlasan Umno pada PRU ke-13 nanti, kesimpulan yang
telah dibuat oleh rakyat Malaysia adalah walaupun sibuk dengan cakap-cakap
tentang "transformasi", para pemimpin Umno dan Umno itu sendiri tidak
akan mampu berubah selagi Umno masih korup dalam memegang kuasa.
"Umno
dan Barisan Nasional telah sinonim dengan rasuah di Malaysia dan setelah 44
bulan Najib menjadi Perdana Menteri, nampak begitu jelas bahawa Najib
sememangnya hanya pandai melaungkan slogan anti-rasuah tetapi sebenarnya tiada
kesungguhan dan komitmen untuk membasmi rasuah, terutamanya yang melibatkan
politik dan pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan.
"Inilah
sebabnya mengapa dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-66, kita telah menyaksikan
lakonan menyedihkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, yang
menghilangkan diri setelah usaha berani oleh wakil-wakil media menunggunya
memberi maklum balas kepada perwakilan UMNO Sabah yang mahu Musa menjelaskan
skandal "derma politik kepada UMNO Sabah" yang berjumlah RM40 juta
yang diberikan kepadanya oleh usahawan balak Sabah, Michael Chia.
Apa
yang juga membimbangkan adalah Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi yang langsung
tidak menyentuh isu projek RM100 juta Kementerian Pertahanan pada tahun 2005
yang dibangkitkan oleh usahawan Deepak Jaikishan. Tindakannya itu juga
mengiakan tindakan Najib yang juga tidak mahu memberi respon kepada dakwaan
Deepak kerana ia melibatkan ahli keluarganya dan juga kes pembunuhan berprofil
tinggi warga Mongolia Altantuya Shariibu. Roh Altantuya telah menghantui Najib
pada perhimpunan Agung Umno ke-66 itu. Kenapa agaknya roh ini tidak boleh
tenteram?
No comments:
Post a Comment