DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, December 8, 2012

INILAH BAHANANYA PILIH PM NAJIB ‘HARAM JADAH’ ANGKAT BANGKUL MASUK SENDIRI-NEGARA AKAN MUSNAH KERANANYA



Defisit fiskal Malaysia 41 kali

Senator Dr Syed Husin Ali mendedahkan bahawa pengurusan belanjawan negara ternyata amat buruk kerana dalam tempoh 44 tahun, Malaysia mengalami defisit fiskal sebanyak 41 kali (41 tahun), dari tahun 1970 hingga 2013.


“Sekiranya kita buat perbandingan kadar defisit Belanjawan Negara ini dengan kadar defisit di negara-negara lain, kita dapati gambaran yang kurang menyeronokkan,” katanya ketika membahas Belanjawan 2013 di Dewan Negara baru-baru ini.

Beliau berkata, mengikut statistik yang dikemukakan oleh Bank Dunia untuk tahun 2011 (kerana tidak ada statistik selepasnya), kita dapati bahawa kadar defisit Belanjawan Malaysia ialah kira-kira 4.5 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar).

“Ini boleh dikatakan tinggi apabila dibandingkan dengan beberapa buah negara lain seperti Indonesia (1.2 peratus), Singapura (1.3 peratus), Korea Selatan (1.5 peratus), Thailand (1.5 peratus) Taiwan (2.3 peratus) dan Vietnam ( 2.6 peratus).

“Negara-negara yang lebih tinggi kadar defisitnya daripada Malaysia kebanyakan dari Afrika dan China serta India dalam Asia,” jelas beliau.

Tegas beliau, “saya tidak begitu yakin bahawa Kerajaan sekarang boleh mengurangkan kadar defisit sebagaimana yang diharapkannya.

“Ada dua sebab.  Satu, sudah menjadi kebiasaan Kerajaan mengadakan Belanjawan Tambahan dan jikalau jumlah pendapatan negara tidak dapat menghambat jumlah perbelanjaan, tentu sekali kadar defisit akan bertambah.

“Kedua, kita dapati biasanya perbelanjaan untuk beberapa projek tertentu lebih tinggi daripada yang dianggar lebih awal atau lebih besar daripada yang sewajarnya. Ini menunjukkan kemungkinan berlakunya pembaziran dan korupsi,” ujarnya.

Syed Husin mengemukakan beberapa contoh projek di mana kemungkinan berlakunya pembaziran dan korupsi:
  • Kenderaan RIMV dibeli dengan harga tiga kali ganda harga sewajarnya;
  • Alat AES dibeli dengan harga 10 kali ganda harga di Amerika;
  • Jalan sepanjang 0.9 km dari Yayasan ke DUN Sabah berharga RM14.9 juta;
  • Istana yang mula-mula dianggar RM500 juta akhirnya meningkat kepada kira-kira RM1 bilion;
  • Harga RM3.8 bilion untuk kapal selam Scorpene yang dibayar Malaysia lebih tinggi daripada yang dibayar oleh India (RM2.8 bilion) dan Chile (RM2.0 bilion)
  • Metroline 50 km yang hendak dibina dianggar berharga RM50 billion, berbanding dengan yang di Houangzhou (China) sepanjang 48Km tetapi berharga hanya RM11.8 bilion.-FMT

No comments: