Penipuan
BN terbongkar seluruh dunia!
Satu lagi projek penipuan Umno dan
Barisan Nasional yang selama ini berjaya diselindungkan dari pengetahuan kita
dalam negara kini terbongkar ke seluruh dunia!
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
didakwa “sengaja” memanipulasi standard lulus mata pelajaran Sains dan
Matematik untuk membolehkan lebih ramai pelajar yang mengambil peperiksaan
memperolehi keputusan baik, kata pemimpin DAP.
Dakwaan mengikut penilaian
antarabangsa menunjukkan kedudukan Malaysia bagi dua mata pelajaran tersebut
mengalami penurunan ketara.
Dalam satu kenyataan bersama, Tony
Pua dan Ong Kian Ming hari ini menegaskan, tindakan KPM “memudahkan” silibus
pendidikan bagi kedua-dua mata pelajaran terbabit adalah punca kepada penurunan
standard pendidikan negara.
“Tindakan kementerian memudahkan
silibus dan menurunkan markah lulus merupakan sebab utama penurunan standard
sistem pendidikan negara kita,” kata mereka dalam kenyataan tersebut mengenai
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Sejak beberapa tahun kebelakangan
ini, kementerian telah memudahkan silibus bagi memberikan persepsi terdapatnya
peningkatan prestasi, diukur melalui jumlah lulus dan ‘A’ yang diperolehi
semasa peperiksaan,” tambah mereka.
Jelas kedua-dua pemimpin DAP
tersebut, tindakan itu lebih menyedihkan apabila Kajian Sains Dan Matematik
Antarabangsa (TIMSS) pada tahun 2011 yang menunjukkan Malaysia merupakan negara
yang mana pelajarnya mengalami penurunan mendadak bagi dua mata pelajaran
tersebut.
Kajian berkenaan menunjukkan
Malaysia memperoleh 440 mata dalam matematik untuk tingkatan dua ― bersamaan
dengan gred lapan di seluruh dunia di belakang Korea Selatan, Singapura,
Chinese Taipei (Taiwan), Hong Kong dan Jepun yang menduduki lima tangga
teratas.
Pelajar berusia 14 tahun Malaysia
juga gagal menyaingi rakan-rakan sebaya mereka di Israel dengan 516 mata,
Lithuanian (502) dan Lebanon (449) disamping hanya di hadapan Thailand dengan
perbezaan yang tipis, dengan mendapat 427 mata.
Dalam bidang sains, Malaysia
mendapat 426 mata, bersamaan dengan Syria dan hanya mendapat mata tipis
berbanding Palestin, Georgia, dan Oman yang mendapat 420 mata.
Singapura mendapat mata tertinggi dengan
590 mata, Chinese Taipei (564), Korea Selatan (560), Jepun (558), Israel (516),
Kazakhstan (490) dan Thailand dengan 451 mata.
Tambah mereka, walaupun TIMSS
menunjukkan penurunan yang amat ketara terhadap sistem pendidikan kita, lebih
mengejutkan pelajar di sekolah menengah di negara ini terus memperolehi
keputusan membanggakan setiap tahun bagi mata pelajaran matematik dan sains
bagi PMR dan SPM.
“Penurunan Malaysia dalam pencapaian
TIMSS yang diukur bersama dengan 59 negara lain jelas menunjukkan perbezaan
ketara dalam pencapaian oleh pelajar yang sama dalam PMR dan SPM,” kata Pua dan
Ong.
Purata mata bagi TIMSS ialah 500
mata, dengan negara yang menunjukkan mata melebihi angka tersebut dianggap
sebagai terbaik dalam dua bidang tersebut, manakala di bawah mata tersebut
dianggap tidak mencapai prestasi yang dikehendaki.
Tony dan Ong turut menunjukkan Gred
Purata Kebangsaan (GPK) yang diperolehi pelajar bagi peperiksaan PMR dan SPM di
negara ini.
“Bagi PMR, secara lebih tepat,
mereka yang memperolehi A dalam matematik meningkat daripada 26.7 peratus pada
2010 kepada 28.9 peratus pada 2011, manakala bagi mata pelajaran sains,
meningkat daripada 18.5 peratus pada 2010 kepada 21.7 peratus pada 2011.
“Pada masa sama, keputusan SPM kita
pada 2011 dilaporkan antara yang terbaik sejak lima tahun, apabila Gred Purata
Kebangsaan menunjukkan peningkatan daripada 5.19 pada 2010 kepada 5.04 pada
2011 (gred yang lebih rendah adalah skor yang baik),” kata mereka.
TIMSS adalah kajian selama empat
tahun untuk pendidikan sains dan matematik bagi gred empat dan lapan di seluruh
dunia ― atau Darjah Empat dan Tingkatan Dua mengikut sistem pendidikan
Malaysia.
Bagaimanapun, bagi Malaysia kajian
hanya dilakukan bagi peringkat sekolah menengah dalam kajian tersebut.
Dalam kajian TIMSS menunjukkan Malaysia masih tidak mencapai prestasi yang baik
dalam tiga kajian sebelum ini dalam dua bidang tersebut yang dianggap penting
untuk negara mencapai negara berpendapatan tinggi.
Pada tahun 2007, purata pelajar
Malaysia mendapat 474 mata di dalam matematik dan 471 di dalam sains dalam
kajian TIMSS.
Pada tahun 1999, purata bagi pelajar
ialah 519 mata bagi matematik dan 492 bagi sains.
Justeru, Pelan Pembangunan
Pendidikan (NEB) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini jelas Tony dan Ong perlu
mengakui secara terbuka kementerian berkenaan melakukan tindakan “memudahkan”
silibus dalam sistem pendidikan negara.
“NEB perlu secara terbuka mengakui
terdapatnya tindakan memudahkan sistem pendidikan kita,” kata mereka.
“Pelan tersebut bukan sahaja
mengabaikan perkara itu, malah turut memuji pencapaian akademik pelajar dalam
peperiksaan PMR dan SPM.
2 comments:
DASAR PERJUANGAN
"Jangan Lakukan Terhadap Orang Lain Apa Yang Kita Tidak Mahu Dilakukan Terhadap Kita"
kalau baca dasar perjuangan tu, dasyat betul.
tapi DOA mintak kehancuran tu apa pulak?
macam BODO la plak blogger sorang ni....
ntah Blogger sorang ni paham ker tak apa yang dia tulis pun tak tahu la.....
Mengata orang paku serpih....
camtu la...
bukan dia reti sangat nak menulissss
harap copy & paste jer...
tu lah hasilnyer...
hahahahaha
Post a Comment