DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, November 6, 2012

UMNO SELANGOR PECAH 4 KEM



Kedatangan PRU 13 pada bila-bila masa mulai sekarang semakin menegangkan pergelutan tempat oleh empat Kem UMNO Selangor. KLd difahamkan UMNO Selangor kini secara jelas telah terpecah kepada kem Noh Omar, Timb. Pengerusi UMNO Selangor, kem Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Koordinator BN Selangor, kem Datuk FD Iskandar Ahli UMNO yang juga CEO Glomac dan kem Tan Sri Rozali, Bendahari UMNO Selangor.


Menurut sumber rapat KLd, Zin lebih rapat dan boleh menjadi calon kegemaran Najib, manakala Noh Omar pula lebih mesra degan kem Muhyiddin Yassin. Sebelum ini khabar angin tentang calon korporat iaitu FD Iskandar juga telah tersebar sebagai salah seorang calon PM untuk kerusi MB Selangor yang akan datang.

Najib dikatakan ingin memastikan calon untuk MB Selangor mesti mempunyai kritirea mantap setanding dengan status Tan Sri Khalid yang pakar dalam hal ehwal ekonomi. Maka calon-calon seperti Noh Omar dan Tan Sri Rozali mungkin bukan dilihat calon favourate apata lagi Noh dilihat begitu rapat Muhyiddin.

Namun demikian, senarai Najib itu ditentang oleh UMNO Selangor yang mana UMNO Selangor mahukan Noh Omar atau Rozali, namun pada masa yang sama, reputasi Rozali telah tercalar teruk dikalangan rakyat Selangor dan ahli UMNO sendiri apabila beliau dilihat gagal sebagai ketua syarikat Syabas dalam menangani isu air di Selangor.

Mana satukah diantara 4 kem ini yang akan berjaya melobi Najib. Sama-sama kita nantikan. - KLd

No comments: